SASD 6

749 33 4
                                        

"Adam," mai bisik. Laptopnya ditutup.

"Hm?" adam dekatkan badannya ke tepi.

"Saya nak pergi fotostet kat atas kejap. Awak tunggu sini tau."

"Okay," adam senyum

Mai membalas senyuman itu kembali. Namun ketika punggung nya mahu bingkas bangun dari kerusi empuk itu, adam memegang tangan halus mai. Memberhentikan tingkahnya.

"Kenapa?" mai terpinga.

"Takde apa,"adam tersenyum nakal.

"Jangan lama-lama," sambung dia lagi.

Mai tertawa kecil lantas gegas dia berlari anak menaiki tangga bertemankan pandangan adam yang tak lepas memandangnya dari jauh.

Ok dah cukup. Lelebih kang korang pulak meluat.

Bilik yang penuh dengan mesin fotokopi tu menjadi tujuan utamanya. Ada seorang petugas perpustakaan kat dalam tu. Lelaki dlm lingkungan 40'an tu senyum ramah. Maybe dah kenal sangat muka kaki potostet, encik tu tak mintak pun kad pelajar untuk pengesahan. Dia pun tegur lah cam biasa, pendrive itu bertukar tangan.

Lepas mai tunjuk file yang mana nak dicetak, petugas tu pun mulakan kerja dia. Keadaan library agak sendu sedikit tidak seperti biasa. Maybe sebab program mingguan jualan belia kot. Students kat sini pantang sikit kalau bab makanan.

Mai melihat sekeliling. Sekali usya tiada yang istimewa. Semuanya tampak sama saja, hambar. Namun, kali kedua dia usya ada sesuatu yg buat senyuman mulai mekar di bibirnya gadis itu.

"Nah dek,"

Perhatiannya terhenti seketika.

"Terima kasih," mai senyum.

Lantas kakinya gegas menuju ke arah meja yang tak jauh berada.

Buat apa jela dia ni kat sini. Nampak macam sorang je. Datang pun tak sedar. Tak aware betul dgn surrounding. Tapi bila dah dekat sangat tu, baru mai perasan kenapa. Tu ha pakai earphone. Patutlah.

Mai berdiri bersebelahan dia, lepastu bongkokkan sikit badan dekat dgn telinga dia.

"Dengar lagu apa tu?"

Drastik, earphone yg melingkar di cuping gadis tu dicabut. Terpampang wajah pucat. Buruk noh reaction serupa selisih hantu kum kum.

"Astaghfirullah kak maii! Terkejut lah alia ingatkan sape tadi" alia urut dada hilangkan debaran.

Mai meletus ketawa. Agaknya lah bunyi mai ketawa tu terlampau kuat sampaikan penghuni meja sebelah mereka mulai memberi pandangan yang eh kau ni kan macam mintak penampar percuma je dari mai.

"Sorry ea awak," cecepat alia selamatkan keadaan bila dia perasan 'kak mai' dia ni bila bila masa nak terkam budak tak bersalah tu.

"Beringat sikit, ni library bukan pasar malam" sinis.

"Saya mintak maaf ya." aku tktahulah si alia ni nk tunjuk cool depan aku ke memang dia jenis penyabar mcm ni.

Lepastu budak tu pun macam dah start kemas-kemas barang dia. Memula tu mai dah nak okay dah redho dengan takdir sebab tak dapat tumbuk muka budak tu. Sampaikan dia terdengar guman budak tu yang berbait begini....

"Harap je budak degree, tapi adab serupa orang takde ugama..."

Mai pun ape lagi...

"ENGK-"

Baru sahaja gadis itu mahu membuka langkah tiba-tiba visualnya terhalang, sama dengan suaranya yang tenggelam. Alia berdiri didepan mai tetapi membelakangi mai seperti sebuah tembok.

Sebab aku sayang diaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang