SASD 15

1.3K 49 15
                                        

"Mai aku nak tanya kau something bole tak?" soal bat

"Apa?" mai jawab sambil masih tersisa saki baki batuk tersedak air liurnya tadi.

"Kau putus dengan adam haritu sebab apa?"

Alia bangun. Dia amek baju baju yang dah siap lipat tu dia susun dalam lemari baju seperti orang biasa.

Mai memerhati sahaja apa yang gadis itu buat. Cara dia tutup pintu lemari itu, kuat ke tidak. Cara dia letak baju itu, hempas ke tidak. Reaksi wajah gadis itu kontra ataupun tidak. Biasa je. Taktahulah, semacam kepalanya cuba membaca atmosfera.

Mai tidak senang duduk apabila isi kepalanya beserta bayang-bayang negatif mulai membimbangkan tuan sendiri.

"Tak payahlah eh kita citer pasal dia," jawab mai. Seakan mengelak.

"Lahh asal? Kau segan ke dengan alia?" bat menebak

"Alia kau segan ke kiteorang borak pasal adam?" bat tanya alia.

Celaka sungguh mulut kau bat. Paiseh betullah- rungut mai

"Takde. Aku okay je," jawab alia selamba

Lepastu dia sambung susun baju.

"See, apa yang kau nak segan"

Mai mengeluh berat. Di kesat-kesat telapak tangannya di atas permukaan seluar. Berharap dengan perbuatan itu mampu meredakan sedikit keresahan jiwanya.

"Cepatlah, aku nak tahu cerita" sambung bat lagi, beria.

"Cerita lah mai. Alia pun nak dengar. Luahkan je semua. Jangan segan-segan. Alia janji rahsia dikunci"

Tiba-tiba alia menyampuk.

Part hujung tu dia buat mimik zip mulut.

Dari apa yang alia cakap tu boleh jadi macam dia tengah perli tapi boleh jadi takde apa apa pun. Sebab gaya dia bercakap tu biasa-biasa je. Takde lebih-lebih.

Mai menelan ludah. Seakan sedang berperang dengan isi hatinya untuk nak cerita ke tak nak cerita ke nak ke tak nak ahhh stress!

"Aku cerita ni kita habis sini je" pelan-pelan mai mengatur bicara.

"Janji" serentak dua gadis tu angkat tangan kanan simbolik mempersetujui perjanjian halimunan.

Seketika, mai memandang mata alia. Sekali lagi untuk memastikan sesuatu.

Kalini alia memberi senyuman, ikhlas. Seakan mendorong mai untuk berani berbicara dan menyatakan sesuatu dalam senyuman itu bahawa dia baik baik saja.

Ok- desis hati mai.

"Bende ni macam mengaibkan dia sikit lah. So, aku harap korang jangan sebar kat sape-sape."

"Yelah, ye. Kan dah janji tadi. Cerita lah cepat" jawab bat tidak mampu lagi menahan sabar.

"Masetu kan aku keluar dengan geng fatin tu sume. Lepak mamak. Aku ajak adam teman tpi dia cakap dia sibuk. So aku kuar jela. Lepastu dorang pulak tetibe nak stay up tengok bola sampai pagi. Tapi aku nak balik kolej. So, aku naiklah grab sorang-sorang. Time tu kat traffic light kat simpang nak masuk mcd tu aku nampak kereta adam benti sebelah kereta aku tengah naik grab ni." mai berhenti kejap, cari nafas.

"Okay pastu?" bat tanya

"Pastu, aku nampak something. Mula-mula aku macam aku nak sedapkan hati. Aku ckp maybe aku salah nampak kot sebab time tu hujan lebat gila aku tak nampak sangat lah kan. Lepastu tiba-tiba aku baru perasan ada someone duduk kat passenger seat sebelah dia"

"Siapa? Perempuan ke?" bat menyampuk

"Sabar," kata mai

"Okay2, sambung"

Sebab aku sayang diaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang