" .... diharapkan kalian semua boleh menjawab soalan dengan baik. "
Bebelan professor di depan langsung tidak dihiraukan oleh Taehyung. Kepala lelaki itu menunduk saja, sibuk bermain dengan telefonnya sepanjang masa.
Pelajaran entah kemana, fikiran entah ke mana.
Semua salah Joo Ryeon.Claaack–
" Eek! " rintih seorang gadis dalam kegelabahan. Kakinya yang terlanggar pintu kelas itu digosok perlahan dan dia terus melangkah masuk mendekati professor yang berdiri di tempat mengajar itu.
" Oh! Pelajar baru? Selamat datang ke Universiti JJ. Ini kelas Technological Math. Kamu tak salah kelas kan, sayang? " soal professor wanita itu.
" Y–Ya, professor... maaf, saya terlambat! " ujar gadis itu.
Pelajar lain sudah mula kecoh setelah melihat wajah baharu tetiba muncul depan mata, dalam kelas mereka sendiri.
Masa itu, Taehyung terlalu fokus pada permainan online dia tu.
Sehinggalah pelajar baharu itu mula memperkenalkan dirinya.
" Selamat pagi! Nama saya Joo Ryeon. Sila beri tunjuk ajar.. "
Dengan laju, kepala Taehyung diangkat dan wajah Ryeon terus dia tenung tajam.
Jika tatapan tajam seseorang boleh buatkan sesuatu benda berlubang, pastinya kepala Ryeon sudah jadi macam donat. Ada lubang di tengah.
Semua salah Kim Taehyung.
TBC
YOU ARE READING
KTH ✔ [S1] BLOOD CONTRACT.
FanfictionDarah. Pucat. Tiada degupan jantung. Keranda. Dan dia hidup. Ciri-ciri seorang kuntilanak ataupun dipanggil 'vampire' pada Joo Ryeon itu menarik perhatian Kim Taehyung. ❝ Aku tahu yang kau kau ni bukan manusia, Ryeon. ❞ • Vampire. Fantasy. • Complet...