Seperti yang sudah dijanjikan, pada lewat petang Seonghwa akan menunggu Hongjoong dalam kelas kosong untuk membuat kerja seni bersama.
Kerja itu tiada kaitan dengan tugasan sekolah mereka. Tetapi ini sekadar untuk membantu Hongjoong kembalikan semula minatnya. Dalam pada masa yang sama juga, Seonghwa dapat belajar sedikit demi sedikit.
"Yah! Tangan aku!" Marah Seonghwa setelah sedar tangannya sudah kotor akibat cat air yang digunanya tadi. Hongjoong yang melihat itu mula tertawa.
"Biasalah tu, Hwa. Buat kerja seni ni memang akan kotor tapi hasilnya sukar digambarkan." Ungkap Hongjoong tenang. Lalu dia kembali mengajar Seonghwa semula.
Seonghwa akur. Dia dapat mengikut sedikit apa yang Hongjoong ajarkan. Namun, dia kagum melihat hasil kerja Hongjoong.
Ia amat sempurna. Tiada kesilapan pun yang dilihat kerana Hongjoong buat dengan penuh teliti dan kemas.
"Buat kerja seni memang ambil masa lama untuk kita mahir," kata Hongjoong. Matanya masih tertumpu fokus pada hasil kerja Seonghwa.
"Tapi kau punya agak cacat sedikit..." tambahnya lagi.
"Tch! Aku tak sehebat kau!"
"Ahahaha! Jangan marah! Aku cuma bergurau jer!"
Seonghwa tidak marah. Melihat Hongjoong sudah tertawa itu juga turut membuatkan dia tersenyum kecil.
"Wait! Kau senyum?" teguran Hongjoong tadi membuatkan Seonghwa terkejut.
"Huh?" Dia keliru. Tidak sedar pula bahawa dia tersenyum tadi.
"Serius tadi aku nampak kau senyum! First time in my life aku tengok!"
Jerit Hongjoong riang. Bukan mudah untuk lihat Seonghwa tersenyum seperti mana dia dan rakan kelas sering buat. Baginya, Seonghwa tersangat dan sangat jarang untuk mengukirkan senyuman dalam kelas.
Seonghwa terdiam. Dia tadi senyum pun sebab melihat Hongjoong ketawa sahaja. Bukan sebab hal yang lain.
"Oh, jomlah kita balik. Hari pun dah nak gelap ni," ajak Hongjoong. Dia bingkas bangun untuk mengemas semua barangnya.
"Okey..." Akur Seonghwa. Dia juga turut mengemas barang terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bersama Hongjoong.
••••••••••••
Sebaik sahaja Seonghwa tiba di rumah, suasana pada hari ini agak sedikit sunyi berbanding semalam.
Selalunya, rumah Seonghwa akan bising disebabkan pentengkaran ibu dan ayahnya yang dari dulu sehingga sekarang tidak habis. Tetapi kali ini tidak. Sunyi dan sepi sahaja.
Kelihatan hanya ada pembantunya sahaja yang berada dalam rumah. Sedangkan ibu bapanya pula tiada.
"Selamat pulang, Seonghwa. Lambat lagi macam biasa ya," sapa pembantunya yang dikenali sebagai Cik Aira dengan ramah. Dia baru sahaja selesai mengemas dapur.
"Bibik, mana mama dan papa?" soal Seonghwa ingin tahu. Dia meletakkan beg sekolah di ruang tamu sebelum mendekati Cik Aira.
"Eh? Mereka tak beritahu Hwa ke?" soalan dibalas dengan soalan. Seonghwa menggelengkan kepala.
"Papa kamu pergi balik kampung. Mama kamu pula ada outstation seminggu," beritahunya membuatkan Seonghwa terdiam seribu bahasa.
Sudahlah sering bergaduh. Kalau ada hal tidak pernah pun mereka maklumkan padanya terlebih dahulu. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah.
"Seonghwa jangan risau ya. Bibik ada dengan kamu. Hari ni nak makan apa? Biar bibik masakan."
"Bukan ke lebih baik saya jadi anak bibik? Sebab bibik jer yang jaga saya dari kecil sampai sekarang..."
Entah mengapa ayat itu keluar dari mulut Seonghwa sehinggakan Cik Aira terkedu mendengar. Adakah mungkin dia terasa dengan tindakkan kedua ibu bapanya? Dia tidak pasti.
Tetapi apa yang dia tahu ialah...
Dia sudah tawar dengan hidup.
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfic❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...