Wajah Syaf yang tampak risau dan kurang ceria mengundang pertanyaan di hati Ryan. Sesampainya mereka di rumah, Syaf berjalan masuk mendahului Ryan. Dia masuk ke bilik mereka dan mengurungkan diri.
Ryan menghampiri Syaf yang sedang termenung. "Sayang." Panggil Ryan dengan lembut. Namun Syaf seolah tidak menyedari kehadiran Ryan.
"Sayang!" Ryan memanggil dengan suara yang lebih kuat. Syaf tersentak.
"Ab-abang. Sorry. Syaf tak perasan." Kata Syaf. Wajahnya diceriakan namun Ryan tahu Syaf menyembunyikan sesuatu darinya.
"Sayang ok?" soal Ryan. Syaf mengangguk.
"Err, Syaf nak pergi dapur jap." Kata Syaf sambil bangun namun tangannya dicapai Ryan. Langkah Syaf terhenti dan Syaf duduk di sebelah Ryan.
"Cakap pada abang. Ape pula yang Syaf fikir kali ni?" soal Ryan tegas.
"Err.. Ma-mana ada. Sy-Syaf tak fikir apepun." Jawab Syaf.
"Jangan tipu abang, Syafa Qaseh! Abang tak suka!" Kata Ryan dengan wajah garang. Syaf mngeluh.
"Syaf... Takut." ujar Syaf sayu. Air matanya mula menitis.
"Sayang takut ape? Patutnya sayang happy tau sebab kita bakal dapat baby." Kata Ryan.
"Syaf akan happy kalau ini anak abang. Tapi macammana kalau ini anak Danial? Syaf takut abang. Abang faham tak? Syaf takut..." ujar Syaf sayu.
Ryan terdiam sejenak. Dia mula memikirkan kata kata Syaf. Dia yakin anak yang dikandungan Syaf itu anaknya. "Abang yakin tu anak abang. Abang yakin sangat." Kata Ryan.
"No! Abang tak payah nak sedapkan hati Syaf. Hiksss... Hiksss.." dia mula menangis.
"Dahlah! Tak payahlah nangis!! Rimas aku!!" Marah Ryan.
Syaf mengesat air matanya dan cuba untuk senyum.
"2 kali, Ryan. 2 kali. Awak cakap awak rimas dengan saya." Senyumannya gagal. Ryan menyesal kerana menuturkan kata kata itu pada Syaf.
"Sayang. Ab-abang minta maaf. Abg-abang tak sengaja. Maafkan abang, sayang." Pinta Ryan dan terus memegang tangan Syaf namun Syaf menariknya.
"Ryan, awak mesti lapar kan? Sekejap ye saya sediakan makanan awak." Kata Syaf.
"Sayang, maafkan abang. Ab-abang tak sengaja, syang." Rayu Ryan. Syaf memegang pipi Ryan dan menggeleng.
"Ryan, it's okay. Saya cuma menumpang je kat sini. Awak tak perlu minta maaf. Saya yang patut minta maaf sebab awak rimas dengan saya." ujar Syaf.
"Sayang--" panggil Ryan sayu. Dia tahu Syaf terluka dengannya. Syaf memandangnya sebentar dan terus meninggalkannya. Ryan terus mengikut langkah Syaf. Dia melihat Syaf sedang menangis di dapur. Lantas dipeluk tubuh itu.
"Sayang, maafkan abang sebab lukakan hati sayang. Maafkan abang, sayang." pujuk Ryan. Syaf menghentikan tangisannya. Dia tersenyum pahit memandang Ryan.
"A-awak nak makan ae Ryan? Maaf. Saya lambat sediakan makanan awak. Sekejap, saya masakkan untuk awak." Kata Syaf. Tangannya pantas mencapai bahan untuk memasak namun Ryan terus memegang tangannya.
"Sayang, jangan macam ni, sayang. Lepaskan perasaan tu. Abang minta maaf, sayang. Tolonglah." pujuk Ryan.
"Macam ape, Ryan?" soalnya malas. Kepalanya mulai sakit. "Abang tahu sayang marahkan abang. Abang minta maaf sebab kata kata abang tadi." pujuk Ryan.
"Dahlah Ryan. Saya penatlah. Awak ni nak makan ke tak sebenarnya? Kalau taknak, saya masuk bilik dulu. Saya nak tidur." ujar Syaf. Ryan menggeleng.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."