4 : Thirst

88 19 2
                                    


Akhirnya, waktu rehat. Masa Ryeon untuk hilangkan rasa dahaganya.

Dari pagi lagi dia tak makan. Taringnya yang mula memanjang itu dia mainkan dengan lidahnya. Perasaan gelabah mula menguasai diri gadis itu.

Dengan laju, dia melihat-lihat sesuatu yang mungkin ada dalam begnya. Ya, makanan dia..

Gadis kuntilanak itu tidak berpeluh takut, malah dia dilanda kegelabahan sementara makanannya itu tidak terjumpa dalam beg.

Kena cepat, kalau tidak personaliti dia akan berubah sekelip mata.

Akhirnya dia rasa sesuatu seperti cecair dalam paket plastik dan dia terus keluarkan.

Tanpa guna straw, Ryeon gigit pek yang penuh dengan cecair merah pekat dalam pegangannya dan mula melahap makanannya itu.

Tak pandang belakang, tak pandang kiri kanan, tak pandang tempat lain. Ryeon fokus menghabiskan sepaket darah manusia yang menjadi makanan utamanya.

Matanya tadi yang terbeliak seram kini menjadi tenang seperti mata kucing yang tenang.

" .... "




Orang lain yang melihat apa yang ditelan gadis itu hanya berbisik antara satu sama lain.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa apa yang selalu Ryeon telan itu ialah pek sirap dan strawberi pekat. Baguslah tu. Be positive.

TBC

KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.Where stories live. Discover now