Hari ini juga Taehyung hadir ke kampus awal. Harapannya, di dalam kelas ada Ryeon.
Tapi.. tiada.
" Ryeon? "
Hanya sunyi sepi saja yang ada. Taehyung membuka telefon pintarnya sekejap untuk melihat waktu semasa.
Awal. Waktu sebegini mesti Ryeon dah ada, sama macam hari-hari sebelumnya dimana Taehyung ada datang awal untuk perhatikan Ryeon dalam diam.
Tapi tak mengapa. Lelaki itu akan tunggu sehingga gadis yang dia pinta kehadirannya di depan mata itu muncul.
__________
Hinggalah setelah sebulan, tiada pun jejak kehadiran mahupun kewujudan Ryeon lagi di dalam kampus itu.
Dan Taehyung terus menunggu, tanpa henti.
" Tercegat lagi kau dekat pintu ni, Taehyung. Tunggu siapa? " soal Jimin yang baru saja menapak kakinya di sebelah Taehyung. Sempat jugalah lelaki itu perhatikan rakannya yang duduk tercegat depan kelas.
" Hyung, kau tunggu Ryeon lagi ke? " soal Jungkook. Taehyung hanya pandang saja rakan-rakannya yang sudah menggelengkan kepala mereka.
" Ryeon mana pun aku tak tahulah. Mungkin hantu kut. " ujar Seokjin.
" Or his imaginary friend? " soal Namjoon sendirian. Terus belakang kepala lelaki tinggi itu ditampar oleh Hoseok.
" No englishi. Dahlah, jom masuk kelas. " ajak Hoseok. Lalu dia tepuk perlahan bahu Taehyung yang masih tetap lagi menunggu seseorang bernama Ryeon.
Taehyung mengeluh perlahan.
Semua orang kecuali Taehyung. Mereka tidak tahu tentang kewujudan Ryeon lagi.
Aneh.
TBC
YOU ARE READING
KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.
FanfictionDarah. Pucat. Tiada degupan jantung. Keranda. Dan dia hidup. Ciri-ciri seorang kuntilanak ataupun dipanggil 'vampire' pada Joo Ryeon itu menarik perhatian Kim Taehyung. ❝ Aku tahu yang kau kau ni bukan manusia, Ryeon. ❞ • Vampire. Fantasy. • Complet...