➳슬퍼 10

302 65 11
                                    

"Keadaan kamu sekarang nampaknya bertambah baik. Kamu pun dah mula buat dengan perkara yang kamu minat dulu."

Hongjoong tersenyum lebar apabila mendengar maklum balas daripada doktor yang merawatnya itu. Dia juga sedar bahawa keadaan dia sekarang semakin pulih berbanding dulu.

Dia kurang mendapat simptom MDD, malah dia juga dapat kawal kemurungan dia. Kini, senyuman dia bukan lagi dipaksa tetapi ikhlas dari hati sendiri.

"Kalau terus begini, saya yakin penyakit kamu dapat kurangkan sepenuhnya. Jangan putus asa ya!"

"Baik doktor."

Selepas sahaja menerima nasihat tersebut, Hongjoong terus keluar dari bilik psikiatri dengan riang.

"Seonghwa! Jomlah kita ba-- Eh?"

Hairan Hongjoong dibuatnya apabila sedar bahawa Seonghwa tiada di luar. Dia tertanya-tanya kemana Seonghwa pergi.

Adakah dia sudah balik?

Tidak lama kemudian, satu bunyi kecoh mula berlaku di tingkat atas membuatkan Hongjoong terkejut.

"Kenapa ni? Apa yang dah berlaku!" tanya seorang doktor gelabah.

"Doktor! Pesakit bilik 107 menjerit!" beritahu si jururawat itu juga turut gelabah. Hongjoong yang mendengar perbualan itu tadi mula teringatkan sesuatu.

"Bilik 107? Tu bukan ke bilik--"

••••••••••••

Satu darah mula menitik dari dahi Seonghwa. Kepalanya baru sahaja terhantuk pada bucu meja akibat cuba untuk menahan abang Jongho daripada mencederakan diri.

"Seonghwa! Kau okey ke?" soal Jongho bingung. Lalu dia berpaling melihat abangnya yang sedang menggeletar hebat akibat ketakutan yang melampau.

"AKU MINTA MAAF! AKU TAK SENGAJA CEDERAKAN KAU! AKU TAK SENGAJA!"

Teriaknya kuat. Dia mengetuk kepala berkali-kali dengan kuat. Serpihan kaca yang berada di tangannya tadi berjaya dilepaskan oleh Jongho.

"Bertenang, San!" Jongho cuba untuk menenangkan abangnya. Tetapi tidak berjaya kerana San mula meracau hebat.

Kemudian, seorang doktor dan beberapa jururawat mula masuk dalam wad dan cuba untuk menahan San agar dia tidak mencederakan diri dengan lebih teruk lagi. Jongho juga turut bantu.

Seonghwa hanya perhatikan mereka dari jauh. Bunyi jeritan itu sungguh menyakitkan. Dia seperti dapat bayangkan betapa lamanya San memendam rasa sakit itu seorang diri.

Namun syukurlah semua sudah berakhir selepas doktor berjaya menyuntik ubat penenang dalam badan San. Satu keluhan berat dilepaskan dari mulut Jongho. Wajah abangnya itu ditatap sayu.

Sebaik sahaja keadaan kembali pulih, barulah Hongjoong masuk untuk mencari seseorang.

"Yah! Dahi kau luka," terkejut dia dibuatnya sebaik sahaja melihat kesan luka pada dahi Seonghwa.

"Huh? Macam mana kau tahu aku kat sini?" soal Seonghwa keliru. Setahunya, dia tidak beritahu Hongjoong pun yang dia pergi lawat San tadi.

"Actually aku memang tak tahu. Aku datang ke sini pun sebab nak tengok San," balas Hongjoong dengan riak wajah mendatar. Lalu dia segera maklum kepada salah seorang jururawat untuk merawat luka Seonghwa.

Hongjoong menunggu kawan baiknya yang sedang dirawat dalam wad sahaja. Matanya tidak lepas melihat San yang sedang terbaring lemah dengan tangan dan kaki diikat pada tiang katil.

"Dia tak dapat kawal ke tadi?" tanya Hongjoong. Dibalas angguk oleh Jongho.

"Tadi Seonghwa cuba halang San daripada tusuk tangan. Tapi dia kena tolak dengan kuat jadi dahinya terhantuk pada bucu meja," cerita Jongho lebar.

Hongjoong tidak tahu untuk balas apa. Dia risau akan keadaan San tetapu dalam masa yang sama juga dia risaukan dengan Seonghwa dan Jongho.

Kerana mereka berdua menjadi mangsa delusi bagi San dan menjadi tempat luahan baginya. Dia takut sekiranya Seonghwa dan Jongho tertekan disebabkan penyakit mereka.

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now