Terbeliak mata Taehyung yang baru saja bangun dari tidurnya.
Huh? Dia ada dalam biliknya sendiri. Bukankah dia tadi di rumah Jungkook?
" Macam mana.. aku ada dekat sini? " soal Taehyung sendirian.
Teringatkan tentang insiden dia bersama Ryeon tadi, dia terus sentuh lehernya.
Tak sakit. Tiada apa-apa luka ataupun darah.. Takkanlah itu semua mimpi?
Taehyung sendiri tak mampu percaya semua itu. Adakah itu semua mimpi, ataupun benda yang dia lalui sekarang ini adalah sekadar mimpi?
Dan keesokan paginya, dia buat benda yang tak pernah dia buat sebelumnya.
__________
Disebabkan perasaan ingin tahu lelaki itu kian membara, Taehyung datang awal ke kampus untuk menunggu kehadiran Ryeon.
Dia mahu confirm kan sesuatu. Berkaitan Ryeon. Lelaki itu tak rasa yang kes Ryeon menyedut darahnya seperti vampire itu hanyalah sekadar mimpi yang dia sendiri tak pernah imagine.
Tepat pada masa. Gadis yang disebut-sebutkan itu memang sudah ada di dalam kelas. Ryeon yang duduk di tempat duduknya di belakang kelas dengan kepala yang dibaringkan atas meja ditenung tanpa bunyi.
Memang selalukah gadis itu hadir ke sekolah awal sebegini?
TBC
YOU ARE READING
KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.
FanfictionDarah. Pucat. Tiada degupan jantung. Keranda. Dan dia hidup. Ciri-ciri seorang kuntilanak ataupun dipanggil 'vampire' pada Joo Ryeon itu menarik perhatian Kim Taehyung. ❝ Aku tahu yang kau kau ni bukan manusia, Ryeon. ❞ • Vampire. Fantasy. • Complet...