"Aku nak kahwin dengan anak kau." ujar seorang lelaki.
"Tak boleh! Dia satu satunya anak pak cik." balas lawannya.
"Aku peduli ape?! Kau dah banyak berhutang dengan aku! Kalau kau tak nak serahkan anak kau pada aku, aku akan bunuh kau then aku bakar rumah kau dengan family kau sekali! Aku tak main main!" ugut lelaki itu.
Lawannya menghela nafas berat. "Baiklah, kalau itu yang Tuan Ryan mahukan." jawab lawannya pasrah. Ryan tersenyum sinis.
-------------------------------------------------------------
Malam itu, Pak Samad berbincang dengan keluarganya. "Mah, Syaf. Tadi, tuan Ryan datang jumpa ayah." ujar Pak Samad membuka bicara.
"Dia minta abang bayar hutang ye?" Soal Mah, isterinya. Pak Samad mengangguk.
"Tapi kita takde duit bang. Duit cuma cukup untuk keperluan harian kita je." jawab isterinya.
"Abang tahu, tapi Tuan Ryan ada cakap sesuatu pada abang tadi, untuk bayar semua hutang kita." balas Pak Samad.
"Apa dia bang?" Soal isterinya agak teruja. Pak Samad mengerling kearah Syaf.
"D..Dia nak kahwin dengan Syaf." jawab Pak Samad. Syaf terkejut.
'O.M.G!' desis hati Syaf. "Ayah, no. Syaf tak nak. Please, mak tolonglah pujuk ayah. Syaf tak nak. Kita dah zaman moden, mak ayah. Syaf taknaklah kahwin paksa ni." Syaf menolak permintaan ayahnya.
"Syaf, tolonglah ayah. Ayah merayu sangat. Kalau kamu tak kahwin dengan dia, dia akan bakar rumah ni dengan keluarga kita sekali. Tolonglah ayah, Syaf. Ayah merayu sangat. Kamu setuju ye, nak." ujar Pak Samad.
Syaf menghela nafas berat. 'Sampai hati ayah buat Syaf macam ni.' Desis hati Syaf. Syaf berlari masuk ke biliknya. "Syaf!..Syaf!" Panggil ayahnya, namun Syaf hanya memekakkan telinganya.
-------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya, Syaf bangun awal dan keluar tanpa memaklumkan pada orang tuanya.Hatinya masih sakit apabila teringatkan ayahnya memaksa dia berkahwin dengan Ryan. Tiba tiba..
SKREEETTT!!!!
Sebuah kereta berhenti di hadapannya. Apabila pemandu tersebut keluar, Syaf menekup mulutnya. Dia berjalan dan menjauhi pemandu tersebut sebelum lengannya direntap.
"Syaf!" marah pemandu itu.
"Awak nak ape, Ryan? Saya mohon, jangan ganggu saya lagi. Saya tak cintakan awak." ujar Syaf perlahan namun tegas. Ryan marah lalu dia menarik tangan Syaf dan menolaknya masuk ke dalam kereta.
"Ryan! Apa awak buat ni?! Lepaskan saya!" Marah Syaf.
"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak setuju nak kahwin dengan aku!" ujar Ryan dengan marah. Dia tidak suka bila kehendaknya tidak dipenuhi.
"Ryan, please." ujar Syaf. Air matanya mula bergenang. Ryan menghentakkan tangannya di stereng kereta. Dia sakit melihat Syaf menangis disebabkannya. Tanpa berfikir panjang, dia memeluk Syaf seeratnya.
"Kahwin dengan aku, then aku tak kacau family kau lagi." ujar Ryan dengan tenang. Dia mengucup ubun ubun Syaf yang dilitupi tudung.
"Awak janji tak kacau family saya lagi?" Soal Syaf. Ryan mengangguk. "Hutang family saya pada awak?" Soal Syaf lagi.
"Langsai lepas kau kahwin dengan aku." jawab Ryan.
