SASD 9

821 37 1
                                        

Besoknya khamis, 3.15pm, cafe atas.

Waktu tu alia baru je selesai kuliahnya. Tak, salah. Class dia dah habis pukul 2 lebih tadi tapi disebabkan si batrisya tu la dah nak dekat sejam dia kene sidai kat sini mcm org tkde tujuan hidup. Segala sumpah serana dok terkumat-kamit dalam hatinya. Ibarat cerik air yg sedang menggelegak, orang nak pandang si alia ni pun gerun. Lagi² student lelaki. Jangan ditegur, boleh hilang punai agaknya weh.

Tak lama kemudian, muncul juga akhirnya bat. Dengan peluh merata kat dahi, pipi merah-merah. Nafasnya tercungap-cungap. Muka serabut sungguh.Macam terkejar-kejar. Nampak sangat perjalanan dia tu tadi kelam kabut.

"Kau ni kenapa lama sangat. Sejam aku tunggu bat kau tahu tak?" kata alia dengan nada berangnya namun masih lembut.

"Sory³, sumpah sorry dok. Kat kelab tadi ada emergency. Aku tak boleh nak lari sini tadi."

"Apesal tu?" Soal alia, marah² pun dia nak tahu apa punca si bat ni lambat.

"Takde apa lah. Ni ha, kunci bilik. Nanti kalau mai datang kat kau, kau pass dia eh. Kunci dia hilang tu semlm." Bat hulur kunci tu kat alia. Tertera lah nombor bilik kat keychain tu.

Siap² terus alia simpan dalam tote beg dia. Dia ni jenis tak boleh pegang barang kat tangan. Komfem tercicir.

"Kenapa kau tak bagi je dia kat kelab tadi"

"Dia takde"

"Pergi mana?"

"Keluar"

Nak je alia tanya keluar mana dengan siapa pukul berapa tapi semua tu dia tahan dalam-dalam. Kalau dia tanya lebih-lebih nanti apa pulak kata bat. Tambahan lagi tengok bat ni masih tengah serabut dan terkejar-kejar. Tu yg dia tknk tanya tu.

"Kau kem baper hari ni?"

"4 hari. Isnin petang aku balik." Jawab bat ringkas. Sebelum sempat alia nak buka mulutnya lagi, tiba-tiba fon bat bergetar. Sebenarnya dari tadi dok bunyi, tpi buat tak layan sbb silent.

"Aku nak kene gerak ni. Kau tolong aku last bole tak?" Tanya bat sambil bangun.

Alia mengeluh.

"Apedia lagi?"

"Tengok-tengok kan mai waktu aku takde. Boleh ya?" Waktu tu permintaan bat agak lucu kalau didengar. Tapi disebabkan tatapan matanya tu, alia telan segala tawa yang hampir terlepas dari bibirnya.

Bat nampak serius sangat-sangat. Like she mean it.

"Okay bat"

Lantas dengan itu bat pun bergegas berlalu pergi. Banyak kali dia cakap terima kasih kat alia sebelum dia pergi tu. Dalam pada waktu alia berjalan pulang ke biliknya tidak berhenti dia memikir apa kenapa itu ini. Seolah-olah hati dia tidak mahu hentikan rasa tidak enaknya tu. Rasa macam ada yang jadi ada yang tak kena dengan mai lps pandangan terakhir yang bat beri kepadanya.

Petang berganti senja, senja berganti malam. Tiada khabar dari mai. Keraplah juga dia check telefon bimbitnya tu, takde satu pun yang datang dari mai. Takutlah dia mai nak masuk bilik dia tercari-cari kunci. Sebabtu alia bersengkang mata menunggu mai balik.

Pukul 10 menjadi 11, 12 dan akhirnya alia tak mampu menahan mata lantas dia terlelap dalam kedingan malam. Hujan lebat malam tu, lagi lah senang dia nak tertidur.

Tiba tiba, ada ketukan di pintu biliknya.

Tok, tok, tok.

Alia terjaga. Dalam keadaan mamai dia cuba mengembalikan visualnya yang kabur.

Tok, tok, tok.

Telefon bimbit di sebelahnya dia gapai, mengecil sedikit matanya menahan silau saat skrin tu bercahaya dalam kegelapan. Waktu menunjukkan pukul 3 pagi. Cepat-cepat dia bangun pergi ke pintu. Dalam kepala otaknya hanya cuma ada 1 nama sahaja.

Sebab aku sayang diaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang