" Ryeon sayang.. " panggil Puan Joo pada Ryeon yang tidur dalam kerandanya.
Tangan Ryeon yang sejuk tanpa nadi itu disentuh perlahan. Air mata wanita separuh abad itu perlahan-lahan jatuh membasahi pipi.
Namun, dalam sekelip mata saja air mata Puan Joo itu hilang kerana kuasa yang Tuan Joo gunakan pada isterinya itu.
" Jangan menangis, Yoori. Ryeon akan sentiasa hidup. " pujuk Tuan Joo lalu dia gosok perlahan bahu isterinya itu.
Wajah pucat anaknya, Joo Ryeon yang pucat seperti mayat itu diperhatikan dengan hati yang berat. Pada waktu itu, tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam isi hati Tuan Joo.
" Saya sedih tengok anak kita macam ni.. macam mana kalau Ryeon pergi macam Hyeon– "
Terus Puan Joo menangis kuat setelah berkata sedemikian.
Inilah kesukaran hidup sebagai seekor vampire. Setelah datang rasa lemah yang menyebabkan mereka dipaksa tidur seperti mayat dalam keranda, kemungkinan untuk mereka mati seperti kepulan debu hitam itu... ada.
Sama ada sekarang, atau kemudiannya nanti. Tiada siapa yang tahu.
__________
Mata yang ditutup lama itu terbuka perlahan-lahan. Kemudiannya dia bangun dari posisi baringnya.
Kebingitan jam yang berada di atas rak bersebelahan katil itu dihentikan dengan serta merta.
" Huff. " keluh Taehyung.
Hari ini, sudah masuk dua bulan setelah kehilangan Joo Ryeon.
Patutkah dia tunggu lagi untuk gadis itu muncul seperti dulu, di hadapan matanya sendiri?
TBC
YOU ARE READING
KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.
FanfictionDarah. Pucat. Tiada degupan jantung. Keranda. Dan dia hidup. Ciri-ciri seorang kuntilanak ataupun dipanggil 'vampire' pada Joo Ryeon itu menarik perhatian Kim Taehyung. ❝ Aku tahu yang kau kau ni bukan manusia, Ryeon. ❞ • Vampire. Fantasy. • Complet...