Selang beberapa minggu kemudian...
Petang tu selepas zohor, mai tersilap atur. Atau kata lain, terlajak tidur.
"Astagfirullahazim!"
Membulat mata aku masa tengok jam tu. Ya, aku dah lambat sangat-sangat nak ke class.
Tak, sebenarnya mai memang ada class dari pagi tadi tapi gap yang terlampau panjang memang susah untuk tak balik bilik dan qada tido. Tapi ni dah terqada sangat dah.
Tanpa berfikir panjang, mai pun gegaskan lah dirinya. Seusai bila rasa dirinya cukup siap, segala perkakas belajar di sumbat dalam tote bag nya dan tak lupa jugak baju silat yang dia lupa nak cuci untuk pakai malam nanti. Mai mengeluh. Nak tak nak dia kena sempatkan diri menapak dobi bawah blok, kalau tak dia nak pakai apa malam nanti.
"Aduh," perlahan mai berguman.
Petang-petang pun takkan lah semua mesin penuh. Ni waktu semua student kat fakulti kot. Berpakat ke apa dorang ni basuh baju ramai ramai. Takde waktu lain ke nak cuci.
Mai mendengus kasar.
Jam tangan hitam yang melilit di tangan kirinya dia tilik. Baju hitam yang di pegang dia tatap, berfikir. Nak dekat seminit la jugak mai berdiri tegak macam patung cendana depan dobi tu. Naik seram budak-budak yang tengah punggah baju dalam mesin tengok dia begitu.
Tanpa berlengah lagi mai pun berjalan ala ala berlari sambil berharap dalam hatinya ada la mesin basuh baju yang kosong untuknya pakai kat blok B. Sesampai je dia kat situ, dobi tu pun kosong tak berpenghuni. Akan tetapi, berbakul-bakul baju beratur depan setiap mesin yang ada. Menunggu giliran.
Kalaulah sekarang ni dia berada dalam cerita kartun, rasanya jelas nampak kat dahi mai perkataan HAMPA.
"Nak basuh baju ke?" tu, suara tu ha tu.
"Alia," terkejut aku.
"Buat apa kat sini?" aku tanya, bingung.
Gadis tu nampak tenang. Macam santai gitu. Beza dengan keadaan mai, serabut.
Alia tersenyum.
"Goreng ikan," selamba.
Terkebil-kebil mata mai, loading. Simptom tidur selepas zohor, epic gila rasa tu. Kalau ajak bergurau waktu orang baru lepas bangun tidur, memang taklah dia nak faham satu apa.
Alia tertawa.
Mai tertunduk. Gigit bawah bibirnya, malu.
Headshot, kenapa la waktu² gini la otak aku suka tanya soalan macam tak pergi sekolah. Ni kan blok dia, dah sah sah lah dia pun nak basuh baju.
"Kak mai buat apa datang sini?" kalini giliran alia pulak bingung.
Omelan mai terhenti. Dia mengangkat pandangan.
"Goreng ikan jugak." selamba badak.
Alia hampir tercengang. Tak expect akan sisi 'kak mai' yang santai. Selalunya di jamah dengan muka ala-ala pegawai imigresen, ketat.
"Dasar loyar buruk hahaha." Dia tolak bahu aku.
Sambil tergelak tu sekilas mata aku kelih tangan dia, spontan.
"Alia ajar," aku sengih.
Dia jelir gitu-gitu kat mai. Malu lahtu, ngeh.
"Taklah, nak basuh baju ni ha. Dobi bawah blok sana ramai pakai tu yang datang sini. Tapi datang sini, sini pun ramai."
"Memang la ramai. Dah ade hero betulkan washing machine haritu. Berjemaah lah membasuhnya,"
"Hero mana entah," Bola mata mai pusing ke atas kejap kemudian bibirnya mengungkil sedikit.
