Hati...
Mempunyai suami... Seorang psiko dan pembunuh benar benar menakutkan aku. Apakah aku mampu untuk terus mencintainya.
Ryan...
Kenapa awak buat macam ni? Saya tahu awak betul betul cintakan saya. Tapi kenapa disebabkan cinta, awak sanggup membunuh. Ya, saya tahu kata kata perempuan tu buatkan saya menangis. Jujur saya menyesal menangis dihadapan awak saat itu. Andai saya mampun putarkan semula masa, saya takkan sanggup buat macam tu lagi.Ryan...
Saya mohon. Jangan takutkan saya lagi. Saya mohon. Cintai saya seperti lelaki biasa. Saya mohon Ryan. Tolonglah. Saya tak nak awak pergi suatu saat nanti disebabkan perbuatan awak ni.Kesan air mata di dalam diari yang sudah kering itu diusap Syaf. Air matanya juga menitis. Kenyataan yang baru diterima ini benar benar menakutkannya. 'A-abang p-pembunuh? P-psiko??' getus hati Syaf. Dia memandang Ryan yang baru masuk ke bilik mereka. Tubuhnya mula menggeletar hingga buku yang dipegangnya terjatuh. Ryan lantas mendekati Syaf. Wajahnya terlakar kerisauan.
"Sayang, kenapa ni?" soal Ryan. "A-a-awak.. P-pem-pembunuh. J-jangan d-dekat. J-jangan dekat." Ryan terkejut. Dia lantas mengambil diari yang terjatuh itu lantas membacanya. Hatinya menggelegak marah. Ikutkan hati, dia mahu mengoyakkan buku itu. Namun, apabila memikirkan mengenai Syaf. Dia lantas meletakkan buku itu di meja. Dia berpaling dan keluar dari bilik tersebut. Baru selangkah dia mahu keluar dari bilik tersebut, terasa tangan Syaf melingkari pinggangnya. Dia menghadapkan tubuhnya. Dilihat Syaf memeluknya dengan erat.
"Syaf mohon, tolonglah abang. Jujur dengan Syaf. Apa semua ni? Tolonglah abang. Syaf merayu. Tolong bantu Syaf untuk ingat semula. Syaf merayu,abang. Please." Air mata Syaf mengalir semakin laju. Walaupun dia takutkan Ryan, namun hatinya tidak mahu dia menjauhi Ryan.
"Diari tu akan jelaskan siapa abang pada sayang." ujar Ryan tanpa memandang Syaf. Dia terus melangkah menjauhi Syaf.
"Syaf tahu salah Syaf. Disebabkan tangisan Syaf, abang bunuh orang demi untuk pastikan takde siapa yang akan sakitkan Syaf. Salah Syaf sebab buat abang jatuh cinta dengan Syaf. Salah Syaf sebab buat abang obses dengan Syaf. Salah Syaf sebab buat abang jadi pembunuh. Salah Syaf. Semua ni salah Syaf." ujar Syaf sayu. Ryan lantas memeluk Syaf. Dia tidak sanggup mendengar Syaf terus menerus menyalahkan dirinya.
"Tak, semua ni bukan salah sayang. Please sayang, jangan salahkan diri sayang." pujuk Ryan.
"Syaf tahu Syaf sebenarnya tak layak jadi isteri abang. Syaf banyak sakitkan hati abang kan. Syaf ni memang menyusahkan abang. Syaf..." Syaf semakin tak mampu meneruskan kata katanya. Dia mengetap bibirnya.
"Sayang, jangan cakap macam tu. Abang sayangkan sayang. Abang tak sanggup hilang sayang. Sayang please." pujuk Ryan. Air mata Syaf dikesat dengan tangannya.
"Kalau Syaf punca abang jadi pembunuh, jadi psiko...Syaf...Syaf... Syaf rela abang lepaskan Syaf." ujar Syaf tertahan tahan.
"No!!!! Sampai bila bila pun abang takkan lepaskan sayang!!!! Sayang milik abang dan selamanya hak abang!!!! Hanya abang yang berhak atas Syaf!!!!" jerkah Ryan. Syaf menggigil ketakutan melihat kemarahan Ryan. Dia menggenggam erat jari jemarinya dan memejamkan mata. Seketika kemudian, dia merasa tubuhnya dipeluk.
"Abang minta maaf sebab marahkan sayang tadi. Abang taknak sayang minta lagi semua ni. Abang nikahi sayang bukan untuk ceraikan sayang. Abang janji, abang akan tolong sayang untuk ingat semuanya." ujar Ryan. Dia lantas mengucup bibir Syaf. Tanpa sedar, Syaf hanyut dalam kucupan mereka. Dia memejamkan matanya dan menikmati kucupan itu.
Syaf berbaring di dada Ryan. Dia melihat Ryan lena diulit mimpi. Syaf mengusap pipi Ryan. "Apa akan jadi kalau Syaf tinggalkan abang?" gumam Syaf sendirian.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."