Syaf melihat tangannya yang baru lepas menampar Ryan. Sejujurnya dia merasa amat bersalah. 'Siapa lelaki tu sebenarnya? Kenapa dia kata aku ni wife dia?' Syaf mulai tertanya tanya. Kepalanya mulai sakit.
"Argh." Syaf terjerit kecil. Dia terus memegang kepalanya. Ryan yang kebetulan masuk terus mendekati Syaf.
"Sayang, kenapa ni?" soal Ryan cemas.
Air mata Syaf mengalir. "Sakit. Hiksss.. Hiksss.." tangis Syaf. Dia memegang erat kepalanya yang dirasakan seolah mahu tercabut. Ryan terus memeluk Syaf dan dikucup perlahan kepala Syaf. Perlahan lahan sakit kepala Syaf mula hilang.
"Sayang dah okay?" soal Ryan prihatin. Syaf mengangguk.
"Err, boleh lepaskn saya?" soal Syaf apabila Ryan masih kekal memeluknya.
Ryan menghela nafas berat. "Hmm, maaf." Ujar Ryan sayu. Sakit hatinya bila isteri kesayangannya langsung tidak mengingatinya.
"Awak~~" panggil Syaf perlahan. Ryan memandang Syaf.
"Kenapa sayang?" soal Ryan.
"Saya minta maaf tentang tadi. Sa-saya tak sengaja tertampar awak. Saya minta maaf." ujar Syaf sambil menundukkan wajahnya. Ryan tersenyum kecil.
"Sokay sayang. Abang maafkan sayang. Abang tau sayang masih belum ingat abang lagi. Abang tak ambik hati pun." ujar Ryan dengan tenang meskipun di hatinya bergolak perasaan sedih dan kecewa.
"Awak, betul ke kita dah ka-kawin?" soal Syaf. Pantas Ryan mengangguk.
"Kita dah kahwin hampir 2 tahun, sayang." Jawab Ryan. Syaf menggelengkan kepalanya.
"Saya minta maaf. Tap-tapi saya tak yakin. Saya tak kenal awak. Macammana kita boleh kahwin? Sebab apa kita kahwin? Mana parents saya?" soal Syaf bertalu talu. Dia cuba memaksa ingatannya untuk muncul namun sakit kepalanya mula menyerang.
"Takpe sayang. Perlahan lahan ye. Sayang baru sedar. Jangan paksa diri sayang untuk ingat semuanya. Abang tak nak sayang makin sakit." nasihat Ryan lembut.
Syaf mengangguk tanda patuh dengan arahan Ryan. "Hmm, saya tidur dulu." ujar Syaf dan memejamkan matanya namun dia mulai tidak selesa. Dia tidak tahu mengapa. Pusing kiri, tak boleh. Pusing kanan tak lelap. Seperti ada sesuatu yang kurang. Syaf agak terganggu.
"Sayang kenapa?" soal Ryan meskipun dia tahu mengapa Syaf berkelakuan sedemikian.
"Saya rasa macam ada benda kurang. Tapi saya tak tahu kenala. Saya nak tidur tapi tak boleh." terang Syaf. Sejujurnya dia sudah terlalu penat.
"Abang dah bagitau sayang kan yang sayang wife abang?" soal Ryan. Syaf hanya mengangguk.
"Tapi saya tak yakin." balas Syaf pula.
"Yang penting abang tahu sayang isteri abang. Izinkan abang peluk sayang. Please. Abang merayu sangat." pinta Ryan. Syaf mulai berfikir. Akalnya menyuruh untuk menolak permintaan Ryan, namun hatinya kuat mengatakan Ryan adalah miliknya. Akhirnya Syaf mengangguk. Dia membenarkan Ryan memeluknya.
Perlahan lahan Ryan naik ke katil Syaf dan membawa Syaf ke pelukannya. Syaf mulai berasa selesa. Seolah pelukan itu umpama dadah yang membuatnya ketagih. Syaf membalas pelukan Ryan dan dia mulai terlena dalam dakapan Ryan. Ryan mengucup dahi Syaf. 'Walaupun sayang tak ingat hubungan kita, tapi sekurang kurangnya abang tahu, setiap perbuatan sayang memerlukan abang di sisi sayang. Abang harap sangat sayang akan ingat siapa abang di hati sayang. Abang cintakan sayang sangat sangat.' desis hati Ryan.
"Erm awak, bila saya boleh balik?" soal Syaf. Ryan yang sedang duduk di tepi memandang Syaf.
"Sayang kena stay sini dalam 4-5 hari lagi. Sebab doktor nak pastikan sayang betul betul sembuh." ujar Ryan. Syaf mengeluh.
"But, saya tak suka duduk sini." ujar Syaf lemah.
"Sayang look. Abang bukan nak marah sayang but boleh tak kalau sayang tak bahasakan diri, saya. Sebab abang rasa kita macam tengah gaduh." ujar Ryan lembut.
