BAB 9 - Changeling

61 1 0
                                    

Faizal Ilyas sedang berada di tingkat 1 Muzium yang dibuka untuk orang ramai berkunjung. Sementara Yusuf Ikhwan berada di Ground Floor, di mana lelongan La Dame Triste baru sahaja selesai. Buffet akan diadakan pada jam 8 malam di tingkat 2 Muzium, setelah tetamu kehormat beransur dari Ground Floor. Bangunan itu sedang dijaga ketat oleh PDRM dan pasukan pengawal keselamatan khas yang mengiringi orang-orang ternama untuk keluar masuk.

Lelaki itu baru sahaja menerima laporan dari Yusuf Ikhwan yang Sophia sudah pun berjaya ditemui, dan mereka berempat akan berjumpa di Kuala Lumpur pada minggu hadapan. Jika Sophia berada di sini pada malam ini, peluang tinggi untuk Keeper yang dijaganya juga sedang berada di dalam Muzium. Tapi yang mana satu? Faizal tidak mampu mengesan siapa gerangan Keeper yang dijaga Sophia walaupun dia berniat untuk mensabotaj rancangan Ikhwan. Ini membawa dirinya ke sejam yang lalu, mengimbas kembali panggilan telefon bersama Ghul.

Sejam yang lalu...

"Tuan pasti?"

"Tak perlu risau, bukan kau seorang sahaja pengkhianat Merak Sakti yang ada."

"Ada lagi? Siapa? Dan dia bagitahu tuan dia boleh cam wajah Keeper yang Sophia jaga ni?"

"Klon aku akan sampai ke sana bersama dengan dia. Dia akan extract Keeper tu keluar. Tugas kau, halang atau lengahkan Yusuf Ikhwan dan Sophia semampu boleh. Kalau keadaan diluar kawalan, klon aku handle selebihnya."

"Tuan nak buat apa? Kawalan kat sini ketat, orang awam pun melimpah dalam Muzium."

Di hujung panggilan, Ghul kedengaran ketawa sinis.

"Kau dah lupa ke siapa yang bocorkan maklumat tentang konvoi yang pindahkan Jahim hari tu? Kau dah bunuh ramai polis, tentera dan pahlawan seperjuangan kau malam tu, takkan sekarang kau rasa serba-salah untuk tengok mangsa dari pengkhianatan kau lagi?"

Faizal Ilyas tiba-tiba tersentak. Matanya terkedip-kedip, lidahnya tergulung di dalam mulut.

"Bukan itu yang saya risaukan. Tapi saya bimbang Yusuf Ikhwan tahu saya bocorkan maklumat."

"Yusuf Ikhwan mampu selesaikan kerja dia sebab dia pandai menipu, kau patut kutip ilmu dia kalau kau nak hidup."

Setelah masing-masing berdiam diri, panggilan itu diputuskan dari sebelah sana.

Faizal Ilyas merenung cermin bilik air itu. Wajahnya terlihat merah, seolah-olah boleh dilihat darahnya yang sedang menggelegak.

Babi betul...lepas seekor, seekor! Yusuf Ikhwan, Yusuf Ikhwan, Yusuf Ikhwan!

***

Tingkat 2, Penang Museum of Art and Culture

Emi yang memakai dress biru itu sedang memimpin seorang budak lelaki sekitar 6 tahun bersama seorang pengawal Muzium yang turut berjalan bersama mereka. 15 minit lalu, Emi menjumpai budak lelaki itu berseorangan tanpa mana-mana penjaga di tingkat 2. Apabila ditanya, budak lelaki itu hanya diam membisu. Mungkin diajar untuk tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Emi memimpin budak lelaki itu dan melaporkan tentang situasi ini kepada seorang pengawal Muzium berhampiran.

"Kalau macam tu saya teman cik dan budak lelaki ni ke Control Room di Ground Floor. Kita buat pengumuman ada budak hilang dan minta keluarga dia datang ke Control Room." cadang pengawal Muzium itu.

"Okay," Emi mengganguk laju. Gadis manis berambut merah itu tersenyum ketika tangannya masih dipimpin erat oleh budak lelaki tersebut.

"Nanti kira cari Papa dengan Mama ya?"

Budak itu masih membisu, tetapi dia mula mengganguk perlahan. Kemudian dia menarik-narik kain Emi dengan isyarat memanggil untuk merapatkan telinga Emi ke mulutnya.

Pencari Cincin SaktiWhere stories live. Discover now