PART 37

201 6 0
                                    

"Harraz? Kamu pasti kamu nak tolong? Bukan ke kamu nak rampas Syaf dari Ryan?" soal Pak Samad curiga. Mak Mah hanya memandang Harraz di hadapannya. "Mak cik, Pak cik..ye memang sebelum ni saya berniat nak rampas Syafa dari Ryan. Saya tak yakin yang Syafa boleh bahagia dengan Ryan. Tapi apabila Syafa marahkan saya tadi, saat tu baru saya yakin yang jodoh terbaik Syafa adalah Ryan. Saya lepaskan Syafa demi kebahagiaan dia dengan Ryan." terang Harraz.

"Kamu kata tadi kamu boleh tolong, kamu nak tolong macammana? Kes Ryan ni berat." ujar Mak Mah. "Ye, memang kes Ryan ni berat. Tapi kita boleh minta supaya Ryan dirujuk ke bahagian kesihatan mental atas sebab emosi dia yang tak stabil. Sekurang kurangnya dia terlepas dari seksyen 302 hukuman gantung sampai mati." terang Harraz. "Apa yang terbaik pada kamu, kami ikutkan. Asalkan kamu tak mengkhianati Ryan dan Syaf ye. Mak cik dah tak nak tengok Syaf sengsara lagi." ujar Mak Mah. Harraz mengangguk.

Keesokkan harinya, Syaf bangun awal dari kebiasaannya dan segera bersiap. "Syaf, makan dulu nak." ujar Mak Mah. "Syaf nak tengok Ryan, mak." ujar Syaf pula. "Syaf, makan dulu. Nanti Syaf sakit kalau tak makan. Lepas tu, baru kita pergi tengok Ryan ye." pujuk ibunya. "Syaf takde selera. Syaf nak tengok keadaan Ryan, mak." ujar Syaf sayu. "Yelah. Kita pergi tengok Ryan ye." ujar Pak Samad. Kali ni dia memandu membawa Syaf dan Mak Mah ke balai polis untuk menemui Ryan.

"A-abang!!"

Syaf lantas memeluk tubuh Ryan dengan erat apabila bertemu dengannya. "Sayang, abang rindukan sayang sangat sangat." ucap Ryan. Air mata isterinya diseka perlahan. "Abang, Syaf tak mampu abang. Syaf tak boleh takde abang. Hikss..hiksss...Syaf tak boleh. Hiksss..hiksss..." tangis Syaf. Ryan menekap kedua belah pipi Syaf. "Sayang, you have to. Sayang kena belajar hidup tanpa abang ye. Abang minta maaf sayang. Tak dapat nak bahagiakan sayang selamanya. Tapi, abang tetap cintakan sayang. Selamanya cintakan sayang. Lepas ni, sayang tak perlu melawat abang dah ye. Sayang kena kuat tau. Sayang kena hidup sendiri. Ataupun, sayang boleh hidup dengan Harraz." ujar Ryan perlahan. Dia tidak mahu terus membiarkan Syaf menunggunya.

"No, Syaf tetap nak tunggu abang. Syaf tak nak orang lain. Syaf cuma nak abang sorang je." sayu Syaf bersuara.

"SYAFA QASEH! PLEASE! DENGAR CAKAP ABANG! JANGAN TUNGGU ABANG LAGI! MULAI SAAT NI, ABANG TAK NAK TENGOK SYAF LAGI!" jerkah Ryan. Air mata Syaf mengalir laju mendengarkan kata kata Ryan. Hatinya terluka. Sakit. Dia benar benar sakit. Dia mengetap bibirnya. "Baiklah. K-kalau ini yang a-awak nak. S-saya tunaikan hasrat awak, Ryan Haiqal." Suara Syaf benar benar kecewa. Dia berlalu pergi meninggalkan Ryan. Ryan memandang pemergian Syaf dengan sayu.

'Maafkan abang, sayang.'

3 hari berada di penjara, makhamah membuat keputusan untuk membebaskan Ryan Haiqal atas rayuan yang dibuat oleh Harraz. Namun meminta agar Ryan dibawa ke bahagian kesihatan mental untuk menguruskan emosinya. Ryan juga diminta menjalani beberapa rawatan psikiatri untuk pulih.

Beberapa bulan kemudian..

Ryan benar benar rindukan Syaf. Kesihatan mentalnya juga mulai pulih. Ryan dibebaskan. Ryan kembali semula ke rumahnya. Dia tidak sabar mahu menemui Syaf dan anak mereka. Namun hatinya kecewa apabila melihatkan rumahnya kosong. Ryan memandu pulang ke kampung halaman Syaf.

"Assalamualaikum, mak ayah." ujar Ryan apabila melihat ibu bapa mertuanya. Mereka tersenyum. "Waalaikumsalam." jawab mereka. Ryan menghampiri keluarga mertuanya. "Mak, ayah. Ryan minta maaf atas apa yang Ryan pernah buat pada mak dan ayah sebelum ni. Ryan buat semua tu sebab Ryan tak nak hilang Syaf. Ryan terlalu sayangkan Syaf. Ryan tak sanggup hilang Syaf." pohon Ryan. Pak Samad menepuk perlahan bahu Ryan. "Ayah dan mak dah lama maafkan Ryan. Kami tahu Ryan dah bahagiakan Syaf. Pergilah naik. Syaf ada kat bilik." ujar Pak Samad. Ryan mengangguk. Dia lantas melangkah ke bilik mereka. Kelihatan Syaf sedang lena bersama anak mereka. Sungguh, dia benar benar rindu dengan keduanya. 'Abang rindu sayang sangat sangat.' gumam Ryan. Dia mengusap lembut rambut Syaf. Usapan itu membuat Syaf terus terbangun. Membuntang matanya apabila melihat Ryan di hadapannya. Bergenang air mata Syaf. "Don't cry, sayang." ucap Ryan sayu. Diseka perlahan air mata Syaf namun Syaf terus menepisnya. Ryan terkejut.

