➳슬퍼 03

355 69 16
                                    

Seonghwa pov

Aku paling benci manusia yang menipu! Sama macam mama dan papa.

Mereka berpura-pura senyum di tempat kerja, berlakon baik depan staff semata-mata nak tutup sifat diri mereka yang sebenar.

Mama dan papa langsung tak hiraukan aku di rumah. Apa yang mereka tahu hanya gaduh, gaduh dan gaduh sahaja.

Aku sudah muak.

Oleh disebabkan itu, aku jadi pendendam dan benci dengan orang di sekeliling aku.

Aku tahu aku tak sepatutnya lepaskan amarah aku pada orang yang langsung tak ada kaitan dengan aku.

Tetapi...

Aku benci orang yang berlakon macam Hongjoong.

Berlagak tenang.

Tapi hakikatnya tak.

End pov

•••••••••••

"Seronok sangat ke jadi penipu!"

Marah Seonghwa. Dadanya turun naik menahan geram. Namun, Hongjoong memandang dia dengan tatapan kosong sambil tersenyum.

"Kau ada masalah ke, Seonghwa?" soal Hongjoong tenang. Dia mengetap bibir geram.

Bagaimana Hongjoong masih boleh berlagak tenang? Sedangkan sudah jelas lagi yang dia sekarang mengalami kesedihan dari dalam.

"Aku tak ada masalah apa-apa! Kau yang bermasalah! Kau tipu diri kau sendiri!"

"Hwa, apa yang kau nampak sekarang memang diri aku."

"Tak payah nak berlakonlah! Aku nampak semuanya! Muka kau terus berubah bila kau berseorangan dan dua-dua pergelangan kau ada kesan darah walaupun dibalut!"

"Kau cuba nak bunuh diri kan? Tak payah nak bagi senyuman fake tu boleh tak!"

Jelas Seonghwa membuatkan Hongjoong terkelu. Tangan dia sudah mula menggeletar kecil.

"Ka-kau nampak?" soalnya perlahan.

"Kenapa? Kau takut rahsia kau dah bocor disebabkan aku ke?" ujar Seonghwa sinis. Hongjoong menggelengkan kepala.

"T-tak... Aku buat tu ada sebab..."

"Sebab apa? Kau dapat apa kalau bagi senyuman palsu? Baik mati jer daripada tipu diri sendiri!"

Seonghwa mahu berkata lagi tetapi dia terus terdiam selepas melihat riak wajah Hongjoong berubah sepenuhnya.

Wajahnya yang ditatap sekarang betul-betul tidak bermaya seperti sudah 'mati'.

"Jangan cakap macam tu, Hwa..." rayu Hongjoong perlahan.

"Senyuman palsu bukan bermaksud berlagak kuat..."

"Senyuman tu ibaratkan satu ubat untuk aku. Kalau aku tak senyum..."

Kata-kata Hongjoong termati selepas dia mengunci pintu kelas mereka. Penyapu yang berada di tangannya tadi terus dilepaskan. Seonghwa mula rasa tidak senang.

Kemudian, Hongjoong tiba-tiba sahaja rebah membuatkan Seonghwa terkejut. Dia berlari mendapatkan Hongjoong.

"Yah!"

Mata Seonghwa terbutang luas sebaik sahaja melihat air mata Hongjoong mengalir dengan deras. Ini merupakan kali pertama dia lihat Hongjoong menangis.

"Lagilah mudah aku hilang semangat untuk hidup. Lagi mudah untuk aku kalah dengan penyakit aku yang tak nampak ni..." luah Hongjoong dengan suara yang serak.

Entah mengapa air mata Seonghwa juga mula menitis melihat keadaan Hongjoong begitu.

"A-aku minta maaf! Serius aku minta maaf!" Ucap Seonghwa serba salah.

"Tolong jangan cakap macam tu, Hwa... Lagi banyak aku dengar macam tu, lagi hilang semangat aku... Tolong ya..."

Ujar Hongjoong perlahan. Dia tiba-tiba rasa badannya hilang tenaga sepenuhnya. Dia tidak berdaya untuk bangun lagi.

Seonghwa mengangguk perlahan. Dia kesat air matanya sebelum bertanya soalan pada Hongjoong.

"K-kau sakit apa?"

"MDD..."

"Aku pesakit MDD."

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now