"Habis nak panggil ape?" soal Syaf.
"Like this, dulu sayang panggil abang ni, abang. And sayang bahasakan diri, Syaf or sayang. Can you change it? No more saya awak?" pinta Ryan. Wajahnya jelas menunjukkan pengharapan.
"Ab-abang?" ujar Syaf kekok. Ryan tersenyum. Meskipun Syaf tidak mengingatinya, namun Syaf mudah lembut hati mengikut arahannya.
"Syaf nak balik. Please." ujar Syaf.
"Tak boleh sayang. Sayang kan masih sakit lagi. Nanti kalau sayang dah betul betul sihat, kita balik ea." pujuk Ryan. Air mata Syaf mula menitis. Dia membaringkan tubuhnya dan membelakangkan Ryan.
"A-awak keluarlah. S-saya boleh jaga diri. S-saya kan tak sihat." Suara Syaf serak menahan tangisan. Ryan tidak terkejut dengan perlakuan Syaf, sememangnya dia sangat tahu, Syaf memang tidak suka berada di hospital.
"Sayang, I'm sorry, okay. Janganlah merajuk dengan abang. Kalau boleh memang abang nak sangat bawa balik sayang ke rumah kita, tapi doktor masih belum benarkan sayang keluar." pujuk Ryan. Dia cuba menyentuh Syaf, namun Syaf segera menepisnya.
"S-saya nak rehat. A-awak baliklah." ujar Syaf. Ryan mulai akur. Dia tidak mahu Syaf tertekan. Dia bangun lantas dikucup dahi itu perlahan.
"Abang keluar dulu ea, sayang. Apa apa abang ada kat luar. You can call me." ujar Ryan. Malam itu, Syaf bermimpi.
Flashback...
"Mah, Syaf. Tadi, tuan Ryan datang jumpa ayah." ujar Pak Samad membuka bicara. "Dia minta abang bayar hutang ye?" Soal Mah, isterinya. Pak Samad mengangguk. "Tapi kita takde duit bang. Duit cuma cukup untuk keperluan harian kita je." jawab isterinya. "Abang tahu, tapi Tuan Ryan ada cakap sesuatu pada abang tadi, untuk bayar semua hutan kita." balas Pak Samad.
"Apa dia bang?" Soal isterinya agak teruja. Pak Samad mengerling kearah Syaf. "D..Dia nak kahwin dengan Syaf." jawab Pak Samad. Syaf terkejut. 'O.M.G!' desis hati Syaf. "Ayah, no. Syaf tak nak. Please, mak tolonglah pujuk ayah. Syaf tak nak. Kita dah zaman moden, mak ayah. Syaf taknaklah kahwin paksa ni." Syaf menolak permintaan ayahnya. "Syaf, tolonglah ayah. Ayah merayu sangat. Kalau kamu tak kahwin dengan dia, dia akan bakar rumah ni dengan keluarga kita sekali. Tolonglah ayah, Syaf. Ayah merayu sangat. Kamu setuju ye, nak." ujar Pak Samad. Syaf menghela nafas berat. 'Sampai hati ayah buat Syaf macam ni.' Desis hati Syaf. Syaf berlari masuk ke biliknya. "Syaf!..Syaf!" Panggil ayahnya, namun Syaf hanya memekakkan telinganya.
-------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya, Syaf bangun awal dan keluar tanpa memaklumkan pada orang tuanya.Hatinya masih sakit apabila teringatkan ayahnya memaksa dia berkahwin dengan Ryan. Tiba tiba..
SKREEETTT!!!!
Sebuah kereta berhenti di hadapannya. Apabila pemandu tersebut keluar, Syaf menekup mulutnya. Dia berjalan dan menjauhi pemandu tersebut sebelum lengannya direntap. "Syaf!" marah pemandu itu. "Awak nak ape, Ryan? Saya mohon, jangan ganggu saya lagi. Saya tak cintakan awak." ujar Syaf perlahan namun tegas. Ryan marah lalu dia menarik tangan Syaf dan menolaknya masuk ke dalam kereta.
"Ryan! Apa awak buat ni?! Lepaskan saya!" Marah Syaf. "Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak setuju nak kahwin dengan aku!" ujar Ryan dengan marah. Dia tidak suka bila kehendaknya tidak dipenuhi. "Ryan, please." ujar Syaf. Air matanya mula bergenang. Ryan menghentakkan tangannya di stereng kereta. Dia sakit melihat Syaf menangis disebabkannya. Tanpa berfikir panjang, dia memeluk Syaf seeratnya.
'Pelukan tu? Sama macam Ryan peluk aku. Tapi~~kenapa aku tak cintakan dia? Macammana kitaorang kahwin dulu?' desis hati Syaf. Akhirnya dia terlena dalam persoalan.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."