PART 35

107 3 0
                                    

"Abang, Harriz mana?" soal Syaf apabila menyedari anak mereka tiada di katil buaiannya.

"Abang hantar Harriz pergi rumah pengasuh dia, sayang. Today is our time. Abang nak spend time masa kita berdua je hari ni." ujar Ryan dengan tenang. Dia meraih tangan Syaf lalu mendekatkan tubuh Syaf ke arahnya. Bibir Syaf yang pecah diusap dengan lembut. Terbit sesal di hatinya.

"Abang minta maaf, sayang." ucap Ryan seraya melutut di hadapan Syaf.

Syaf menundukkan wajahnya. "Takpelah abang. Syaf okay. Syaf tak patut tanya soalan tu pada abang." Ryan menatap wajah Syaf.

"Syaf tak layak tanya soalan tu kan." Ryan lantas berdiri dan meraih tubuh Syaf lalu dipeluknya erat.

"No, sayang layak. Jangan cakap macam tu. Abang cintakan sayang." pujuk Ryan. Dia memandang anak mata Syaf. Kasih sayangnya terhadap Syaf benar benar sukar dibendung. Semakin hari, semakin menggebu rasa cintanya buat Syaf. Sungguh dia benar benar takut kehilangan Syaf.

Syaf menghela nafas lemah. "Abang nak bawa Syaf pergi mana malam ni?" soal Syaf. Ryan tersengih.

"Adalah. Suprise." ujar Ryan ceria.

"Abang ni. Mengada tau." balas Syaf manja. Ryan tersenyum dan menarik Syaf agar duduk di ribanya. Syaf hanya menurut tingkah Ryan.

"Sayang tau tak, sayang bermakna sangat dalam hidup abang. Abang cintakan sayang sangat sangat. Abang tak boleh hidup tanpa sayang dan Harriz. Abang bahagia sangat dengan sayang. Sangat sangat bahagia. Walaupun sayang depan mata abang, abang rindu sangat dengan sayang." luah Ryan dalam bisikan di telinga Syaf. Syaf menatap wajah Ryan. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Namun dia benar benar terharu dengan kata kata Ryan.

Ryan masih lagi menatap wajah Syaf. Tiba tiba dia tersedar akan sesuatu. "Eh, sayang dah makan ke belum?" soal Ryan. Perlahan lahan Syaf menggeleng.

"Kenapa Syaf tak makan lagi?" soal Ryan.

"Syaf nak makan dengan abang." ujar Syaf.

"Patutnya sayang makan je dulu. Tak payah tunggu abang. Nanti sayang sakit." ujar Ryan.

"Okay abang. Lepas ni Syaf tak tunggu abang lagi." ujar Syaf.

"Tak, sayang. No, that not what I meant. No, sayang jangan sedih. Abang cuma tak nak sayang sakit. Just that." pantas Ryan bersuara apabila mendengar kata kata Syaf.

"Tak, Syaf tak sedih. Erm, betul apa yang abang cakap tu. Syaf nak masuk bilik dulu. Nak siap. Tadi abang cakap nak bawak Syaf keluar kan?" ujar Syaf sambil menguntumkan senyuman. Ryan akur. Meski dia tahu Syaf terasa akan kata katanya, namun hanya dibiarkan dahulu. Tahulah dia memujuknya dengan kejutan yang diberikan malam nanti.

"I can't wait for tonight, sayang." gumam Ryan sambil tersenyum sinis.

"Sayang, dah siap ke belum?" soal Ryan dari luar bilik.

"Dah." ujar Syaf seraya keluar dari bilik mereka. Syaf kelihatan sangat anggun dengan gaun yang dipakainya. Membuatkan Ryan tak berkelip memandangnya.

"Cantiknya sayang." ujar Ryan. Syaf menggaru kepalanya.

"Erm, abang, kita nak pergi mana ni sebenarnya? Kenapa abang suruh Syaf pakai gaun meleret ni?" soal Syaf.

Ryan tersenyum. Dia meraih pinggang Syaf dan berbisik di telinga Syaf.

"Tonight is ours" ujar Ryan romantis. Wajah Syaf mula berbahang. Mukanya memerah. Lantas wajahnya dilekapkan di dada Ryan.

"Abang" ujar Syaf malu. Ryan tergelak.

"Okay, okay. Jom kita pergi." Syaf mencapai lengan Ryan dan memeluknya erat. Ryan membukakan pintu kereta buat Syaf. Syaf tersenyum dan mengucapkan terima kasih dengan mengucup pipi Ryan.

ISTERI ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now