Semua pelajar sibuk menukar pakaian mereka di bilik loker kerana sekarang adalah waktu sukan bagi kelas Seonghwa.
Dia sengaja bersiap lambat. Dia tidak minat sukan. Kebiasaannya dia akan duduk di tepi padang seorang ketika semua rakan kelasnya bersukan.
"Kau termenung apa, Seonghwa?" tegur salah seorang rakan kelasnya, Lee Juyeon.
"Kau kenapa?" soal Seonghwa dingin.
"Aku cuma tegur kau jer. Takut nanti kau leka termenung tak fasal-fasal kena marah dengan Cikgu Oh." Balasnya dengan nada sindiran.
Seonghwa menggulingkan kedua bola matanya. Malas mahu layan kerenah Juyeon. Dia segera menutup pintu lokernya dan berjalan menuju ke padang seorang diri.
Kelihatan semua rakan kelasnya sudah lama berada di situ. Mereka seperti tidak sabar melakukan aktiviti sukan bersama cikgu. Almaklum subjek sukan, siapa sahaja tidak suka? Seonghwa menghela nafas kecil.
Dia mengambil tempat untuk duduk di tepi padang seorang diri seperti biasa. Dia tidak mahu ikut serta. Lagipun, siapa sahaja mahu bermain dengannya?
Sudahlah pendiam, dingin pula tu. Memang patutlah dia tidak mempunyai seorang rakan baik.
"Seonghwa! Jomlah main dengan kitorang!"
Panggil Hongjoong dari jarak jauh. Seonghwa berkerut dahi tanda hairan.
Sejak bila pula si Hongjoong ni pandai mengajak dia untuk main bersama?
"Tak naklah!" tolak Seonghwa. Namun dia dipaksa oleh Hongjoong.
"Ala hari ni jer. Aku janji hari lain aku takkan kacau kau," rayu Hongjoong.
Seonghwa mendengus geram. Dia tidak suka bersukan. Tetapi Hongjoong seperti tidak mahu lepaskannya. Nak tak nak dia terpaksa ikut juga.
Ketika Hongjoong menarik Seonghwa untuk masuk ke padang, dia ternampak bahawa pergelangan Hongjoong ada sedikit kesan darah walaupun sudah dibalut dengan bandage. Dia terkedu.
Seonghwa mahu bertanya, tetapi tidak dapat kerana Hongjoong sudah pun bawanya masuk ke dalam satu kumpulan.
"Kenapa kau bawa budak dingin ni masuk group kita?"
"Dah tak ada orang sangat. Jadi aku bawalah Seonghwa masuk."
"Mana-manalah. Janji kita cukup ahli."
"Group kita pasti akan menang sebab ada Hongjoong!"
Dia tertawa kecil. Suka melihat gelagat kawan-kawannya itu. Sehari kalau tidak ceriakan harinya memang tak sah.
Seonghwa berdecit. Dia geram mengapa Hongjoong masih boleh tersenyum sedangkan kedua pergelengan dia dibalut. Bukankah sepatutnya dia merasa sakit sekarang?
"Kau betul-betul gembira ke?" gumamnya dalam hati.
•••••••••
Hari sudah lewat petang, dimana sekarang adalah waktu bagi semua pelajar dan guru mengemas barang mereka untuk pulang ke rumah.
Seonghwa berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah. Dia tidak mahu pulang ke rumah sekarang. Dia yakin di rumah dia tidak akan aman seperti mana dia berada di sekolah.
Ingat rajin ke nak dengar ibu dan ayah bertengkar di rumah?
Ketika Seonghwa mahu melangkah masuk kelas, dia ternampak Hongjoong sedang berbual dengan beberapa rakan kelasnya.
"Kau pasti ke Hongjoong? Aku rasa bersalah pula..."
"Jangan risau. Aku pun ada hal sebenarnya. Jadi alang-alang aku gantikan kau untuk kemas kelas," balas Hongjoong ikhlas.
"Terima kasih sangat-sangat tahu. Esok aku belanja kau makan!" Ucap salah seorang rakan kelasnya dengan riang.
Seonghwa perhatikan mereka dari luar kelas. Entah mengapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hongjoong.
Dan tekaan dia tepat.
Riak wajah Hongjoong terus berubah selepas dua orang rakan kelasnya pergi meninggalkan dia seorang diri.
Mukanya yang ceria tadi berubah menjadi muram.
Matanya yang penuh dengan sinaran serta merta menjadi kabur.
Ibaratkan seperti dirinya sedang 'mati' dalam diam dan tiada siapa yang perasan.
Melainkan Seonghwa sahaja... Yang melihat dia dari jauh.
"Penipu!"
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...