Ryan bangun lebih awal dari Syaf. Dia melihat Rayyan Harriz sudah pun terjaga lantas diambil dan dimandikan. Ryan ke dapur dan membuatkan sarapan mereka. Setelah selesai, dia mendekati Syaf yang masih lena. Ditepuk perlahan pipi Syaf.
"Sayang? Bangun. Dah pagi ni." kejut Ryan. Syaf masih lagi lena.
"Sayang, bangunlah. Abang dah siapkan breakfast ni." kejut Ryan lagi. Perlahan lahan Syaf membuka matanya. Dia memandang Ryan di hadapannya. Mindanya terlayar peristiwa malam tadi. Syaf bingkas bangun dan membersihkan dirinya. Ryan membiarkan langkah Syaf. "Sayang, abang bawa Harriz turun ea." ujar Ryan.
Arghhh!!!!!
Jeritan Syaf mematikan niat Ryan. "Sayang?! Kenapa tu?" panggil Ryan namun tidak bersahut. Ryan lantas meletakkan Rayyan Harriz di babycoat dan terus mengetuk pintu bilik air tersebut namun tidak berhasil. Syaf tetap tidak menyahut. Ryan lantas menendang pintu bilik air tersebut hingga terbuka.
"Sayang!!!"
Luruh air matanya apabila melihat Syaf terbaring di lantai bilik air tersebut. Mujur kepalanya tidak berdarah. Ryan lantas mencempung tubuh Syaf dan membawanya ke katil.
"Sayang please. Open your eyes. I need you, sayang. Please." rayu Ryan. Dia mengucup wajah Syaf berkali kali.
Uwekkk... Uwekkk.. Uwekkk...
Bunyi tangisan Rayyan Harriz menyebabkan Ryan mula tertekan. Dia menekup telinganya.
"Argh!!!!! Diamlah!!!!"
Jerit Ryan. Dia tidak mampu mengawal emosinya. Ryan mengambil bantal di sebelahnya dan menghampiri Rayyan Harriz.
"Diam!!!!!!" Jerkah Ryan. Tangisan Rayyan Harriz makin kuat. Ryan lantas mendekatkan bantal tersebut Rayyan Harriz. Dia mahu membunuh bayi kecil itu.
"Abang!!!!!!"
Jerit Syaf. Dia tersedar saat Ryan menjerkah Rayyan Harriz sebentar tadi. Walaupun kepalanya sakit, dia gagahkan dirinya untuk bangun dan menolak Ryan.
"S-sayang? Sayang dah bangun." Ryan mula tenang.
"Sampai hati awak, Ryan!!! Ape salah Harriz sampai awak cuba nak bunuh dia!!!!" marah Syaf.
"A-abang... Abang..." Ryan mula menggelengkan kepalanya.
"Cukup Ryan!!! Tak payah nak menipu. Saya nampak ape yang awak cuba buat tadi!!!! Awak gila ke?!!!" marah Syaf.
"Tak!!! Abang, tak gila!!! Tak!!!! Aku tak gila!!!! Tak gila!!!!! Hahahahaha...Tak gila!!!!!" Ryan mula ketawa kuat.
Pang!!!!
Ryan terus menampar Syaf.
"Kau milik aku, Syafa Qaseh!!!! Hanya milik aku!!!! Sampai bila bila pun aku takkan lepaskan kau!!!! Hahahahahahaha!!!!" gelak Ryan. Syaf mula takut dengan perlakuan Ryan. Dia memeluk erat tubuh Rayyan Harriz. Namun, dia merasakan seolah dia pernah berada di situasi itu. Syaf memejamkan matanya.
Flashback...
Dia diikat di sebuah tempat dan Ryan sedang menyeksa sepupunya, Maya. "Syaf Benci Ryan untuk Selamanya!!!!!" jerit Syaf. Ryan lantas menampar Maya sekuat hati. "Sayang.." Ryan sakit mendengar perkataan itu. "Syaf benci Ryan!!!" jerit Syaf. "Kau milik aku, Syaf!!!! Sampai bila bila pun aku takkan lepaskan kau!!!! Hahahahahahahhaa" gelak Ryan.
End Flashback...
Syaf membuka matanya. Dia mahukan ingatannya semula saat ini. Dia memandang Ryan. Tidak tahu mengapa. Hatinya seolah meminta dia untuk mendekati Ryan dan memeluknya. Syaf akur dengam suara hatinya. Walaupun takut, dia cuba menghampiri Ryan.