"Fine, saya terima asalkan awak tunaikan janji awak." ujar Syaf.
"Thanks sayang. I will." jawab Ryan sambil tersenyum. Dia meneruskan pemanduan untuk menghantar Syaf pulang.
AFTER AKAD NIKAH...
Syaf menolak untuk diadakan majlis bersanding. Apa guna bersanding jika dia berkahwin dengan orang yang tak dicintai. Keluarga Syaf menghampirinya.
"Syaf, terima kasih atas pengorbanan Syaf. Ayah harap, anak ayah ni akan sentiasa berbahagia." ujar bapanya. Syaf hanya mendiamkan diri.
"Syaf, lepas ni syurga Syaf bawah tapak kaki suami. Syaf dengar cakap Ryan ye. Jangan ingkar, nak. Mak sayang Syaf." pesan ibunya pula. Syaf memalingkan wajahnya. Ibu bapanya mengerti Syaf masih lagi terluka. Mereka menjauhkan diri dari Syaf.
Ryan menghampiri isterinya dan dipegang erat tangannya. "Jom balik, sayang." ujar Ryan. Syaf menurut langkah Ryan. Setelah Syaf pasti mereka agak jauh dari orang ramai, Syaf menarik tangannya dari pegangan Ryan.
"Sayang.." Ryan memanggil dengan lembut dan cuba meraih tangan Syaf semula, namun Syaf terus menarik tangannya. Dia berlalu ke kereta Ryan dan masuk tanpa mempedulikan Ryan. Ryan menghela nafas berat. 'Aku sayangkan kau, Syaf. Tolonglah buka pintu hati kau untuk aku. Aku mohon sangat.' Desis hati Ryan. Syaf masuk ke kereta Ryan dan memejamkan matanya. Kini dia telah terikat dengan Ryan. Mahu atau tidak, dia harus menjadi isteri Ryan.
Ryan memandu dan membawa Syaf menuju ke rumah mereka. Setelah sampai di hadapan sebuah rumah banglo, Ryan ingin membukakan pintu untuk Syaf namun Syaf telah terlebih dahulu keluar. Syaf memandang sepi rumah tersebut.
"Sayang, this is our house." ujar Ryan. Dia membuka kunci rumah tersebut dan mempelawa Syaf masuk. Syaf tetap tidak mempedulikan Ryan. Hati Ryan mula berdetik yang bukan bukan. 'Syaf ada orang lain? Syaf cintakan orang lain?' desis hati Ryan.
Dia menggelengkan kepalanya berulang kali, namun kemungkinan itu mulai berlegar legar dikepalanya. Ryan memandang Syaf dengan tajam.
ARGH!!!!!!!!
Dia menolak Syaf ke dinding dan mengunci pergerakan Syaf. "Kau cakap dengan aku! Kau ada orang lain ea?! Kau cintakan jantan lain?! No! Kau wife aku, Syaf! Wife aku! Aku takkan biarkan sesiapa pun rampas kau dari aku! Tak Akan!" marah Ryan. Tanpa sedar, dia mencengkam lengan Syaf terlalu kuat. Syaf terkejut dengan tindakan Ryan yang tidak diduga. Dia memandang anak mata Ryan. Dia nampak sinar cinta Ryan untuknya.
"Sa..kit..Lepaskan saya." ujar Syaf. Ryan tidak mempedulikannya. "Abang..please..sakit.." Rayu Syaf. Air matanya mula bergenang dan Ryan tersedar yang dia menyakitkan isterinya.
"Sa..sayang...sorry." ujar Ryan. Dia memegang lengan Syaf dan melihatnya. Lengan Syaf agak kebiru biruan kerana dicengkam kuat olehnya.
"Apa salah, Syaf? Ini sebabnya abang nikah dengan Syaf? Hanya nak sakitkan Syaf?" ujar Syaf dengan tangisan. Dia menggosok gosok lengannya yang kesakitan.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."