Sepanjang dalam kelas, Hongjoong banyak mendiamkan diri. Dia mula menjauhkan diri daripada semua orang termasuklah Seonghwa.
Setiap kali dia cuba untuk datang dekat, Hongjoong terus akan larikan diri daripada dia. Malah, dia juga akan ponteng kelas tak kira subjek.
"Hongjoong..." panggil Seonghwa perlahan. Namun dia diabaikan. Hongjoong segera keluar dari kelas membuatkan Seonghwa dilanda perasaan bersalah.
Salah dirinya juga kerana tidak mempertahankan Hongjoong ketika dia dikecam oleh rakan kelas.
Kini, semua rakan sekelasnya tidak berani untuk dekati Hongjoong setelah mereka dapat tahu bahawa Hongjoong penghidap MDD.
"Buat apa kau masih nak berkawan dengan dia, Seonghwa? Kau pun nak jadi gila juga ke?" sindiran Juyeon tadi telah menaikkan rasa geram Seonghwa.
"Kau jaga sikit mulut tu! Hongjoong tak gila! Dia cuma sakit mental!" Balasnya cuba untuk mempertahankan Hongjoong.
"Jadi? Samalah tu. Mana ada beza dua benda tu," kata Juyeon dengan senyuman sinisnya.
Kesabaran Seonghwa dalam hati sudah sampai ke tahap tipis. Tangannya laju menghayun tepat mengena pada pipi Juyeon membuatkan semua orang dalam kelas terkejut.
"Yah!" Marah Juyeon. Dia terus menyentuh pipinya yang sudah terasa pedih itu.
"Penyakit mental jauh sekali dengan gila! Dia sama macam kanser, demam dan semuanya! Kau tak pernah terfikir ke apa perasaan Hongjoong lepas kau buat dia macam ni!"
Tengking Seonghwa. Dadanya naik turun menahan sisa amarah yang masih ada dalam hati. Muka dia juga sudah merah akibat rasa geram yang melampau.
"Aku nak korang semua minta maaf kat Hongjoong sekarang! Aku tak kira! Aku nak--"
"SEONGHWA!"
Kata-katanya terus terpotong selepas Jongho tiba-tiba muncul dan menjerit namanya tadi. Kelihatan dahinya sudah basah akibat berpeluh dan nafasnya terngucap-ngucap.
"Kenapa Jongho? Kenapa kau berpeluh sangat ni?" bertubi-tubi Seonghwa bertanya kepada Jongho.
"Tolong..." ujarnya perlahan. Namun dia seperti tidak cukup nafas.
"Tolong?"
"Tolong Hongjoong... Di-dia cuba untuk--"
Riak wajah Seonghwa terus berubah sebaik sahaja dia mendengar Jongho menyebut nama Hongjoong tadi.
Tanpa mendengar habis kata-kata Jongho, Seonghwa terus berlari keluar dari kelas untuk mencari kelibat Hongjoong.
Dia seperti dapat merasakan apa yang bakal berlaku selepas ini.
••••••••••••
Di kawasan bumbung yang sunyi, Hongjoong berjalan menuju ke penghujung bumbung mereka. Dia menunduk untuk lihat ketinggian bangunan sekolah dari atas sehinggalah ke bawah.
Darah mula menitik keluar dari pergelengan Hongjoong. Dia baru sahaja menoreh tadi dan sekarang darah keluar dengan begitu banyak.
Hongjoong tersenyum kecil. Kakinya tepat berada di penghujung bumbung bangunan sekolah sebelum dia cuba untuk...
Menjunamkan dirinya.
Namun dia dapat merasakan bahawa tangannya dipegang oleh seseorang dengan kuat. Pantas dia mengalihkan mata untuk melihat atas.
Dia terkedu.
Orang itu adalah...
"Ja-jangan..."
Air mata Seonghwa sudah mengalir deras ketika dia cuba untuk menghalang Hongjoong daripada jatuh ke bawah.
Seonghwa cuba untuk mengangkat Hongjoong naik ke atas semula. Namun dirinya tidak begitu kuat. Genggaman mereka juga sudah hampir terlerai.
"Kau lepaskan jer lah tangan tu!" jerit Hongjoong.
"Tak nak! Aku tak nak biarkan kau jatuh!"
Teriak Seonghwa dengan sisa tanggisannya. Dia sedaya upaya cuba untuk menarik Hongjoong ke atas semula.
Hongjoong terkelu. Darah yang mengalir keluar dari pergelengan dia itu terkena pada tangan Seonghwa. Hongjoong mengukirkan senyuman kelat kepada kawannya.
"Jangan berhenti doakan aku, Seonghwa..." ucapnya perlahan.
Genggaman tangan mereka sudah terlerai menyebabkan Hongjoong terjunam ke bawah meninggalkan kesan bunyi yang cukup kuat.
"HONGJOONG!"
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...