➳슬퍼 09

285 65 3
                                    

Jika dahulu Seonghwa merayau-rayau di sekolah pada waktu pulang, kini tidak lagi. Dia sekarang banyak luangkan masa dengan Hongjoong dalam kelas untuk membuatkan kraf tangan.

Minat dia terhadap seni mula bertambah sedikit demi sedikit. Berterima kasih kepada Hongjoong kerana dialah yang menjadi pendorong utama untuk meminati seni.

"Betul ke macam ni rupanya?" tanya Seonghwa seraya memberikan hasil kerjanya pada Hongjoong.

"Ya! Ini pun dah cukup bagus!" Balas Hongjoong kagum.

Dia sekadar tersenyum nipis. Gembira hatinya setelah mendengar balasan daripada Hongjoong tadi.

Baru sahaja dia mahu ambil hasil kerjanya, telefon Hongjoong tiba-tiba berdering. Terus dia angkat panggilan tersebut.

"Hai? Owh, kenapa Jongho?"

"Huh? Bila appointment aku?"

Seonghwa terdengar sedikit perbualan Hongjoong dan Jongho dalam talian. Dari situ dia dapat tahu yang mereka sedang bincangkan tentang terapi Hongjoong.

"Ya ya... Aku tahulah. Nanti aku pergi."

Selepas sahaja itu, Hongjoong menamatkan panggilan mereka. Lalu dia berpaling muka ke arah Seonghwa yang dari tadi tidak lepas memandangnya.

"Sorry. Jongho tiba-tiba call aku," ucap Hongjoong.

"Tak apa... Terapi kau tu hari ni ke?"

"Haah."

"Kenapa kau tak pergi?" soal Seonghwa lagi.

"Asalnya pagi ni aku kena pergi appointment. Tapi sebab kita sekolah jadi aku tunda ke petang. Cuma itulah, aku tak ada tenaga sangat nak pergi..." cerita Hongjoong lebar. Dia mula mengemas semua barang yang telah mereka guna tadi.

Seonghwa sekadar diam. Tak lama selepas itu, muncul satu idea dalam mindanya.

"Jomlah. Aku temankan kau," pelawa Seonghwa membuatkan Hongjoong terkejut sedikit.

"Eh? Serius?"

"Ya. Lagipun keluarga aku tak ada jadi aku tak nak pulang sekarang," jawabnya lebar.

Hongjoong terkedu. Tidak pernah pula dia menyangka bahawa Seonghwa akan menemaninya untuk pergi ke pusat psikiatri.

Selama ini dia hanya pergi seorang diri sahaja. Paling tidak pun dia pergi bersama Jongho.

Hongjoong mula rasa sedikit terharu dengan pelawaan Seonghwa tadi. Baginya, ini merupakan suatu yang bermakna buatnya walaupun kecil.

"Okey kalau macam tu. Jomlah."

•••••••••••••

Mereka pergi ke hospital dengan menggunakan teksi. Setelah selesai membayar caj tambang, barulah Hongjoong dan Seonghwa keluar dari perut kereta.

Kelihatan dalam hospital penuh dengan ramai orang walaupun hari sudah lewat petang. Tetapi Seonghwa tidak kisah dengan semua itu. Dia hanya ambil kisah dengan keadaan Hongjoong sekarang.

"Kau nak teman aku ke atau nak tunggu di luar?" Hongjoong bertanya pada kawan baiknya.

"Aku tak kisah. Kalau kau rasa tak selesa, aku boleh jer tunggu di luar bilik." Jawab Seonghwa tenang.

"Kau tunggu di luar sajalah. Aku janji appointment aku takkan ambil masa yang lama."

Pesannya lembut. Seonghwa sekadar mengangguk kepala. Hongjoong terus masuk ke dalam unit rawatan psikologi sebaik sahaja angka gilirannya tiba.

Sementara menunggu Hongjoong membuat terapi, Seonghwa menghilangkan rasa bosannya dengan permain telefon pintar. Dia sudah memaklumkan pada Cik Aira bahawa hari ini dia pulang lebih lewat berbanding sebelumnya.

"Eh, Seonghwa?"

Matanya terus beralih setelah mendengar namanya disebut oleh seseorang.

"Huh?" Dia agak hairan sedikit apabila dapati bahawa Jongho juga berada di sini.

"Jongho, apa kau buat kat sini?"

"Sepatutnya soalan itu untuk kau. Kau ada sakit apa-apa ke?"

"Eh taklah. Aku cuma temankan Hongjoong jer. Dia sekarang tengah buat terapi," balas Seonghwa lebar.

"Serius? Baguslah tu. Aku risau kalau dia tak pergi buat appointment. Tak sia-sia aku call dia tadi," kata Jongho dengan nada separuh lega.

"Kau kenapa ada kat sini?"

Seonghwa melemparkan soalan yang sama pada Jongho.

"Owh, aku nak lawat abang aku hari ini." Jawab Jongho membuatkan Seonghwa terkedu sedikit.

Kalau tidak silapnya, Jongho ada menceritakan bahawa abang dia mempunyai penyakit skizofrenia. Salah satu penyakit mental kronik.

Hatinya mula terbuka untuk melihat keadaan abang Jongho. Malah pada masa yang sama Seonghwa juga ingin berkenalan dengan dia.

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now