Ryan menghampiri sebuah bilik bersebelahan biliknya. Dipulas tombolnya. Kunci. Ryan segera mencari kunci pendua bilik tersebut dan membukanya. Dilihatnya Syaf sedang duduk memegang lutut sambil menangis. Dapat dilihat wajah Syaf yang kemerahan akibat ditampar olehnya.
"Sayang." Panggil Ryan dengan lembut. Syaf memandang Ryan dan dia mulai menggigil.
Ryan menghampiri dan memeluk Syaf seeratnya. "Sayang, abang minta maaf. Abang yang salah. Tapi, sayang jangan sebut lagi perkataan cerai tu. Abang cintakan sayang. Sampai bila bila pun abang taknak lepaskan sayang. Sayang hak abang selamanya." ujar Ryan. Pelukannya dieratkan. Syaf membalas pelukan Ryan.
"I'm sorry abang. I love you." ujar Syaf. Dia tidak tahu mengapa hatinya seolah tidak mahu berjauhan dengan Ryan. Ryan kelu, namun dia cepat tersedar.
"Sa..sayang. Betul ke ni?" Soal Ryan. Syaf mula menarik muka.
"Ab..abang dah tak percayakan Syaf?" Soal Syaf pula.
"Ye..Ab..abang percaya sayang. Sorry." ujar Ryan. Syaf jenis yang terlalu sensitif. Jadi, dia kena cepat cepat pujuknya.
"Abang tipu. Abang tak percaya Syaf.. Hiks..hikss..Abang tak sayangkan Syaf lagi kan..hikss..hikss.." Tangis Syaf.
"No, abang sayangkan sayang. Listen, abang trust sayang. Abang tak tipu. Abang cuma terkejut je. Alhamdulillah, sayang dah buka pintu hati sayang untuk abang. Abang happy sangat." pujuk Ryan. Syaf memandang Ryan.
"Betul abang trust Syaf?" Ryan mengangguk. "Yeay! Sayang abang." ujar Syaf dengan gembira. Dia mencium wajah Ryan dan mengucup bibir Ryan. "Mmph." Nafas keduanya saling tak menentu.
"Sayang, jom keluar? Abang nak dating dengan wife abang ni." ujar Ryan. Syaf tersenyum dan mengangguk. Setelah siap berpakaian, mereka menuju ke mall.
Ryan memegang tangan Syaf dengan erat. Ryan tampak hensem dengan memakai seluar slack dan t-shirt serta berkaca mata. Gadis gadis banyak memandang Ryan. Mereka singgah minum di mall tersebut, tiba tiba Ryan didatangi seorang gadis yang cukup seksi.
"Wow, abang nampak handsome lah. Ni nombor I. Nama I, Lina. Mana tau kita boleh minum minum." ujar gadis gedik tersebut dan berlalu pergi. Sempat dia menghadiahkan flying kiss buat Ryan.
Syaf memejamkan matanya, menghalang air matanya dari tumpah. Ryan perasan perubahan wajah Syaf.
"Sayang." ujar Ryan. Syaf memandang Ryan, dia cuba untuk tersenyum namun Ryan nampak senyumannya palsu. Mata mata Syaf berkaca kaca menggambarkan yang Syaf sedih. Dia segera duduk di sebelah Syaf dan memegang tangan Syaf.
"Saya nak balik." ujar Syaf dan meninggalkan Ryan.
Ryan mengejar langkah Syaf yang sudah menutup pintu kereta tersebut.
"Sayang." Panggil Ryan. Dia baru mahu berbaik dengan Syaf. Ada je perkara yang membuatkan Syaf sensitif. Syaf kekal berdiam diri. Ryan menarik Syaf ke pelukannya.
"Mesti abang penat kan, dapat wife macam Syaf. Asyik merajuk je. Kejap kejap marah, kejap kejap menangis. Hmm, Syaf ni memang wife yang teruk kan." ujar Syaf sambil memejamkan matanya.
"Sayang, please. Jangan cakap macam tu. Abang sayangkan sayang. Abang takkan benarkan sesiapa pun buat sayang menangis. Sayang yang paling abang cinta. Jangan sedih sayang. Jangan nangis. Please. Abang cintakan sayang sangat sangat." ujar Ryan. Dia menyeka air mata Syaf.
'Aku akan bunuh kau, Lisa.' tekad Ryan.
