Taehyung mahu lari. Namun dalam sekelip mata tanpa lelaki itu sendiri tahu bagaimana, Ryeon sudah berdiri tepat di depan Taehyung.
Ya tuhan. Kaki gadis itu tak sentuh lantai. Mata Ryeon dan Taehyung bertentangan pada ketinggian yang sama.
Ryeon yang dikuasai dengan syaitannya itu berada di luar ruang kesedarannya. Ini semua kerana gadis vampire itu terlalu letih dan kehausan teruk disebabkan kerja tadi–
" ? "
" R–Ryeon.. "
" Wah. Sedap kau ni. " ujar Ryeon, matanya kini menatap tanpa berkelip pada leher Kim Taehyung.
Buat pertama kalinya, Taehyung mendengar suara gadis itu dalam keadaan yang menyeramkan sedemikian.
" Menggeletar. Takut? " soal gadis itu. Tangannya yang sejuk mengusap leher Taehyung perlahan-lahan.
Lelaki itu terkejut, namun dia tak mampu bergerak walaupun seinci. Terasa seakan dirinya sudah dipaku kuat pada lantai.
Chomp–
Mata Taehyung ditutup rapat, meringis kesakitan apabila taring tajam milik Ryeon menembus masuk ke dalam kulit lehernya.
Dapat juga dia rasakan darahnya disedut keluar dengan laju oleh gadis itu.
" S–Sepatutnya aku tak sukakan benda ni.. tapi k–kenapa.. "
Taehyung tersenyum puas. Tanpa lelaki itu sendiri tahu mengapa.
TBC
YOU ARE READING
KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.
FanfictionDarah. Pucat. Tiada degupan jantung. Keranda. Dan dia hidup. Ciri-ciri seorang kuntilanak ataupun dipanggil 'vampire' pada Joo Ryeon itu menarik perhatian Kim Taehyung. ❝ Aku tahu yang kau kau ni bukan manusia, Ryeon. ❞ • Vampire. Fantasy. • Complet...