➳슬퍼 06

332 63 17
                                    

Jongho melihat abangnya dengan tatapan sayu. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hongjoong mula menjerit sekuat hatinya untuk melepaskan segala tekanan yang telah terbuku dalam hati.

Air mata mengalir begitu deras membasahi pipi, kedua- dua tangannya kuat mencengkam rambut sambil menjerit kesakitan.

Sungguh, Jongho sudah tidak dapat tahan. Dia cuma berharap agar Hongjoong kembali sihat seperti remaja lain. Dia tidak sanggup melihat Hongjoong terseksa dengan penyakit yang tidak nampak ini.

Benarlah kata orang, penyakit mental amat meletihkan...

•••••••••

Pada pagi yang indah, Seonghwa tiba ke kelas awal seperti biasa. Niatnya datang ke sekolah hanya satu sahaja.

Untuk mengelakkan diri daripada berada di rumah.

Matanya terus beralih melihat tempat duduk Hongjoong selepas dia meletakkan beg di sebelah meja.

Nampaknya Hongjoong masih belum tiba ke sekolah. Seonghwa mengeluh kecil. Entah mengapa dia tiba-tiba teringatkan semula tentang semalam.

Dimana dia bersetuju untuk bantu kembalikan minat Hongjoong.

Namun dia berasa risau. Sudahlah dia buta seni. Bagaimana dia mahu tolong Hongjoong jika dia sendiri pun tidak reti?

Runsing betul!

"Seonghwa! Kenapa monyok semacam ni?" Teguran Juyeon tadi mengejutkan dia.

"Kau selalu datang awal ke sekolah. Relax lah. Sekolah mula lambat lagi tahu," sakat Juyeon. Namun dia diabaikan oleh Seonghwa.

"Kau ni orang ajak sembang pun tak nak! Memang patutlah kau alone kat sekolah."

"Kau ada masalah dengan aku ke?"

Soal Seonghwa dingin. Tahap kesabaran dia sudah tipis.

Siapa sahaja tidak kenal Lee Juyeon? Salah seorang rakan sekelasnya yang pandai dan suka mencari gaduh dengan orang lain.

"Tak ada. Saja nak berbual dengan kau," balas Juyeon sinis.

"Kalau tak ada kau pergi sekarang. Jangan ganggu aku!"

"Wow wow! Chill lah! Yang kau marah sangat ni kenapa?"

Seonghwa tidak menjawab. Dia tidak suka dirinya diganggu walaupun sebenarnya tidak. Baginya, bercakap dengan orang boleh membuatkan dia rimas walaupun sekejap sahaja.

Juyeon mencebik. Dia berjalan meninggalkan Seonghwa selepas melihat riak wajahnya berubah. Mungkin gurauan dia tadi telah menyakitkan hati Seonghwa? Gumamnya.

Tidak lama selepas itu, Seonghwa ternampak kelibat Hongjoong memasuki kelas dengan senyuman manis terukir di bibir. Walaupun sebenarnya Seonghwa tahu, itu hanyalah senyuman palsu.

"Hongjoong! Awal kau datang hari ni," sapa Juyeon mesra.

"Datang awal pun sebab keluarga aku ada hal," balas Hongjoong lebar.

"Jomlah lepak kat luar. Aku bosan sebenarnya."

Ajak Juyeon. Hongjoong hanya akur sahaja. Dia meletakkan beg sekolah di tempatnya terlebih dahulu sebelum dia menghampiri Juyeon.

Seonghwa perhatikan gerak geri Hongjoong dari jauh. Jauh di sudut hatinya, dia tahu Hongjoong sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan penyakitnya daripada diketahui oleh rakan kelasnya.

Jikalau mereka tahu, sudah pasti dia akan jadi bahan ejekkan dalam kelas.

•••••••••••

"Cat air, berus, kertas, kain dan bahan-bahan lain semua dah ada."

Beritahu Seonghwa. Semua barang itu dia sediakan semalam. Mereka sudah berjanji yang hari ini mereka akan membuat kerja seni waktu pulang nanti.

Sekarang adalah waktu lapang. Waktu dimana semua pelajar akan merehatkan diri mereka dalam kelas selepas belajar beberapa subjek. Seonghwa mengambil kesempatan untuk berbual dengan Hongjoong buat seketika.

"Baguslah tu. Petang ni aku akan ajar kau sikit fasal seni," kata Hongjoong teruja. Seonghwa sekadar mengangguk kecil sahaja.

Demi melihat Hongjoong senyum dengan ikhlas dan lawan penyakit yang tidak nampak, Seonghwa sanggup membuat apa sahaja untuknya.

Walaupun dia tahu, perkara yang dia akan tolong itu pasti akan membebankan dirinya.

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now