➳슬퍼 14

274 69 19
                                    

Masuk sahaja dalam rumah, kelihatan ibu dan ayah Seonghwa sedang berbual di ruang tamu. Terus Cik Aira menegur mereka berdua.

"Selamat pulang tuan dan puan. Saya minta maaf kalau saya tinggalkan rumah ni. Tadi saya ajak Seonghwa untuk beli barang kejap."

Ujar Cik Aira lebar. Tuan dan Puan Park sekadar mendengar. Mata mereka tidak lepas melihat Cik Aira dan Seonghwa secara bergilir-gilir.

"Tak apa. Sebab lepas ni awak akan diberhentikan kerja," kata-kata Puan Park tadi telah mengejutkan Cik Aira dan Seonghwa.

"Huh? Kenapa? Apa salah saya?"

"Mama! Kenapa mama nak buang bibik?"

"Sabar... Bagi kami jelaskan dulu."

Seonghwa mendiamkan diri. Dia tidak tahu mengapa orang tuanya tiba-tiba sahaja mahu pecat Cik Aira. Sungguh hatinya berasa tidak tenang sekarang.

Tuan Kang mengambil sedikit nafas sebelum mengatakan hasratnya.

"Kami dah buat keputusan... Yang kami akan bercerai. Jadi semua harta dan rumah ni kami akan jualkan pada bank."

Terbutang luas mata Seonghwa selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya. Cik Aira juga tidak dapat menyembunyikan perasaan yang terkejut.

"Bibik dah boleh kemas barang bibik dan balik ke rumah. Kami dah tak perlukan semua tu," tambah Puan Park pula.

"Habis tu macam mana dengan Hwa?"

Soalan Seonghwa tadi membuatkan ibu bapanya terdiam bisu.

"Mama dan papa tak pernah kisahkan fasal Hwa! Bila mama dan papa bercerai nanti, Hwa nak tinggal dengan siapa? Mama dan papa buang Hwa ke apa!" Habis suara garau Seonghwa itu keluar.

Hatinya benar-benar sakit. Sudahlah dia sering ditinggalkan dalam rumah. Malah, dia juga tidak pernah diberi perhatian penuh oleh ibu bapanya.

"Seonghwa, kamu boleh tinggal dengan siapa yang kamu nak." Ujar Tuan Park tenang membuatkan hati Seonghwa bertambah sakit.

"Macam tu jer? Semudah tu jer mama dan papa tinggalkan Hwa seorang diri?" sindir Seonghwa dengan mengukir senyuman sinis.

Air matanya sudah jatuh akibat kecewa. Sangat kecewa dengan tindakkan ibu bapanya. Seonghwa tidak dapat berfikir lagi lalu dia buat keputusan untuk keluar dari rumah terus.

Cik Aira yang melihat keadaan Seonghwa tadi hanya mampu bersimpati. Dia mengeluh kecil sebelum berpaling ke arah Tuan dan Puan Park.

"Boleh kita berbincang kejap?"

••••••••••••

Pada waktu malam, San dan Jongho pergi ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli makanan segera di sana. Memandangkan San baru sahaja dapat keluar dari hospital, dia terlalu rindu untuk makan makanan kesukaannya di sini.

Malah, sakitnya semakin berkurang sejak akhir-akhir ini. Tetapi itu bukan bermaksud yang San tidak perlu makan ubat. Ia cuma simptom penyakitnya tidak muncul buat masa sekarang.

"Ala! Aku nak makan tu!" omel San. Namun Jongho menghalang.

"Kau tu tak boleh makan sebarangan!" nasihat Jongho. Dia perlu kawal pemakanan San supaya  kesihatan abangnya kekal baik.

San memucungkan bibir. Nak tak nak dia terpaksa mendengar kata adiknya itu.

Nanti tak fasal-fasal dia kena tidur kat luar malam ini.

Ketika Jongho sibuk membayar di kaunter, San ternampak susuk tubuh yang pernah dia lihat sebelum ini berada di tepi jalan raya.

Keadaan orang itu seperti lemah... San terus keluar dari kedai untuk lihat dengan lebih jelas. Matanya terbutang luas melihat orang itu sedang cuba untuk menghampiri jalan raya yang penuh dengan kenderaan.

"BAHAYA!"

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now