Pada waktu rehat di sekolah, Jongho berjalan-jalan di kawasan koridor untuk menghilangkan rasa bosan melanda. Sesekali matanya melilau keadaan sekeliling.
Mana tahu mungkin dia akan tertembung dengan Hongjoong. Bolehlah dia lepak bersama abangnya itu.
Ketika dia melimpasi dari kelas ke kelas, dia ternampak kelibat Hongjoong sedang berbual dengan seseorang di balkoni sekolah. Kelihatan mereka sedang rancak berbual.
Hongjoong sering kali tertawa apabila dia bercerita dengan orang itu. Malah, dia juga perasan yang senyuman Hongjoong pada hari ini lain daripada sebelumnya.
Senyumannya kelihatan lebih ikhlas dan asli berbanding dulu.
Dia tidak mengenali dengan siapa Hongjoong berbual. Namun, dia dapat rasakan orang itu berjaya membantu Hongjoong kurangkan simptom penyakitnya.
"Aku nak jumpa dialah..."
•••••••••••••
Seonghwa kembali masuk ke kelas bersama Hongjoong. Sungguh dia tidak percaya yang dia akan menceritakan tentang latar belakang keluarganya pada Hongjoong waktu rehat tadi.
Dia banyak luahkan masalah dia dengan Hongjoong. Selama ini, dia pendam semua masalahnya dan sering kesunyian dalam rumah.
Berbeza dengan sekarang, dia semakin rapat dengan Hongjoong. Orang yang pernah dibencinya dulu kini berubah menjadi seorang kawan baik.
Baru sahaja dia mahu mendengar lagu, Hongjoong terlebih dahulu memanggil Seonghwa dari jauh.
"Park Seonghwa!"
Dia terus berpaling muka ke arah Hongjoong.
"Kenapa?"
"Sini kejap! Ada orang nak jumpa dengan kau!"
Panggil Hongjoong. Seonghwa bingkas bangun dan berjalan keluar dari kelas.
Dahinya berkerut sebaik sahaja melihat orang yang ingin berjumpa dengannya itu. Dia tidak mengenali orang itu tetapi Hongjoong seperti mengenali dia.
"Seonghwa, ni Choi Jongho. Jiran rumah aku," beritahu Hongjoong. Seonghwa mengangguk kecil lalu berjabat tangan dengan Jongho.
"Aku nak bercakap dengan Seonghwa secara personal. Kau masuk kelas dulu," kata Jongho membuatkan mereka berdua hairan.
Dia tidak tahu mengapa Jongho tiba-tiba sahaja ingin berbual dengannya. Hongjoong pula hanya akur dengan perintah adiknya itu. Dia berjalan meninggalkan Seonghwa dan Jongho di koridor sekolah.
"Kau nak berbual fasal apa?" tanya Seonghwa ingin tahu.
"Fasal Hongjoong. Aku yakin yang kau tahu tantang penyakit dia sekarang bukan?"
Teka Jongho. Seonghwa membalas dengan anggukkan kepala.
"Aku nak minta pertolongan dari kau. Tolong tengok-tengokkan Hongjoong kat sekolah. Aku rasa serba salah tak dapat tengok dia sebab kita berbeza umur. Aku cuma takut kalau dia... Tak dapat tahan..."
Terkelu Seonghwa dibuatnya selepas mendengar permintaan Jongho tadi.
"A-apa maksud kau?"
"Aku ada seorang abang. Dia tua setahun dari aku dan dia penghidap skizofrenia. Dulu dia macam Hongjoong tapi keadaan dia sekarang makin teruk. Aku takut kalau kita tak bantu Hongjoong dari awal, nasibnya akan sama macam abang aku..."
"Tolong, Seonghwa. Aku merayu sangat-sangat. Tolong tengok-tengokkan Hongjoong..."
Rayu Jongho menyebabkan Seonghwa mula keliru. Dia tertanya mengapa Jongho begitu mudah meletakkan kepercayaan yang tinggi pada dirinya untuk menjaga Hongjoong.
Sedangkan dia pula tidak yakin dengan dirinya untuk menjadi orang yang baik buat Hongjoong.
"Macam mana dengan keadaan abang kau sekarang?" soal Seonghwa perlahan.
"Dia sekarang ditahan kat hospital... Penyakit skizofrenia belum ada penawar tapi dia dapat dikawal. Sebab itulah aku merayu kat kau untuk jaga Hongjoong. Jujur, aku tak sanggup tengok abang-abang aku macam tu..."
Ungkapnya lebar. Dia tidak tahu dengan siapa lagi dia patut bergantung. Selama ini, dia menjaga Hongjoong dan abangnya seorang diri tanpa bantuan sesiapa.
Satu keluhan berat dilepaskan perlahan. Seonghwa mula bersimpati atas dugaan yang menimpa Jongho. Jika dulu dia selalu ingat bahawa dirinya lah diuji berat, kini barulah dia sedar ada orang lain jauh lebih hebat dugaan berbanding dia.
"Baiklah. Aku janji akan tolong." Ucapnya.
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...