➳슬퍼 13

276 62 8
                                    

Hari ini Seonghwa pulang dari sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Cik Aira. Tetapi, mereka tidak pulang ke rumah terus.

Cik Aira ingin pergi ke pusat beli-belah untuk membeli barang keperluan mereka. Memandangkan barang yang ingin dibelinya itu agak banyak, dia mengajak Seonghwa untuk bantunya sedikit.

"Seonghwa tolong bibik angkat barang ya? Nanti bibik belanja apa-apa yang Seonghwa nak," kata Cik Aira lembut.

"Eh tak perlulah. Bibik ajak saya keluar pun dah cukup baik sebenarnya," Seonghwa menolak dengan ramah. Namun Cik Aira tetap berkeras.

"No no! Bibik tetap nak belanja jadi Seonghwa tak boleh menolak ya."

Seonghwa tersenyum nipis. Walaupun dia dan Cik Aira tiada pertalian darah, namun Cik Aira tetap layannya dengan baik. Lebih sempurna daripada kedua ibu bapanya.

Oleh disebabkan itulah, Seonghwa lebih sayangkan Cik Aira daripada keluarganya. Hanya dia sahaja memahami bagaimana perasaannya di rumah.

Tiba sahaja mereka di pusat beli belah, Cik Aira terus memarking kereta sebelum dia dan Seonghwa melangkah masuk untuk membeli barang.

Seonghwa menolak troli manakala Cik Aira pula akan mencari barang-barang yang ingin dibelinya. Dia sekadar ikut sahaja kemana Cik Aira pergi.

"Bibik, saya nak tanya sesuatu." Ujar Seonghwa.

"Apa dia?"

"Bibik tahu tak tentang penyakit mental? Macam MDD dan skizofrenia?"

Cik Aira terdiam seketika sebelum menjawab.

"Tahu. Kenapa Seonghwa tiba-tiba tanya?"

"Sebab kawan saya ada penyakit mental. Tapi saya tak tahu macam mana nak bantu..." kata Seonghwa lebar. Cik Aira mengangguk kecil tanda faham.

"Dulu bibik ada seorang kawan. Dia penghidap BPD masa kitorang menengah atas. Waktu tu keadaan dia memang agak teruklah sebab satu kelas tahu yang dia ada BPD. Ramai anggap dia gila dan dia pun banyak kali cederakan diri."

Terbeliak mata Seonghwa mendengar cerita Cik Aira tadi. Dia tidak tahu pula bahawa situasi Cik Aira dulu lebih kurang sama dengan situasinya sekarang.

"Habis tu macam mana dengan keadaan kawan bibik tu? Dia masih diserang penyakit tu lagi ke?" bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh Seonghwa.

"Syukurlah dia dah sembuh sekarang. Pesakit mental ni berjuang dalam diam sebenarnya. Jadi kita sebagai kawan kena sentiasa ada disisi dia. Biarlah dia sakiti kita sekalipun sebab dia tidak sengaja dan sedar dengan perbuatan dia."

"Yang penting ialah, dia tahu bahawa ada orang sudi menemani dia untuk berjuang. Dia tak berseorangan..."

Terdiam seribu Seonghwa dibuatnya mendengar kata-kata Cik Aira itu.

Memang betul...

Dia perlu sentiasa berada di sisi Hongjoong supaya dia dapat hidup dalam keadaan normal. Malah, sembuh daripada penyakit yang tidak nampak.

"Terima kasih bibik..." ucap Seonghwa perlahan.

Cik Aira tersenyum kecil. Dia mengusap kepala Seonghwa lembut sebelum kembali membeli barang semula.

•••••••••••

Setelah selesai memborong, Seonghwa dan Cik Aira pulang ke rumah dengan lelah. Hari pun sudah semakin lewat malah mereka juga belum makan.

"Nanti bibik masakan sedap-sedap untuk Seonghwa."

"Yeay! Sayang bi-- eh! Tu bukan kereta mama dan papa ke?"

Seonghwa terus menunding ke arah sebuah kereta yang berada di depan pagar rumahnya. Cik Aira yang melihat itu mula rasa sedikit pelik.

Setahunya, ibu dan ayah Seonghwa akan balik minggu depan. Adakah urusan mereka sudah selesai? Atau mereka sudah berbaik?

Soalan itulah yang bermain di mindanya kini.

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now