"A-abang.. Err.." panggil Syaf. Ryan memandang Syaf. Dia tahu Syaf takut dengannya.
"Sayang." Ryan terus menarik Syaf ke pelukannya. Syaf lantas memejamkan matanya. Tubuhnya menggigil ketakutan. Dia benar benar takutkan Ryan.
"Syy, abang minta maaf. Abang minta maaf. Abang dah lukakan sayang. Maafkan abang. Abang tak sepatutnya buat sayang macam tu." pujuk Ryan. Diusap lembut pipi Syaf. Syaf masih menangis teresak esak. Dia tekad. Dia mahu mencari dirinya semula. Dia mahu mengingati semuanya. Dia tahu ada sesuatu yang penting mengenai Ryan yang perlu dia tahu. Dan ianya benar benar penting. Syaf harap dia akan menemui jawapan yang diperlukan.
Syaf mengemaskan almarinya. Manakala Ryan sedang menjaga Rayyan Harriz. Sejujurnya, Syaf masih takut dengan Ryan. Dia risau akan keselamatan dirinya dan Rayyan Harriz.
'Macammana cara aku layan Ryan dulu? Adakah dia selalu sakitkan aku dan berkelakuan macam tu?' getus hati Syaf. Mindanya menerawang jauh.
Ryan memandang perlakuan Syaf dari tempatnya. Dia tidak mahu Syaf terus memaksa ingatannya untuk kembali. Ryan mendekati Syaf. Disentuh perlahan bahu Syaf.
"Sayang..." panggilnya. Terhinggut bahu Syaf kerana terkejut. Syaf memandang Ryan dan terus menjauhinya. Ryan mengeluh. Syaf masih takut dengannya. Ryan memegang perlahan tangan Syaf dan terus memeluknya. Diusap perlahan pipi Syaf. Jujur, dia menyesal kerana menyakiti Syaf. Dia sudah buatkan Syaf menjauhinya.
"Sayang. Kita keluar nak hari ni?" soal Ryan. Perlahan lahan Syaf menggeleng. Dia masih belum bersedia untuk keluar dari rumah.
"Sampai bila sayang tak nak keluar rumah ni? Hmm?" ujar Ryan kesal. Tiba tiba Syaf berasa sedih dengan kata kata Ryan. Air matanya mula mengalir.
"A-awak h-halau saya dari r-rumah ni?" soal Syaf tertahan tahan. Ryan terkejut.
"Sayang, tak. Bukan tu maksud abang." pujuk Ryan pantas. Dia cuba memegang Syaf namun Syaf terus menjauhinya.
"Hikss... Hiksss...awak halau saya, Ryan. Hiksss... Hiksss... Awak halau saya. Hiksss... Hikss..." tangis Syaf. Hatinya benar benar sakit.
"Sayang... Tak... Bukan tu maksud abang. Sayang please. I love you. Abang tak halau sayang. Abang cuma risau, sayang dah lama tak keluar rumah. Abang risaukan keadaan sayang." pujuk Ryan pantas. Dia menghampiri Syaf dan terus memeluk Syaf. Sikap kesayangannya itu tidak pernah berubah. Terlalu sensitif. Ryan mengucup lembut dahi Syaf.
"Abang sayang isteri abang ni. Abang tak pernah berniat nak halau sayang. Harta abang, kepunyaan abang semua milik sayang. In fact, semuanya atas nama sayang. I really love you, sayang. Please." pujuk Ryan. Syaf tidak membalas kata kata Ryan, namun dia hanya memeluk Ryan dengan lebih erat.
Ryan tahu Syaf terluka dengan kata katanya. Disebabkan itu, Syaf langsung tidak bercakap dengannya. Mujur juga setiap perlakuan Ryan pada Syaf tidak dibalas Syaf. Jujur, dia mati akal apabila Syaf masih tidak mengingati apa apa. Dia rindukan Syaf. Dia benar benar rindukan isterinya yang dulu. Namun, adakah Syaf akan kembali menerimanya jika dia mendapat ingatannya semula. Itu yang Ryan amat takuti.
'I beg you, sayang. Please. Don't leave me.' getus hati Ryan.
YOU ARE READING
ISTERI ENCIK PSIKO
RomanceDEMI CINTA, AKU RELA MEMBALAS SESIAPA YANG MENYAKITIMU "YOU'RE MINE SYAFA QASEH."