Final.
Tiga Tahun Kemudian.Tubuh badan Taehyung dipeluk erat oleh Ryeon yang lena tertidur.
Taehyung yang tidak mampu melelapkan matanya itu hanya belai saja rambut hitam Ryeon yang kian memanjang.
Kulit Ryeon yang terasa sejuk itu dia pegang erat. Sekekali keningnya bertaut kerana kesejukan badan isterinya itu.
" Setahu aku, badan vampire selalunya panas. Tapi kau, terlalu sejuk. Nadi atau denyutan jantung pun tak ada, Ryeon. " bebel Taehyung sendirian, dengan perlahan.
" Awak panaskanlah badan saya. "
Hm? Oh, dah bangun. Taehyung tersengih kecil apabila mendengar suara Ryeon yang menjawab bebelan kecilnya itu secara tiba-tiba.
" Puas tidur? Kau tinggalkan aku seorang diri, berjaga sepanjang malam. "
" Tak puas lagi.. saya rasa penat sangat. "
Makluman umum. Joo Ryeon baru sahaja berkahwin dengan Kim Taehyung semalam.
Setelah tiga tahun mereka menjalinkan hubungan sesama sendiri, kini mereka berdua sudah berumur 23 tahun dan sudah berkahwin.
Perkahwinan antara manusia dan kuntilanak. Sungguh menarik, bukan?
" Sepatutnya ini malam pertama kita. Kau taknak ya? Tak apa.. aku faham. " Taehyung membuat spekulasi sendiri. Dah macam lelaki bernafsu yang tak reti sabar..
" Penting sangat ke malam pertama lepas kahwin? " soal Ryeon dengan polos.
Taehyung yang kebosanan itu mengeluh kuat. Kepalanya terdongak ke belakang, menampakkan lehernya yang bersih itu.
Ryeon pandang saja. Dan bauan manis yang begitu familiar itu mula menusuk rongga hidungnya.
Taehyung yang dalam diam melihat gerak geri isterinya dalam diam itu tersenyum kecil.
" Pandang apa, sayang? " soal Taehyung, dengan kepalanya yang menunduk. Jadinya, leher lelaki itu tersorok dari pandangan mata Ryeon.
" Aah.. bagilah.. "
Iris mata Ryeon sudah jadi merah menyala. Itu bermaksud, syaitan dalam diri Ryeon sudah menguasai diri wanita itu.
That means, she's wild now.
Ya. Pancingan berjaya. Dapatlah kedua-dua pasangan pengantin baru itu merasai apa yang mereka mahukan.
" Taehyung dapat Ryeon, Ryeon dapat Taehyung. Tak gitu, sayang? "
Ryeon mengangguk. Taehyung yang berada di atasnya itu dia pandang dengan pandangan yang penuh rasa girang.
Banyak benda dah berubah. Dulunya Joo Ryeon yang pendiam kerana kematian abang kesayangannya, Joo Hyeon sudah kembali menjadi dirinya yang asal.
Dulunya, Joo Ryeon yang hilang selama dua bulan setengah itu muncul semula di depan mata Kim Taehyung.
Dulunya, persoalan yang tertanam dalam Kim Taehyung tentang identiti sebenar Joo Ryeon itu sudah terjawab tanpa ada apa-apa lagi yang tersembunyi dari pengetahuan lelaki itu.
Dan dulunya, Joo Ryeon hanya menjadi sekadar kawan pada Kim Taehyung. Sekarang, sudah sah menjadi hak miliknya.
Sesungguhnya, cinta itu tidak dapat disangka. Entah bagaimana Taehyung boleh sangkut pada Ryeon.
" P–perlahan sikit.. " rengek Ryeon pada Taehyung.
" Aku pun sakit, Kim Ryeon. " balas Taehyung.
Tak perlu hurai. Kau sendiri fahamkan, apa yang berlaku.
END
kau, fikir apa? HEHHHHEHEHEH. habis dah. happy ending, aku rasa.
muah. bye bye.
YOU ARE READING
KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.
FanficDarah. Pucat. Tiada degupan jantung. Keranda. Dan dia hidup. Ciri-ciri seorang kuntilanak ataupun dipanggil 'vampire' pada Joo Ryeon itu menarik perhatian Kim Taehyung. ❝ Aku tahu yang kau kau ni bukan manusia, Ryeon. ❞ • Vampire. Fantasy. • Complet...