"Sorang je?"
Kaku. Alia menjadi kaku.
Mana tidaknya, sudah orang inilah yang cuma berlari kehulu kehilir dalam benak pikirannya sejak beberapa hari yang lepas. Bila ada depan mata, terus lah dia jadi batu pada 5 saat pertama.
"Mai,"
Entah kenapa waktu tu, apa yang dia mampu respon cuma nama tuan badan. Mungkin betul pepatah kdrama pernah berkata yang berbait begini 'she took my breath away'.
"Alia,"
Si mai ni pulak pantang. Orang panggil kita panggil lah dia balik.
Mereka tertawa.
"Buat apa kat sini?" tanya mai lagi.
"Beli air ni haa" dalam hati sape jelah tahu. Kalau manusia ada magik, dah lama rasanya air tin tu alia nak aje tukar jadi bunga. Genggam punya erat.
"Jauh-jauh datang sini beli air je?"
'Datang nak tengok mai'
Mimpi jela dia nak cakap betul-betul depan mai macamtu.
"Dahtu takkan datang tengok dia pulak" gaya kekwat dia berkata. Tambah dengan jelingan manja dia tu.
Ni baru alia yang betul.
"Marah aje keje" mai ketawa.
"Manada marah ishh"
"Jom, sini."
"Ehhh-"
Belum sempat dia mahu kata tidak, tahu tahu si mai ni dah bawak alia pergi masuk dalam puma dengan berpimpingan tangan.
Mai pun bawa alia ni kat satu bangku panjang warna hitam.
"Tunggu sini kejap tau. Nanti mai datang balik."
"Eh mai tapi alia-" baru je dia nak cakap, mai pintas.
"Budak-budak ni nak balik dah. Kejap je." terpancar senyum manisnya.
Ikutkan hati alia taknak duduk sini. Bukan apa, masalahnya ni tempat orang. Seganlah dia. Tapi bila tengok muka mai ni, tak sampai hati pulak dia jadinya. Tu dia stay.
"Okay..." jawab alia.
Tapi bila mai nak gerak je, dia pegang hujung baju mai.
"Mai," panggil alia
Langkah mai pun terhenti. Mai pun pandang .
"Jangan lama sangat, alia segan ni."
Mai tersenyum.
"Ye, kejap je." kata mai.
"Tunggu tau." Sambungnya lagi.
Alia mengangguk. Muka separuh rela separuh tak rela. Takut sangat tu kene tinggal. Rasa dia macam abah² tertinggal barang kat supermarket lepastu dia suh kau yg umur 5 tahun tktahu apa² tunggu dalam troli tu dediam. Menggelabah sia...
Masa mai cakap tu, tangan alia yang pegang hujung bajunya, dia genggam seketika sebelum dia berlari anak pergi ke budak budak silat tadi. Mai perasan. Kalau tk, tkdenye dia buat gitu saja².
Alia yang berada sorang diri di bangku tu hanya cuma bisa memerhati dari belakang.
Air tin Oligo tu pun dia minum sambil menunggu. Satu teguk, dia nampak barisan budak perempuan bayanya beratur salam mai. Dua teguk, dia nampak yang bat takde training sekali malamni. Mana pergi minah tu pun entahlah. Teguk yang ketiga, dia nampak adam dan mai. Minuman manis tu, dia letak tepi.
Diperhatikan saja dia dari jauh. Waktu tu depa diri dalam bulatan. Ada mai, adam dan senior-senior lain. Borak apa entahlah macam lebih kurang penutup kata kot. Alia kenal muka-muka senior tu. Namun cuma sekadar kenal muka. Nak kenal nama ke hati ke budi ke memang taklah.
YOU ARE READING
Sebab aku sayang dia
RomanceMaisarah seorang gadis serba biasa, hampir biasa. Perkenalan yang tidak diduga mengubah segala rasa yang tersedia ada.