Seonghwa pulang ke rumah dengan longlai. Kelihatan ibu bapanya berada di ruang tamu bersama Cik Aira. Dia terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Ketika dia baru sahaja masuk bilik, namanya dipanggil oleh Puan Park.
"Seonghwa..." Panggilnya perlahan. Namun Seonghwa tidak memandang dia.
"Kami dah buat keputusan. Mulai sekarang, kamu akan tinggal dengan bibik."
Kata-kata Tuan Park tadi membuatkan Seonghwa terperanjat Terus dia berpaling melihat orang tuanya.
"Huh? Papa mengarut apa ni?" cemuh Seonghwa.
"Kami berbincang masa kamu lari tadi. Bibik setuju nak jadikan kamu sebagai anak angkat," ujar Tuan Park lagi. Seonghwa yang mendengar itu tersenyum sinis.
"Jadi maksudnya... Mama dan papa jual Hwa kan?"
Terkelu lidah mereka mendengar sindiran daripada anak sendiri. Seonghwa mula tertawa kecil manakala Cik Aira pula hanya melihat dengan tatapan sayu.
"Senang macam tu kan? Mama dan papa langsung tak faham perasaan Hwa selama ni dan sekarang papa jual Hwa ya?" Ungkap Seonghwa sambil tertawa. Namun tawanya itu terus berubah menjadi derita.
"PERGILAH! PERGI SEKARANG! HWA TAK NAK TENGOK MAMA PAPA LAGI!"
Jeritnya lalu terus mengurungkan diri dalam bilik. Tuan dan Puan Park mula berasa sedikit bersalah. Tidak menyangka bahawa perkara ini akan berlaku.
Cik Aira melepaskan keluhan kecil. Lalu dia menepuk bahu Puan Park lembut.
"Biar saya sahaja yang uruskan dia, Puan." katanya perlahan. Mereka sekadar mengangguk kecil.
"Mulai sekarang, kami serahkan semua harta kami dan Seonghwa sepenuhnya pada bibik."
••••••••••••••
Pada pagi itu, Seonghwa tiba ke sekolah dengan kedua matanya yang kelihatan bengkak. Itu pun disebabkan dia tidak berhenti menangis semalam.
Namun nasib baiklah Cik Aira tahu bagaimana mahu menenangkan dia. Sekarang dia tinggal bersama Cik Aira. Ibu bapanya juga sudah pergi ke mahkamah untuk mendatangani surat penceraian secara sah.
Dia mengeluh. Tidak menyangka semalam adalah hari yang paling teruk buatnya.
Kurang kasih sayang dari keluarga.
Dijadikan sebagai anak angkat.
Sungguh, ia bagaikan mimpi ngeri buat Seonghwa.
"Jangan dekat boleh tak!"
"Ketepilah, gila!"
Seonghwa hairan apabila dia dengar bunyi bising yang berada dalam kelasnya. Dia mula percepatkan langkahnya untuk lihat dengan lebih jelas apa yang telah berlaku.
Sebaik sahaja dia tiba dalam kelas, dia terkejut melihat semua rakan kelasnya kini sedang bergaduh dengan Hongjoong. Terus dia masuk campur.
"Yah! Kenapa dengan korang ni?" soalnya hairan. Pantas dia mendekati Hongjoong.
"Kau jangan dekat dengan dialah, Seonghwa! Budak ni gila!" Tuduh Juyeon membuatkan Seonghwa berasa pelik.
"Kau cakap apa ni?"
"Aku sendiri nampak okey! Aku nampak yang Hongjoong keluar dari pusat psikiatri dengan bawa banyak ubat! Sah-sah lah dia tu gila!"
Terbeliak mata Seonghwa mendengar ungkapan yang keluar dari mulut Juyeon.
Semua budak kelas yang mendengar itu mula menjauhkan diri daripada Hongjoong. Mereka takut sekiranya mereka akan terjangkit dengan penyakit Hongjoong yang tidak nampak itu.
"Kau pindah ke sekolah lain lah, Hongjoong!"
"Kau tak rasa ke yang kau akan penyumbang nama sekolah ni buruk?"
"Entah! Nanti habis kecoh satu dunia ada budak gila dalam kelas kita!"
Seonghwa mengetap bibir. Sungguh dia berasa sangat geram dengan stigma pemikiran rakan kelasnya yang cetek itu.
"SAKIT MENTAL BUKAN GILA! BODOH SEBAB KORANG TAK TAHU BEZA PENYAKIT DENGAN GILA!"
"KORANG TAK TAHU MACAM MANA SAKITNYA PENYAKIT MENTAL! JANGAN DISEBABKAN KORANG TAK PERNAH ALAMI, KORANG RASA DIRI KORANG TU CUKUP WARAS!"
Suasana dalam kelas terus berubah menjadi senyap sunyi selepas Seonghwa menjerit. Dadanya naik turun menahan amarah. Terngucap-ngucap dia mencari nafas.
Seonghwa mengalihkan matanya melihat Hongjoong yang berada di belakangnya. Dia tergamam melihat Hongjoong sudah tidak bermaya sekarang. Dirinya benar-benar sudah mati sekarang.
Sinar matanya kabur semula...
Seperti kali pertama Seonghwa melihat Hongjoong dalam kelas seorang diri...
Siapa sangka?
Pencetus simptom Hongjoong kembali lagi adalah rakan kelas sendiri yang pernah dianggap sebagai kawan.
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfic❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...