BAB 12 - Catur

61 2 0
                                    


Apabila mata ditutup, deria lainnya akan meningkat. Di dalam keadaan sebegini, Sophia bergantung sepenuhnya kepada deria pendengaran untuk menggagak, yang mana satu langkah kaki Ghul, yang mana satu derapan kaki para tetamu, pengawal keselamatan dan juga polis yang sudah bercampur aduk dengan jeritan dan panik. Asap itu tidak semakin nipis, malah menebal dari saat ke saat. Sehinggalah tiada lagi yang kelihatan selain keputihan yang membutakan. Telinganya mampu mendengar arahan seorang lelaki yang menjerit supaya semua tetamu di dalam dewan itu untuk menutup hidung dan merangkak di atas lantai sambil bergerak ke arah pintu kecemasan berpandukan suaranya.

"Sekurang-kurangnya aku kena bunuh Michael Wong!" Klon Ghul bermonolog.

Seluruh tubuhnya sudah bergelumang dengan darah akibat ditusuk bertali arus oleh kerambit Sophia. Dia cumalah satu klon, jika keadaan ini berlanjutan, dia akan hancur sebelum sempat menyelesaikan misinya.

"Oi"

Satu panggilan ke kiri membuatkan Klon Ghul berpaling dan...

Zass!

Bilah kerambit berhulu putih itu menghiris bebola mata makhluk berkepala botak itu, merembeskan darah segarnya ke lantai. Apabila dia mengerang menahan sakit, Sophia muncul dari belakang dan menyauk lehernya. Kerambit berhulu putih di tangan kirinya dihalakan ke mata kanan Ghul dan kerambit berhulu hitam di tangan kanannya dihalakan ke leher. Sophia pun menanggalkan cebisan kain yang menutupi matanya.

Klon Ghul merenung kerambit berhulu putih yang sedang dihala ke matanya. Atas sebab tertentu, dia merasa tidak sedap hati akan kebisaan senjata itu. Senjata itu terasa sangat mengancam nyawanya.

"Aku tanya sekali lagi, mana Emi?"

"Ha ha ha ha...saya bukan badan induk, walau Cik Sophia bunuh saya di sini, tak akan ada apa yang Cik Sophia mampu halang. Serangan ini sudah pun berlaku, Cik Sophia yang mulakannya, bukan saya! Ianya akan muncul di dada berita!"

"Apa yang kau cuba nak capai dengan fitnah PSN? Siapa yang hantar kau? Dan kenapa kau nak cincin dalam badan Emi?" soal Sophia, garang.

Klon Ghul ketawa terbahak-bahak mendengar soalan itu.

"Selepas serangan malam ini selesai, semua bidak sudah pun tersusun di tempatnya. Dan kemudian kita akan melihat kejatuhan Raja Hitam yang tidak mampu membaca tindakan Raja Putih."

"Aku tak suka catur." balas Sophia.

"You should try it, sometimes you will found something irregular, unexpected, or just a plain stupid move."

"Bagitahu dengan siapa kau berkerja. Mungkin aku akan pertimbangkan untuk bagi kau hidup malam ni." ulah Sophia, mengancam.

Senyuman lelaki itu semakin lebar.

"Pernah dengar nama Farouq Sang Iblis Putih? Atau...di rantau ni, orang panggil dia Abu Said."

Mata Sophia terbeliak. Kewujudan Farouq sepatutnya cuma tinggal legenda. Dia kononnya sudah mati selepas menyerang Mesir pada 2001. Sebagai Abu Said, dia adalah seorang ketua pengganas paling terkenal di dalam lipatan sejarah Malaysia.

"Apa yang Farouq nak...dengan Cincin Pelepah jagaan Merak Sakti?" tersekat-sekat, soalan itu diujar.

"Kuasa untuk menghancurkan seluruh benua. Ada ke lelaki yang tak inginkan?"

Sebaik sahaja lidahnya selesai berbicara, mereka berdua dilanggar oleh seorang lelaki gemuk yang sedang berlari tergopoh-gapah dalam keadaan panik. Klon Ghul terlepas dari saukan Sophia tetapi kerambit berhulu hitam itu tertikam dan melekat di leher Ghul. Walaupun sedang menjerit kesakitan, peluang itu digunakan Klon Ghul untuk menendang Sophia sehingga dia terpelosok ke lantai.

Pencari Cincin SaktiWhere stories live. Discover now