Ryan memasakkan makan kegemaran Syaf. Ketam masak lemak cili api dan kangkung tumis. Meskipun sebelum ni dia agak liat ke dapur, namun dia tahu, demi Syaf dia mesti buat yang terbaik supaya Syaf sentiasa bahagia di sisinya.
Selesai memasak, dia masuk ke bilik dan melihat buah hatinya masih lagi lena. Ryan naik ke katil dan mengucup bibir Syaf untuk membangunkannya. "Sayang, it's time to wake up." Syaf membuka matanya dan terus mengeliat.
"Ergh.."
"Sayang bangun pegi mandi ae." ujar Ryan. Syaf memeluk leher Ryan dan berbisik di telinganya.
"Mandikan please. Rindu nak abang mandikan." Syaf berbicara sensual. Ryan tersenyum. Dia mengangkat tubuh isterinya dan terus menyiapkannya.
"Okay done, jom makan. Abang dah lapar. Harini abang masak special khas untuk puteri abang." ujar Ryan.
Syaf menurut langkah Ryan. "A-abang yang masak semua ni?" soal Syaf terkejut. Ryan mengangguk dan menarik kerusi buat Syaf.
"Silakan duduk tuan puteri" ujar Ryan. Dia melayani Syaf makan masakannya. Sesekali Syaf membalas dengan menyuapinya juga.
"Thanks abang masakkan makanan kegemaran sayang. Sedap sangat abang masak. Syaf suka." ujar Syaf setelah selesai makan. Dia yang ingin mengemaskan dapur dihalang Ryan dari membuatnya.
"Princess, harini biar abang yang layan princess. Princess pergi masuk bilik and pakai baju couple kita then we will go out." arah Ryan. Syaf memandang Ryan.
"Serius ke ni" soal Syaf teruja. Ryan mengangguk dan menggosok kepala Syaf.
" Iye sayang." Syaf lantas bersiap menurut arahan Ryan.
Ryan membawa Syaf pergi ke salah satu mall terkemuka. Mereka sama sama menonton wayang dan berkaraoke. Sedang mereka berjalan, seorang kanak kanan terlanggar Syaf. Syaf membantu membangunkan kanak kanak itu. Dia menyapu sedikit kotoran pada seluar kanak kanak itu.
"Adik ok? Mana mak dan ayah adik?" soal Syaf dengan lembut. Kanak kanak itu tersenyum manis menampakkan giginya.
"Kt citu. Mama nan papa kat citu." Jawab kanak kanak itu pelat. Dia menunjukkan ke arah sebuah kedai pakaian.
Syaf mendukung kanak kanak itu dengan penuh kasih sayang dan menuju ke tempat yang ditunjukkan. Ryan hanya mengikut langkah Syaf. Dalam diam dia memerhati reaksi Syaf.
"Ya Allah, Nini pergi mana? Dari tadi mama dengan papa cari Nini" ujar seorang wanita yang melihat Nini dalam dukungan Syaf.
"Saya nampak dia kat luar tadi. Dia kata mama dan papa dia kat sini." ujar Syaf. Wanita itu tersenyum dan memeluk Nini.
"Terima kasih ye. Buat susah awak je." ujar wanita itu
"Babai kakak cantik, babai abang hensem." ujar Nini ceria dan melambai mereka. Syaf tersenyum dan membalas lambaian Nini.
Melihatkan Syaf yang mulai termenung, Ryan memaut pinggang Syaf. Syaf tersenyum pahit. Dia memegang perutnya. Dia teringin mahukan anak sendiri, kalau boleh secomel Nini. Ryan membawa Syaf keluar dari situ. "Sayang, listen to me. Kita masih boleh dapat anak. Just relax ok. Sayang bukan tak boleh mengandung. Abang akan bawa sayang berubat yang terbaik. Abang janji akan sentiasa bersama sayang. I'll always with you, sayang. Jangan macam ni, abang tak kuat tengok sayang bersedih setiap masa. Abang nak isteri abang sentiasa gembira." pujuk Ryan. Syaf memegang pipi Ryan.
"Maafkan Syaf sebab selalu abaikan perasaan abang." ujar Syaf sayu. Ryan memeluk Syaf dengan erat.
"It's okay. Selagi sayang dengan abang, abang akan sentiasa maafkan sayang. Sayang takde salah pun dengan abang." ujar Ryan romantis.
"Abang, boleh Syaf tanya?"
Ryan mengangguk. "Urm, bila abang nak bawa Syaf balik kampung?" Ryan tersenyum.
"Sekarang."
"Eh tapi Syaf belum-"
"Abang dah prepare semua barang sayang masa sayang tidur tadi."
