Syaf tersenyum melihat Ryan tertidur sambil memeluknya. Diusap lembut wajah Ryan.
"Thanks sebab ceritakan kebenaran pada sayang, walaupun kenyataan tu benar benar pahit buat abang. Thanks sebab jujur, abang." Ucap Syaf seraya mengucup dahi Ryan. Wajah lena Ryan ditatap penuh kasih. Hatinya semakin kuat mencintai Ryan apabila mendengar pengakuan Ryan.
"Abang." Syaf lantas memeluk Ryan seeratnya. Ryan terus terbangun.
"Sayang, kenapa ni? Sayang sakit ke? Sayang okay tak?" Soal Ryan bertalu talu. Dapat dirasakan Syaf memeluk tubuhnya dengan erat.
"Maaf sebab Syaf marahkan abang, jauhkan diri dari abang. I'm really sorry, abang. Really. I love you, abang." Ujar Syaf. Ryan tersenyum dan mengeratkan pelukan Syaf.
"It's okay, sayang. It's okay. Abang dah lama maafkan sayang. Jangan risau kayh. I love you too. Really love you." Ujar Ryan.
Syaf tersenyum manja.
"Abang, erm..." Syaf tidak tahu samada dia patut meneruskan kata katanya atau tidak. Ryan seakan dapat meneka apa yang Syaf mahukan.
"Sayang nak jalan jalan ae?" Ujar Ryan dengan lembut. Pantas Syaf mengangguk. Ryan tersenyum.
"Okay. Cepat siap. Abang nak siapkan Harriz sekejap." Ujar Ryan seraya bangun dari pembaringannya.
"Erm, takpelah abang. Biar Syaf siapkan Harriz." Ujar Syaf. Dia tidak mahu menyusahkan Ryan. Ryan mengusap rambut Syaf.
"Sayang, Harriz pun anak abang kan? Syy, biar abang siapkan Harriz and sayang siapkan diri sayang. Then, we will go out." Ujar Ryan. Syaf mengangguk tanda akur dengan kata kata Ryan.
Ryan membawa Syaf dan bayi mereka di tempat yang biasa mereka kunjungi. Mereka berjalan jalan di taman permainan yang berdekatan dengan rumah mereka. Ryan memaut pinggang ramping Syaf sambil Syaf menolak stroller anak mereka. Mereka mengambil tempat di hadapan taman permainan tersebut.
"Sayang nak makan aiskrim?" Soal Ryan. Syaf mengangguk. Ryan akur dan pergi membeli aiskrim tersebut buat mereka.
"Syafa.."
Syaf menoleh ke arah orang yang memanggilnya.
"Ha- Harraz.." Air mata Syaf luruh melihat Harraz di hadapannya. Harraz mengambil tempat di sebelah Syaf.
"Sayang sihat?" soal Harraz dengan lembut.
"Aku minta kau pergi, Harraz. Aku tak nak suami aku nampak kau dengan aku. Antara kita dah takde apa apa hubungan lagi. Saya milik Ryan." ujar Syaf dengan tegas.
Dia menarik stroller anaknya dan mula melangkah menjauhi Harraz. Namun, Harraz lebih pantas mencapai lengan Syaf. Dia memeluk Syaf dengan erat.
"Raz akan pastikan Syafa jadi milik Raz semula. You're mine. Remember that." bisiknya dan berlalu meninggalkan Syaf. Tanpa Syaf sedari, ada mata yang memandang perlakuan Harraz itu.
Ryan menghampiri Syaf dengan wajah dinginnya. Bukan dia tak nampak apa yang berlaku tadi.
"Aiskrim takde. Dah, jom balik." tegas Ryan. Dia mencapai stroller Rayyan Harriz dan menuntunnya. Syaf mula gelisah
'Abang nampak ke apa yang Harraz buat tadi?' getus hati Syaf. Dia menundukkan wajahnya dan mengikuti Ryan pulang ke rumah.
"SEDAP BERPELUK DENGAN JANTAN TADI?!!!"
