➳슬퍼 12

280 65 5
                                    

"Juyeon, tolong saya angkat barang ni boleh?"

Pinta salah seorang guru kepada Juyeon. Dia baru sahaja selesai mengemas barang dan sekarang dia mahu pulang ke rumah.

"Boleh jer." Juyeon menuruti lalu mengangkat beberapa barang tersebut untuk dimasukkan ke dalam kereta. Kebetulan dia juga mahu balik sekarang jadi alang-alang dia pun menolong cikgu.

Dalam perjalanan menuju ke pagar sekolah, Juyeon terserempak dengan Hongjoong yang kebetulan mahu balik. Terus dia sapa rakan sekelasnya dengan mesra.

"Hongjoong! Nak balik sekarang ke?"

"Eh tak. Aku ada hal sikit ni," balas Hongjoong dengan mengukir senyuman kecil kepada Juyeon.

"Ah... Okeylah kalau macam tu. Jumpa kau esok," ucapnya. Hongjoong membalas dengan lambaian tangan sebelum dia pergi ke sesuatu tempat.

••••••••••

Seonghwa menunggu ketibaan kawan baiknya di atas bumbung sekolah. Cuaca pada petang ini agak baik dan angin yang bertiupan juga sejuk. Menggigil badan dibuatnya.

"Mana budak ni?" cemuhnya. Sudah 15 minit dia tunggu tetapi bayangan Hongjoong langsung tidak kelihatan.

"Seonghwa!" Pantas dia berpaling setelah mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.

Satu tatapan tajam dihadiakan kepada orang tersebut.

"Yah Kim Hongjoong! Kau ke mana tadi? Tahu tak hampir mereput aku dibuatnya sebab tunggu kau lama sangat!"

Hongjoong tertawa melihat Seonghwa sudah membebel seperti mak-mak. Dia berjalan menghampiri kawan baiknya itu.

"Kenapa kau tiba-tiba ajak lepak kat sini? Tak nak lepak dalam kelas ke?" bertubi-tubi soalan Seonghwa diberikan. Hongjoong menggelengkan kepala.

"Asyik dalam kelas jer bosanlah. Lagipun, jarang kot aku lepak kat sini."

"Ah..."

Suasana di antara mereka berdua menjadi senyap. Hongjoong terlalu leka melihat pemandangan yang indah sedangkan Seonghwa pula terfikirkan sesuatu.

"Hongjoong..." panggil Seonghwa perlahan.

"Apa?"

"Aku minta maaf kalau aku tanya soalan sensitif kat kau..."

Ucapnya. Dia berasa ragu-ragu untuk bertanya soalan pada Hongjoong tetapi dalam masa yang sama dia perlu tahu.

"Kenapa? Kau nak tanya apa?" tanya Hongjoong ingin tahu.

"Macam mana kau boleh kena MDD?"

Soalan Seonghwa tadi membuatkan Hongjoong terdiam seribu bahasa. Dia terkaku seperti patung menyebabkan Seonghwa mula gelabah.

"Eh! Ka-kau jangan jawab! A-aku minta maaf se--"

"Ahahaha!"

Tawa Hongjoong itu membuatkan Seonghwa berasa pelik.

"Kenapa kau ketawa?"

"Kau punya takut tu tak boleh bawa bincang ke? Relax lah. Aku okey jer."

"Tapi... Soalan aku tu tak sensitif ke bagi kau? Aku takut kalau aku buat kau trigger..."

Hongjoong tersenyum kelat mendengar kata-kata Seonghwa tadi.

"Aku tak pernah beritahu penyakit aku ni kat orang lain selain kau dan Jongho. Dan hanya Jongho jer tahu macam mana aku boleh terkena penyakit MDD ni."

"Tapi memandangkan kau ni boleh dipercayai, aku akan cerita macam mana aku boleh ada MDD."

Seonghwa mengangguk kepala. Dia sudah pun menadahkan telingannya untuk mendengar semua cerita Hongjoong.

"Aku terkena penyakit MDD ni sejak umur 15 tahun. Puncanya ialah keluarga aku. Mak aku... Dia bunuh diri sebab ayah aku selalu pukul dia. Aku pun sama... Aku kena pukul juga. Setiap hari, aku kena dera bila balik dari sekolah."

"Aku ada abang. Tapi abang aku dia larikan diri dari rumah sebab tak tahan dengan ayah aku. Jadi tinggallah aku dengan ayah aku kat rumah."

"Bila dia dapat tahu yang aku ada MDD, dia tak mengaku aku sebagai anak dia dan dia halau aku dari rumah. Jadi aku? Hahaha! Tinggal seorang diri lah jawabnya."

"Pada hari yang sama juga, San dan Jongho terjumpa aku kat atas appartment masa aku cuba untuk bunuh diri dulu. Diorang tarik aku dan bawa ke rumah untuk tenangkan aku masa tu."

"Aku ingat mungkin diorang akan larikan diri daripada aku sebab aku ada MDD. Tapi tak, diorang masih jaga aku. Walaupun San ada skizofrenia, dia cuba untuk ada dengan aku walaupun aku tahu dia sendiri pun sakit sekarang..."

Mata Seonghwa mula berkaca selepas mendengar kisah pahit Hongjoong.

Dia tidak tahu pula begitu peritnya apa yang dialami Hongjoong. Jadi maksudnya, Hongjoong sekarang tinggal seorang diri.

Didera dan dibuang sebab memiliki penyakit mental. Sedangkan Seonghwa pula disisihkan oleh keluarga akibat tidak sehala.

"Hongjoong, tolong janji dengan aku..." ungkap Seonghwa serak.

"Huh?"

"Janji yang kau mesti kuat. Kau boleh sembuh..."

Terkelu lidah Hongjoong mendengar kata-kata Seonghwa tadi. Ini merupakan kali pertama dia dengar bahawa ada orang ingin dia untuk menjadi kuat.

Satu senyuman manis terukir dibibirnya. Dia tersenyum lalu membalas.

"Ya, aku janji."

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now