"Thanks abang" ucapnya dan terus memeluk Ryan dengan erat. Ryan membalas pelukan Syaf dan berkata. "Abang akan buat apa je untuk sayang asalkan sayang jangan pergi dari abang." Ujar Ryan.
"Syaf tahu. Lagipun, Syaf kan milik abg." ujar Syaf pula.
-------------------------------------------------------------"Assalamualaikum... Mak, ayah." Syaf memberi salam saat dia sudah tiba di hadapan rumah keluarganya.
"Waalaikumsalam. Ya Allah Syaf. Anak mak. Bang! Ank kita balik bang!" ibu Syaf bersuara ceria. Ayah Syaf segera menerpa ke arah Syaf dan memeluknya.
"Anak ayah. Rndunya ayah kat Syaf." ujar Pak Samad. Syaf tersenyum dan membalas kedua pelukan orang tuanya.
"Mak ayah naik dulu ye. Syaf nak panggil abang kejap." ujar Syaf. Dia pergi ke belakang kereta.
"Eh, sayang buat ape kat sini? Naiklah dulu." ujar Ryan.
"Syaf nak tolong abang angkat beg. Kesian abang nanti kena angkat berat berat." ujar Syaf pula. Ryan mengucup dahi isterinya.
"Abang boleh angkat. Abang kan kuat, sebab tu abang superhero sayang. Sayang jangan risau ae, sayang naik je dulu." ujar Ryan. Syaf mencium pipi Ryan.
"Thanks abang." ujar Syaf ceria.
Syaf naik ke rumahnya. "Mak, ayah. Syaf minta maaf sangat sebab marahkan mak dan ayah dulu. Memang masa tu hati Syaf sakit sangat bila kena kahwin dengan Ryan. Tapi lama kelamaan, Syaf sedar yang Syaf tak boleh berjauhan dengan Ryan. Syaf cintakan Ryan sangat sangat. Dia baik sangat dengan Syaf. Dia selalu layan Syaf macam permaisuri. Syaf bahagia sangat sekarang. Terima kasih mak, ayah" ujar Syaf. Bapanya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Mak dan ayah dah lama maafkan Syaf. Kami tak ambik hati pun masa tu. Kami faham keadaan Syaf." ujar ayahnya. Ryan naik ke rumah dan membawa bagasi mereka. Syaf membawa Ryan ke biliknya.
Syaf memandang Ryan lama. Merasa dirinya diperhatikan, Ryan memandang Syaf semula. "Kenapa sayang?" soal Ryan. Syaf menundukkan wajahnya ke lantai. Ryan mendekati Syaf.
"Kenapa ni? Cuba cakap dengan abang." Pujuk Ryan.
"Abang belum peluk Syaf pun. Syaf rasa macam dah kurang attention abang je ni." usik Syaf. Ryan tersenyum dan membawa Syaf ke pelukannya.
"Alolo, manjanya wife abang ni." ujar Ryan. Syaf tersengih dan mengucup bibir Ryan.
Syaf dan Ryan sama sama ke dapur untuk minum petang. "Eh, abang Ryan adalah kat sini." suara seorang gadis menyebabkan Syaf segera memandang suara itu. Maya, Sepupu gediknya. Ryan hanya memasamkan wajahnya. Dia tak suka perempuan lain menegurnya selain dari Syaf.
"Kau buat ape kat sini, Maya?" soal Syaf jengkel.
"Takde buat apepun. Mak kau kata kau balik, tu yang aku datang sini, tak sangka pulak Abang Ryan pun ada kat sini" kata Maya. Dia mendekati dan memegang tangan Ryan.
"Abang mesti penat kan? Sinilah Maya urut abg." ujar Maya.
Ryan menepis tangan Maya. Syaf menjauhkan suaminya dari Maya. "Mestilah SUAMI AKU pun ada. SUAMI AKU mana boleh jauh dari aku. Nanti kitaorang rindu macammana. Yang kau pun tak payahlah pura pura nak terkejut lepastu menggedik kat sini" perli Syaf. Sengaja dia menekankan perkataan suami pada Maya. Muka Maya berubah masam dan terus keluar dari rumah Syaf. Saat ini ibu bapa Syaf tiada kerana mereka masih berada di kebun. Syaf memandang Ryan.
"Suka ke perempuan tu pegang?" Soal Syaf. Ryan tersenyum dan memeluk Syaf lalu berbisik di telinga Syaf.
"Takde perempuan lain yang boleh sentuh abang selain sayang. Lagipun, kan sayang dah dapat semua dari abang" usik Ryan sambil membuat wajah nakal. Syaf tersenyum dan menutup wajahnya di dada Ryan.
"Gatal."
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."