Rewind part 5
-
Jongho menyertai Hongjoong untuk melepak di atas apartment mereka. Suasana pada malam ini sungguh tenang. Dengan anginnya yang sejuk serta bintang menghias langit yang gelap sungguh menarik perhatiannya.
"Jongho, aku nak minta pendapat dari kau boleh?" pinta Hongjoong memulakan percakapan.
"Apa?"
"Andaikanlah, ada seorang budak kelas kau ni tak suka dengan kau. Then tiba-tiba dia berbaik dan ajak kau untuk berkawan. Lepas tu dia banyak tolong kau. Apa perkara pertama yang akan keluar dalam minda kau waktu tu?"
Jongho terdiam memikirkan jawapan setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Hongjoong tadi.
"Mungkin aku akan fikir 'wah! Hebat juga aku ni!"
"Huh? Seriuslah tu jer?" cebik Hongjoong.
"Sebab situasi tu satu dalam seribu, jadi kau dikira hebatlah," jawab Jongho acuh tak acuh.
"Kau yakin ke tu dikira hebat? Tanpa budak tu fikir betapa hinanya aku sekarang ni?"
Berkerut dahi Jongho mendengar kata-kata kawannya itu.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soalnya kurang faham.
"Dia... Dia nampak aku buat benda tu. Ahahaha."
Tawa Hongjoong berdekah membuatkan Jongho terkedu.
"Kau tak rasa ke yang dia berkawan dengan aku tu sebab dia kasihankan aku jer? Bukan sebab aku ni kuat atau tabah."
"Tu baru seorang yang nampak. Cuba kalau satu kelas nampak? Apa aku nak jawab yang kawan diorang ni... Suka selfh*rm dan fikir s*uic*d* 24jam?"
Luah Hongjoong dengan hati yang penuh rasa bersalah. Jongho menghela nafas kecil lalu dia mengusap belakang Hongjoong lembut.
"Berapa ramai budak kelas kau?" tanya Jongho secara tiba-tiba.
"Huh? 30 orang."
"Berapa jer kawan dia?"
"Dia langsung tak ada kawan."
"Owh? Jadi dia selalu bersendirian lah?"
"Hmm..."
"Budak kelas kau ada 30 orang. Tapi seorang pun tak berkawan dengan dia. Kau tak rasa pelik ke kenapa dia tiba-tiba nak berkawan dengan kau?"
Hongjoong mengangkat bahu untuk menjawab pertanyaan Jongho tadi.
"Bagi aku, dia berkawan dengan kau sebab dia nak rasa apa yang dialami oleh kau sekarang. Dia mungkin ada firasat tertentu kenapa dia buat macam tu."
"Tertanya tak kenapa dia tak berkawan dengan orang lain yang jauh lebih sihat daripada kau?"
Tanya Jongho. Sekali lagi Hongjoong membalas dengan mengangkat bahu. Dia masih keliru.
"Sebabnya dia nampak yang kau memiliki aura berbeza dari orang lain. Dia nampak kelainan dalam diri kau yang menyebabkan dia nak berkawan dengan kau.
"Kau tak rasa ke yang kau memang hebat di mata dia?"
Hongjoong terkelu mendengar penerangan Jongho tadi.
"Kelemahan kau tu bukan bermaksud yang kau terlalu hina. Ia mengajar kau untuk menjadi seorang yang kuat melawan kelemahan kau dalam diam."
Berkaca-kaca mata Hongjoong selepas mendengar. Badannya mula menggigil kecil dan dia sedaya upaya cuba menahan diri daripada menangis.
Jongho sekadar tersenyum kelat sebelum dia menyambung kata-katanya itu.
"Percayalah..."
"Suatu hari nanti, orang takkan pandang kau sebagai pesakit Major Depressive Disoder..."
"... Tapi orang akan pandang kau sebagai seorang pejuang... Yang berjaya menjadi contoh kepada orang lain."
[ The End ]
Dengan ini tamatlah cerita SMILE. Saya harap cerita ni dapat berikan serba sedikit info tentang penyakit mental dan juga dapat mengubah pemikiran orang lain terhadap sakit mental dan gila.
Dua perkara itu sangatlah berbeza.
Kita seharusnya menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Jangan biarkan mereka bersendirian.
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kesilapan dalam cerita ini. Saya pun masih belajar dalam hal-hal ini jadi saya kongsikan mana yang tahu.
I hope you have a nice day <3
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...