Seonghwa pov
Bertahun-tahun sudah berlalu sejak kejadian itu berlaku.
Kini, aku menyambung pelajaran aku di sebuah universiti yang terkenal dan mengambil bidang seni. Ya... Bidang kesukaan kau dulu...
Jongho sekarang berada di Busan kerana dia terlibat dengan satu aktiviti di kolej dia. Manakala San pula sambung belajar di sebuah universiti yang berlainan dengan aku.
Dia masih lagi berlawan dengan penyakitnya. Kadang kala simptom dia akan datang tak kira waktu. Namun syukurlah kerana aku ada dengannya walaupun berjauhan.
Cik Aira sekarang sudah tinggal bersama suaminya di Gwangju. Aku gembira kerana dia dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik dan juga prihatin.
Kami masih lagi berhubung cumanya tidak sama tinggal. Ah! Rindu dengan bibik!
Hongjoong,
Tadi aku terjumpa dengan seorang lelaki yang cuba untuk menamatkan riwatnya di belakang bangunan universiti aku.
Keadaan dia...
Teringatkan aku dengan kau masa kita sekolah dulu.
Namun bezanya dia disisihkan dan dilayan seperti tidak wujud. Sama macam keadaan kau dulu, ramai yang tak berani untuk dekati dia.
Tapi aku tak.
Jika aku diberi peluang untuk membuat pilihan,
Aku akan pilih untuk bantu dia berjuang bersama.
Aku tak mahu dia alami sepertimana kau alami dulu. Aku tak nak perkara begitu berulang kembali.
Sungguh, aku mula takut akan kehilangan...
Sering kali aku tertanya, kenapa aku banyak diuji dalam bentuk kehilangan?
Adakah mungkin sebab aku tidak layak untuk bersama dengan orang yang aku sayang?
Atau aku memang ditakdirkan untuk hidup berseorangan di sini?
Mampukah aku tersenyum seperti dulu? Macam yang kau berjaya membuat aku tersenyum dengan ikhlas buat pertama kalinya setelah ia terkubur.
Aku tidak tahu.
Tapi aku pasti...
Semua ini ada sebab kenapa ia berlaku.
Mungkin lambat laun lagi aku akan jumpa jawapannya?
Tapi aku takkan berhenti untuk cari apakah jawapan disebalik semua ini.
Hongjoong-ah,
Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Walaupun kau banyak kekurangan, tapi kau banyak ajar aku untuk menjadi seorang yang berguna.
Aku harap kau tahu betapa bangganya aku ada sahabat macam kau.
Terima kasih,
Kim Hongjoong.- END ? -
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...