"S-sayang. A-abang dah balik sayang. I'm coming for you. Kita mulakan hidup baru sayang." pujuk Ryan. "Keluar Ryan. Saya tak nak tengok muka awak lagi. Keluar." halau Syaf perlahan. Dia tidak mahu membangunkan Rayyan Harriz yang sedang lena. Ryan tetap tidak mahu berganjak. Syaf bangun dan menarik tubuh Ryan keluar dari biliknya.

"PERGI RYAN!!!SAYA TAK NAK JUMPA AWAK LAGI!!!SAYA BENCIKAN AWAK!!!" Jerit Syaf. Ibu dan ayah Syaf segera masuk ke rumah apabila mendengar jeritan Syaf. Ryan cuba menyentuh Syaf namun Syaf lantas menepisnya. "Sayang, abang minta maaf." pinta Ryan. "KAU KELUAR DARI RUMAH NI! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU KAT SINI!" Syaf menolak tubuh Ryan keluar dari rumahnya.

"SYAFA QASEH! AYAH TAK PERNAH AJAR KAMU KURANG AJAR DENGAN SUAMI KAMU SENDIRI!" marah Pak Samad. Sungguh, dia tidak tahan melihat Ryan diperlakukan sebegitu oleh Syaf. Syaf memandang Pak Samad dan Ryan. Air matanya luruh. Syaf terus berlari keluar dari rumah tersebut. Seumur hidupnya, tak pernah dirinya dimarahi sebegitu oleh Pak Samad. Ryan belas melihat isterinya dimarahi. Dia tahu silapnya. Ryan memandang Pak Samad. "Takpe yah. Salah Ryan. Ryan yang lukakan hati Syaf. Ryan pergi pujuk Syaf sekejap." ujar Ryan seraya mengejar langkah Syaf.

"Hiksss...hiksss...apa salah saya, Ryan? Kenapa awak datang balik dalam hidup saya? Hiksss..hikss...awak yang cakap tak nak tengok saya lagi. Hiksss...hikss..k-kenapa datang balik? Hiksss..hiksss.." tangis Syaf. Dia memeluk erat lututnya. Melihat sungai di hadapannya, sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Sayang..." Ryan memanggil Syaf. Syaf langsung tidak memandang Ryan. Ryan menghela nafas lemah. Dia mengambil tempat di sebelah Syaf. Diraih tangan Syaf lalu dikucup perlahan. "Abang yang salah. Abang lukakan hati sayang. Abang hancurkan hati sayang. Abang tinggikan suara pada sayang. Abang yang silap. Maafkan abang, sayang. Please..give me one more chance. Abang janji abang takkan buat lagi. Please sayang." pujuk Ryan. "Buat ape lagi, awak? Perlu ke peluang tu? Dahlah...awak memang tak cintakan saya lagi. Buat ape awak datang semula? Pergilah..cari orang lain." suara Syaf semakin sayu.

Syaf mula berdiri dan berpaling pergi. Namun Ryan segera meraih tangan Syaf. "I still love you, sayang. Only you. The one that I want. Please...I'm really sorry." Pinta Ryan. Dia memandang mata Syaf. "Abang mohon...jangan tinggalkan abang lagi. Abang tak mampu tanpa sayang. Abang merayu sangat." Ryan mula berlutut di hadapan Syaf.

"Terima je lah Ryan balik Syaf."

"Syafa, hati hati. Kalau awak lepaskan Ryan, perempuan lain mesti dapat Ryan."

"Maafkan je Ryan tu. Bagi dia peluang Syaf."

Syaf segera memandang ke arah suara suara tersebut. Kelihatan ibu, ayah serta Harraz berada di situ. Wajah Syaf merona merah. Dia benar benar malu. Syaf mula memandang Ryan yang masih berlutut. Mereka saling berpandangan. Tergambar di ruang mata Ryan bahawa dia benar benar menyesal. Syaf menghela nafas lemah.

"Janji dengan Syaf yang abang takkan buat macam tu lagi. Janji dengan Syaf yang abang takkan lukakan hati Syaf. Dan, janji dengan Syaf yang abang akan terus cintakan Syaf dan jaga keluarga kita dengan baik sampai bila bila." ujar Syaf. Ryan mengangguk. "Abang janji. Abang akan buat semua yang sayang nak. Abang janji abang takkan lukakan sayang lagi. Abang janji." dia mengangkat tangannya umpama orang berikrar. Syaf tersenyum. "Syaf maafkan abang." ujar Syaf seraya memeluk Ryan. Ryan membalas pelukan Syaf dengan lebih erat. "I love you sayang. Really love you. I promise, I will take care of you and our son until my last breath. Thank for everything my apple pie." ucap Ryan. "Love you too, abang. My heaven." balas Syaf. Keluarga Syaf serta Harraz mengalirkan air mata gembira melihat dua hati itu bersatu. Doa mereka supaya hubungan Syaf dan Ryan kekal hingga ke jannah.

TAMAT....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERI ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now