Ryan gembira apabila Syaf memeluknya saat dia sedang lena.
"I promise sayang, I'll never hurt you anymore." Ucap Ryan. Wajah bintang hatinya yang sedang lena itu ditatap sepuasnya.
"I can't imagine how can I live without you by my side. You're my light, sayang." Ucap Ryan. Dahi Syaf disentuh perlahan. Ryan menggeleng lemah. Ryan berura ura mahu bangun namun Syaf pantas membuka matanya.
"Abang nak pergi mana?" Serak suara Syaf bertanya.
"Abang nak ambil kain basah nak tuam badan sayang. Sayang masih demam ni." Ujar Ryan dengan lembut.
"Tak payahlah. Nanti okaylah. Abang janganlah tinggal Syaf. Duduk je sini dengan Syaf. Temankan Syaf." Pujuk Syaf pula.
"Sayang. Abang ambil sekejap je. Nanti abang datang balik." Pujuk Ryan pula.
"Abang please. Jangan tinggalkan Syaf." Rengek Syaf.
"Sayang, sekejap je." Pujuk Ryan lagi. Syaf memandang Ryan. Air matanya bergenang. Pegangannya pada Ryan dilepaskan.
"Go." Ujar Syaf dan terus berpaling dari memandang Ryan.
"Sayang." Panggil Ryan dengan lembut dan cuba menyentuh Syaf namun Syaf terus menepisnya.
"Don't touch me. Just go." Ujar Syaf menahan tangis.
Ryan lantas duduk semula di sisi Syaf. "Okay, abang takkan pergi mana mana. Abang duduk sini je dengan sayang, okay." Pujuk Ryan.
"No need, Ryan. No need." Balas Syaf sambil menangis.
"Sayang, abang takkan pergi mana mana. Abang janji abang akan temankan sayang." Pujuk Ryan lagi. Dia mula memeluk Syaf dengan erat.
"Saya tak nak. Lepaslah awak. Jangan sentuh saya." Ronta Syaf. Namun Ryan tidak mempedulikan rontaan Syaf malahan dia semakin memeluknya erat. Syaf mula merasa penat. Perlahan lahan rontaanya terhenti. Matanya mula terpejam. Tubuhnya didekatkan pada Ryan dan pelukan Ryan dibalas. Syaf mula nyenyak di pelukan Ryan. Ryan tersenyum manis.
Ryan memandang Syaf. Tiba tiba dia tersedar akan sesuatu. Dia pantas melihat kalendar di mejanya. "Esok? 18/2? Our wedding anniversary?" Dalam otak Ryan mula merangka sebuah rancangan. Untuk meraikan hari bahagia mereka. Syaf pasti akan bahagia dengan kejutan yang bakal diberikan. Ryan memeluk Syaf dengan lebih erat. Baginya, Syaf benar benar istimewa. Dia takkan mampu untuk lepaskan Syaf. Ryan mula terlena bersama Syaf.
Pagi itu, Ryan bangun awal dan keluar tanpa memaklumkan pada Syaf untuk mencari hadiah buat anniversary mereka.
Syaf baru bangun dari tidurnya. Menyedari Ryan tiada di sebelahnya, Syaf bingkas bangun. "Abang." Panggil Syaf. Apabila panggilannya tidak bersahut, Syaf lantas keluar dari biliknya dan mencari Ryan. Syaf mengeluh. 'Where is he?' Getus hati Syaf. Dia mencapai telefonnya dan menelefon Ryan namun tidak berjawab. Syaf lantas menelefon sekali lagi.
Syaf: hello, abang kat ma..
Ryan: ye, cari siapa? (Suara wanita)Syaf lantas mematikan talian tersebut. Dia menghela nafas kasar. Timbul di benaknya, siapa yang menjawab panggilan tersebut. Tiba tiba..
Ting..
Syaf membuka message tersebut. Hampir terbuntang matanya melihat apa yang dihantar. Gambar Ryan berpelukan dengan perempuan lain. Air matanya menitis. "Why you do this to me, Ryan?!why?!!" Jerit Syaf sekuat hati. Dia jatuh terduduk di lantai.
"Sayang, I'm home."
Syaf lantas memandang ke pintu. Kelihatan Ryan berdiri di situ dengan wajah ceria. Syaf mengetap bibirnya. Dia bingkas bangun dan menjauhi Ryan, namun Ryan pantas memeluknya dari belakang.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Ryan cemas.
"Ryan please. Jangan sentuh saya." Syaf sedaya upaya cuba menahan air matanya dari gugur. Dia benar benar tak mampu berhadapan dengan Ryan buat masa sekarang.
"No, tell me first. Sayang kenapa? Sayang marah sebab abang keluar tak bagitahu sayang? Okay look. I'm sorry about that. Really sorry." Pujuk Ryan. Syaf menggelengkan kepalanya. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Ryan namun Ryan semakin memegangnya kuat.
"Sayang!!" Marah Ryan.
Syaf memandang wajah Ryan. Ryan lantas memeluk Syaf dengan erat. Dia nampak mata Syaf. Mata Syaf yang terluka. Dia sedar dia menyakitkan kesayangannya sekali lagi. Syaf menyerahkan telefonnya pada Ryan. Ryan melihat telefon Syaf. Dia terkejut. "Sayang, ni bukan macam apa yang sayang sangka. No. Sayang percayakan abang kan? I love you, sayang. Only you." Ujar Ryan. Dia cuba meraih semula kepercayaan Syaf.
Syaf memandang Ryan. "Syaf tak tau." Ujar Syaf lemah. Yang dia tahu hatinya benar benar sakit melihat gambar itu.
"Sayang please percayakan abang. Abang tak buat macam tu. Abang takde orang lain selain sayang." Ujar Ryan lagi.
"Kalau bukan awak, siapa dalam gambar tu? Siapa perempuan yang jawab panggilan saya masa saya telefon awak, Ryan? Siapa?" Soal Syaf dengan air mata yang berlinangan.
"Sayang. I just only have you. Abang takde sesiapa selain sayang. Please sayang, trust me." Pujuk Ryan lagi.
Syaf memandang wajah Ryan. "Saya tau saya bukan yang terbaik untuk awak, Ryan. Saya tau saya dah takde lagi dalam hati awak. Saya tau saya bukan sesiapa pun pada awak. Saya tau awak dah tak sayangkan saya lagi. Saya tau awak dah tak cintakan saya. Saya..saya.." Syaf mengetap bibirnya. Dia tahu dia merobek perasaannya sendiri. Ryan menggelengkan kepalanya.
"Sayang please. Jangan teruskan lagi. Tu semua tak betul. Abang masih cintakan sayang. Masih sayangkan sayang. Sayang tetap yang terbaik." Ujar Ryan.
"S-saya..saya.." Syaf benar benar tidak mampu meneruskan kata katanya. Dia menggigil seluruh badan dan terus terduduk. Ryan benar benar risau melihat keadaan Syaf. Lantas dipeluk Syaf dengan erat namun Syaf terus memukul dada Ryan.
"Lepas Ryan!! Lepas!! Syaf benci Ryan!! Syaf benci!!!" Jerit Syaf. Ryan langsung tidak mempedulikan apa yang Syaf lakukan padanya. Pukulan Syaf mula lemah.
"Kenapa Ryan? Apa salah saya? Kenapa tipu saya, Ryan? Kenapa? Saya penat sangat, Ryan. Penat sangat. Saya dah tak mampu nak hadapi semua ni. Saya tak mampu lagi, Ryan." Ujar Syaf dengan lemah.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."