Ryan menjerkah Syaf sebaik mereka sampai di rumah. Syaf terkedu. Pantas dia cuba meraih tangan Ryan, namun Ryan menepisnya.
"A-abang..tu b-bukan macam yang ab-abang sangka." ujar Syaf.
"H-Harraz yang peluk Syaf. Syaf tak balas pun. Syaf ingat yang Syaf masih isteri abang. Milik abang." Syaf cuba menerangkan hal sebenar pada Ryan.
"Argh!!! Penipu!!! Aku tak percaya. Aku tak percaya kau, jalang!!!!" maki Ryan. Hatinya sakit melihat wanita yang dicintainya dalam dakapan lelaki lain.
Syaf terkaku mendengar kata kata Ryan.
"A-abang. S-sampai hati abang cakap Syaf macam tu." Air mata Syaf mengalir apabila mendengar kata kata Ryan.
"Syaf tak cintakan dia. Dia yang datang kacau Syaf tadi." ujar Syaf lagi. Hati Ryan juga sakit melihat tangisan Syaf. Namun apabila cemburu, marah dan ego bersatu dalam diri Ryan, dia tidak dapat mengawal perasaannya lantas tali pinggangnya dibuka.
"A-apa yang abang nak buat ni?" soal Syaf.
Zap!!
Zap!!!
Zapp!!Libasan demi libasan dihayunkan pada tubuh Syaf.
"Abang!!! Sakit bang!!!!" jerit Syaf. Ryan benar benar dirasuk kemarahannya.
"Kau milik aku, Syaf!! Milik aku!!!! Kenapa kau biarkan jantan tu peluk kau!!! Kau cuma milik aku!!!!" jerkah Ryan. Syaf menangis kesakitan.
"Syaf tak curang. Hikss...hikss... Syaf tak curang. Hikss...hiksss..K-kenapa abang tak pe-percaya Syaf. Hikss..hikss.." dia kecewa bila Ryan tidak mempercayainya. Perlahan lahan Ryan melepaskan tali pinggangnya. Dia melutut di hadapan Syaf. Ryan mengesat perlahan air mata Syaf namun Syaf pantas menepisnya. Dia terus menjauhi Ryan. Syaf bangun perlahan lahan namun dia jatuh semula apabila merasakan kakinya benar benar sakit. Kain yang dipakainya terselak sedikit menyebabkan Ryan terlihat sedikit kesan darah di bahagian betis Syaf yang agak lebam. Syaf tetap memaksa dirinya untuk bangun.
"Sayang, biar abang tolong sayang." ucap Ryan. Dia cuba menyentuh Syaf namun Syaf sekali lagi menolaknya. Dia sekali lagi cuba untuk berdiri namun masih lagi gagal. Syaf terjatuh semula. Ryan lantas mencempung tubuh Syaf dan membawanya ke dalam bilik.
"Sayang, abang minta maaf. Abang biarkan emosi abang kawal diri abang sampai abang sakitkan sayang macam ni. Abang minta maaf sayang." ujar Ryan kesal. Syaf hanya mendiamkan diri. Tangannya mencapai vaseline di sebelahnya lalu cuba untuk merawat lukanya. Syaf meringis kesakitan.
"Sayang, biar abang ubatkan sayang." ujar Ryan.
"Pergi." ucap Syaf tanpa memandang Ryan.
"Sayang.." panggil Ryan dengan perlahan. Darah di betis Syaf dilihatnya. Timbul kesal di hati Ryan melihat kesan perbuatannya terhadap Syaf. Wajah Syaf mula pucat. Kepalanya benar benar sakit. Vaseline yang dipegangnya terjatuh di sisi katil. Perlahan lahan Syaf tersandar di dada Ryan. Ryan lantas membaringkan Syaf. Dikucup lembut dahi wanita itu.
"I'm sorry, sayang. Really sorry." Ucap Ryan. Ditarik perlahan tubuh Syaf dalam dakapannya. Disebabkan cemburunya, Syaf menjadi mangsa meskipun dia sendiri sedar Syaf sangat menyintainya.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."