"Aku selalu nampak kau merayau-rayau bila dah habis sekolah. Kau tak pulang awal ke?"
Tanya Hongjoong kepada Seonghwa. Kini mereka berada di sebuah kelas kosong. Seonghwa menggelengkan kepala.
"Aku tak suka berada di rumah. Lagipun, tak ada guna juga aku pulang awal sebab akhirnya aku akan dengar pentengkaran keluarga aku."
"Jadi tu ke salah satu sebab kau menyendiri dalam kelas?" teka Hongjoong. Seonghwa membalas dengan anggukkan kecil.
Dia mengalihkan pandangan melihat Hongjoong yang berada di sebelahnya. Kalau nak ikutkan hati, mahu sahaja dia paksa Hongjoong untuk berehat di bilik sakit.
Tetapi Hongjoong tidak mahu. Katanya, orang lain boleh nampak keadaan dia sekiranya dia masih berada di sana. Jadi, Hongjoong menarik Seonghwa untuk duduk bersama dengannya dalam kelas.
"Aku hairan..." ujar Seonghwa.
"Hairan apa?" soal Hongjoong pelik.
"Kenapa kau ceritakan fasal penyakit kau kat aku? Kau pun tahu kan yang aku ni tak suka kau dulu. Kau tak rasa ke benda ni useless?"
Pertanyaan Seonghwa tadi membuatkan Hongjoong terdiam seketika. Dia mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan itu tadi.
"Aku sendiri pun tak tahu." Jawabnya ringkas. Seonghwa berkerut dahi.
"Hah? Seriuslah?"
"Serius."
Seonghwa menggelengkan kepala. Buang masa sahaja dia bertanya jika akhirnya Hongjoong sendiri pun tidak tahu.
Suasana di antara mereka berdua mula senyap sunyi. Masih lagi terasa kekok. Walaupun hari semakin gelap, tidak terniat pun dalam hati mereka untuk pulang ke rumah sekarang.
"Seonghwa..." Hongjoong memecahkan suasana yang sunyi tadi.
"Hmm?"
"Boleh tak kalau aku minta pertolongan dari kau?"
"Apa dia?"
"Tolong kembalikan minat aku."
"Hah?"
Hairan Seonghwa dibuatnya. Agak terkejut sedikit dengan permintaannya tadi. Dia tidak tahu apa minat Hongjoong.
"Kau suka buat apa?" tanya Seonghwa ingin tahu.
"Aku suka buat kraf tangan dan seni. Tapi sejak aku kena MDD, dah masuk setahun lebih aku tak buat."
"Aku cuma rindu nak buat... Tapi itulah aku rasa aku belum bersedia untuk buat perkara yang aku suka. Maaflah kalau permintaan aku ni mengarut bagi kau."
Selepas sahaja mendengar penerangan Hongjoong tadi, Seonghwa terdiam seketika.
Dia tidak minat seni. Apatah lagi dalam bab kraf tangan. Dia boleh dilabel sebagai buta seni. Dirinya masih tidak pasti sama ada mahu membantu Hongjoong untuk kembalikan minat dia itu.
"Aku..."
••••••••••••••
Pada malam yang sunyi, Hongjoong menghilangkan rasa bosannya dengan duduk di atas bumbung apartment seorang diri. Di sinilah tempat dia untuk menenangkan fikiran. Malah, tempat ini juga merupakan safe place baginya
Ketika Hongjoong sedang termenung jauh, dia kejutkan oleh seseorang dari belakang.
"Hongjoong!"
Habis melatah teruk Hongjoong dibuatnya. Lantas dia menoleh ke belakang melihat siapakah orang yang menerjah dia tadi.
"Yah! Choi Jongho!"
Marah Hongjoong sambil mengusap dada perlahan. Mau sakit jantung dibuatnya. Jongho yang berada di belakang itu tertawa sahaja.
Choi Jongho merupakan kawan baik Hongjoong sejak menengah rendah lagi. Namun mereka berbeza umur dimana Jongho muda dua tahun daripada Hongjoong.
"Lepak seorang diri macam selalu? Teka Jongho. Hongjoong sekadar membalas dengan anggukkan kepala sahaja.
Ketika Jongho mahu menghampiri Hongjoong yang masih tidak berganjak dari tempatnya, dia ternampak terdapat sedikit kesan bengkak pada tangan Hongjoong. Dia terpaku.
"Kau buat benda tu lagi kan, Hongjoong?"
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...