"SEKARANG KAU DAH NAMPAK KAN? MULUT CELUPAR KAU TU TELAH MEMBUNUH JIWA ORANG LAIN!"
Tengking Seonghwa pada Juyeon. Dia cuba untuk melepaskan amarahnya pada Juyeon tetapi dia dihalang oleh Jongho.
Hongjoong segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Dia mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari bangunan sekolah.
"KALAU BUKAN DISEBABKAN KAU, SEMUA NI TAK AKAN BERLAKU!"
"Maaf..." ucap Juyeon perlahan. Dia berasa sangat bersalah sekarang ini.
"BUKAN DENGAN AKU! KAU PERGI MINTA MAAF KAT HONGJOONG SEKARANG!"
"Bertenang Seonghwa!"
Jerit Jongho cuba untuk menenangkan Seonghwa. Dia mengalah. Matanya habis merah akibat menangis dari tadi.
Sungguh dia tidak percaya perkara ini akan berlaku. Kesan darah Hongjoong tadi masih terasa hangat di tangan Seonghwa membuatkan dia menggeletar hebat.
"Hongjoong akan selamat..." ujar Jongho perlahan sambil mengusap belakang Seonghwa lembut.
Rambutnya yang tadi kelihatan kemas terus diserabaikan. Seonghwa bingung. Bagaimana sekiranya Hongjoong pergi meninggalkan dia seorang diri?
Sama seperti keluarganya meninggalkan dia seorang diri bersama Cik Aira...
Sungguh, dia tidak sanggup untuk hadap lagi. Dia tidak mahu mengalami benda yang sama lagi...
Beberapa lama mereka menunggu, akhirnya seorang doktor mula keluar dari wad kecemasan. Pantas Seonghwa dan Jongho menghampiri dia.
"Doktor! Macam mana dengan keadaan kawan saya?"
"Dia selamatkah?"
Soal mereka serentak. Dalam hati mereka tidak sabar untuk mendengar jawapan daripada mulut doktor itu sendiri.
Dia mengeluh kecil sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh Seonghwa dan Jongho.
"Saya minta maaf. Peratusan dia untuk hidup sangat tipis. Kepalanya hancur dan tulang rusuk dia banyak patah..."
Terduduk lemah Seonghwa dibuatnya mendengar maklum balas daripada doktor tadi. Jantung Jongho bagaikan seperti mahu tercabut.
"Saya minta maaf..." ucap doktor itu lagi sebelum dia berlalu pergi.
Tiada siapa sangka, begitulah pengakhiran hidup Hongjoong.
Selama ini, tidak pernah sekali pun dia lihat Hongjoong mengeluh dengan penyakit yang dihadapinya. Hongjoong cuba untuk kelihatan kuat dan normal setiap hari. Tiada siapa yang perasan betapa struggle nya Hongjoong untuk menutup penyakitnya.
Kini...
"Jangan berhenti doakan aku, Seonghwa..."
Itulah ayat terakhir yang Seonghwa sempat dengar sebelum Hongjoong terjunam ke bawah. Air matanya mula mengalir deras membasahi pipi.
"Kau dah janji... Kau janji kau akan kuat untuk sembuh, Joong..."
"Kenapa kau pilih jalan ni?" luah Seonghwa dengan sisa tanggisan dia.
Sungguh, dia tidak dapat tahan lagi untuk kawal dirinya daripada menangis. Jongho lantas memeluknya cuba untuk menenangkan Seonghwa.
Dia amat faham perasaan yang dialami Seonghwa sekarang.
Hongjoong merupakan kawan pertama dan kawan terakhir bagi Seonghwa. Hidupnya tidak indah seperti orang lain.
Disisih dan ditinggalkan oleh keluarga.
Dan kematian sahabat yang mengejut.
"Kau tinggalkan aku... Lagi sekali..."
YOU ARE READING
[C] Smile ☾ 성중 ☽
Fanfiction❝Tak semua senyuman tu betul.❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's angst fanfiction Inspirasi dari projek komik Komrad Ke Syurga di ig (@komradkesyurga & @yaya_okita) ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 26 November 2021 End : 31 December 2021 Cover...