Setelah memastikan Syaf tidur dengan lena, Ryan masuk ke bilik rahsianya. Dia memandang cermin di biliknya. 'Sampai mati pun, abang takkan benarkan sesiapa buat sayang nangis.' desis hati Ryan. Perlahan lahan dia mencapai handphonenya.
RYAN
-JOM MEET, _ABANG HANDSOME TD.LISA
-OK ABANG. LISA TUNGGU. NAK PERGI MANA?RYAN
-RUMAH LISA, BOLEH😋LISA
-BOLEH. NANTI LISA BAGI ALAMAT.Setelah mendapat alamat Lisa, Ryan mula tersenyum lebar. 'Kau akan kena jugak malam ni, Lisa.' desis hati Ryan. Sebelum keluar, Ryan mengucup dahi isterinya. 'Abang pergi dulu, sayang. Desis hati Ryan.
Dia menuju ke rumah Lisa berpandukan alamat yang diberi. Dia mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu tersebut dibuka oleh seorang perempuan.
"Eh, abang." Terlakar senyuman lebar di wajah gadis tersebut. Lisa menjemput Ryan masuk.
"Abang nak minum apa?" Soal Lisa dengan lembut. Seolah mahu menggoda Ryan.
"Erm..abang rasa. Abang nak minum darahlah, sayang." ujar Ryan.
"Darah? darah siapa?" Soal Lisa pelik. "Darah sayanglah." Ujar Ryan dan mengeluarkan pisau dari poketnya.
Wajah Lisa mula berubah. Perlahan lahan dia menjauhkan diri dari Ryan.
"Ab..abang nak buat ape ni?" Soal Lisa ketakutan.
"Takde siapa yang boleh buat isteri aku menangis." ujar Ryan. Dia menghunuskan pisaunya pada Lisa.
"Ab...abang! Sakit!" Jerit Lisa. Ryan hanya ketawa melihat kesakitan Lisa.
"Hahaha! Padan muka kau! Takde siapa boleh rampas aku dari Syaf. Dan takde siapa boleh rampas Syaf dari aku!" Ryan ketawa terbahak bahak. Dia menikam nikam tubuh Lisa. Ryan bermandi darah. Dia suka melihat Lisa sudah mati.
Perlahan lahan dia keluar dari rumah Lisa tanpa dilihat oleh sesiapa.
'Sayang, takde sape yang boleh rampas abang dari sayang and takde sape yang boleh buat sayang menangis lagi.' desis hati Ryan. Dia pulang ke rumahnya tanpa disedari oleh sesiapa. Dia masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan tidur tanpa berasa apa apa.
-------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya, Ryan dan Syaf sama sama menonton tv.
SEORANG GADIS YANG DIKENALI SEBAGAI LISA ARIANA BERUMUR 19 TAHUN DITEMUI MATI DI APARTMENTNYA PADA JAM 9.30 PAGI TADI. KEJADIAN TERSEBUT DISEDARI OLEH RAKANNYA YANG BARU PULANG DARI TEMPAT KERJANYA. MANGSA DITEMUI MATI DALAM KEADAAN YANG MENYEDIHKAN DIMANA TUBUHNYA DITIKAM BERKALI KALI OLEH SI PEMBUNUH. MOTIF MASIH DISIASAT.
"Abang, ni bukan ke perempuan yang semalam? Kesian dia." ujar Syaf.
"Eh, yeke?" Soal Ryan, berpura pura tidak tahu. Syaf mengangguk. Dia merapatkan dirinya pada Ryan, dipeluknya lengan Ryan dengan erat.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Ryan. Dia merasakan tubuh Raisya yang menggigil.
"Syaf takut. Ka..kalau..pe..pembu...pembunuh tu bunuh Syaf..ma..macam Lisa..tu? Syaf takut." Ujar Syaf. Dia melekapkan kepalanya di dada Ryan.
"Syy, tak. Abang takkan biarkan sesiapa pun sakitkan sayang. Walau sorang pun. Abang akan sentiasa lindungi sayang." janji Ryan. Dipeluknya Syaf agar isterinya bertenang.
Syaf semakin manja dengan Ryan sejak hari ke hari. Tidak pernah walau sehari pun, Syaf tidak bermanja dengan Ryan. Hingga mandi pun hendak bersama sama. Namun dia gembira dengan kerenah Syaf. Dia gembira Syaf benar benar menjadi miliknya.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."