SASD 7.5

660 24 4
                                    

Sama, keberadaan mereka masih sama. Walaupun mai tu cuma sejengkal daripada pandangannya, tapi terasa seperti jasad sedekat nadi, jiwa sejauh langit dan bumi.

Dalam alia sibuk bermonolog sendiri, tiba-tiba dialognya terhenti.

"Alia, sini." kata mai sambil dia pusingkan sedikit badannya ke belakang. Dari tadi sebenarnya dia duduk kat kerusi meja belajar tu membelakangi alia.

"Ape dia mai?" alia bangun mendekati.

Masa alia berdiri sebelah mai tu, spontan mai paut lengan kiri alia. Alia pula hanya sekadar membiar. Tiada rasa debaran di dada. Sentuhan itu buat beliau seakan biasa. Hampir biasa.

"Tengok tu," mai tunjuk ke arah langit yang warna oren waktu itu, "cantik kan?" kata mai dengan senyuman.

Tapi rasanya, masa alia pandang tu perasaan lain yang dia rasakan kalini. Mai senyum, tapi terkesan mendatar.

Perasaan ingin tanya itu dia buang jauh-jauh. Alia sekadar memilih untuk berdiam dan cuma melemparkan padangannya semula ke arah langit dari celah-celah tingkap bilik.

"Cantik,"

Dibawah langit jingga itu, mereka bersama. Entah berapa lama mereka merenung langit. Barangkali bukan. Terasa seperti mereka yang sedang ditenung oleh langit.

Tiada salah seorang di antara mereka kisah soal waktu ketika ini. Tiada diskusi. Hanya angin, langit dan dia.

"Eh alia ko buat apa kat sini?" tiba-tiba datang suara dari belakang.

Bila alia tahu siapa, cepat-cepat dia lepaskan rangkulan mai. Diri tegak macam tiang bendera 3 cabang belakang kolej depa. Sekilas, kening mai berubah arca. Cuba teka kenapa.

"Eh bat, ko buat apa kat sini?" ditanyanya kembali soalan yang sama.

Mai yang di kerusi menyembunyikan tawa. Dia mulai rasa sikap gelabah gadis itu terkadang lucu. Ni lah jawapannya.

"Kau ni kenapa alia. Aku duduk dalam bilik ni sebelum kau lahir lagi tau. Kau jangan sampai sesiku L aku ni hinggap kat celah ketiak kau pulak." ganas nya bat ni, dia betul-betul ke main-main ni. Desis hati mai.

"Sekarang ni aku nak tanya, apa kau buat duduk berdua-duaan dengan bini aku?" sambung bat lagi

"Setan lah kau ni bat" jawab alia

Mereka tertawa.

Muka mai kembali tenang. Lah mati-mati dia ingat tadi dua beradik ni nak bertumbak terajang dah tadi. Mai rasa dirinya konyol waktu itu, yelah dia belum biasa lagi tengok dua orang ni bergurau. Tu yang defensive tak bertempat.

"Dahlah aku nak balik bilik," masatu alia meluru ke pintu.

"Eh lepak lah dulu sini. Aku baru balik ni." bat dah tepuk-tepuk dah tilam dia tu suh duduk.

"Eee perasannya kita datang sini nak jumpa dia, tolonglah"

Bat pandang mai, lalu pandang alia. Dengan muka tak senonohnya itu dia berkata,

"OOOOOO fahamm fahamm"

Terus hinggap bantal kat muka bat. Terdiam bat sambil terkekek-kekek dia berdekah.

"HAHAHHAHA WOII"

"Babi kau bat" setepek mai bagi.

Sekarang dah tahu siapa yang baling bantal tu tadi.

"Padan muka kau" puas hati alia waktu tu.

"Dahlah kau berambos sana. Menyemak lak kat sini. Balik, balik"

"HAHAHHAHA kuang ajo. Dahlah bye!"

"Bye budak kecik!" jawab bat.

Alia tersenyum sebelum pintu itu menghilangkan bayangnya daripada mata mai.

"Kau memang selalu gurau dengan alia macamtu eh?" tanya mai sejurus dia rasa alia dah komfem takde.

"Aah kenapa?"

"Takdelah, tanye je"

Bat tersenyum sedikit,

"Pelik-peliklah kau ni"

"Tanye pun salah..."

Dalam pada kasar bat waktu itu, kalini mai sudah faham yang dia hanya sekadar bergurau sebenarnya. Entah kenapa, bila sampai ke alia sahaja dia lebih-lebih pikir. Alia okay ke bat gurau gitu? Alia tak terasa ke? Alia itu alia ini. Mungkin faktor usia dia jadi begini. Seseorang yang berusia lewat dua tahun yang terlalu mengambil berat akan seseorang yang kecil daripadanya. Hanya sebatas itu.

"Kau okay mai?"

"Hm?"

Terkebil-kebil anak mata mai di tembak soalan serius sebegitu rupa. Padahal baru je tadi suasana meriah tak ingat dunia. Di tanyakan ke dia soalan macam tu, hampir separuh nyawa mana mana manusia pun mahu mintak ditelan batu belah. Drastik sangat suasana berubah, tktahu lah dia mahu respon lagi mana.

"Takdelah, tadi aku masuk je nampak kau jauh termenung. Pikir hutang ke pikir apa ke. Kau tu dahlah kuat berpikir, cakapnya tidak. Ahh sudah, ko tengok aku pulak terikut-ikut pikir sekali" jawab bat selamba

"Hahahhah tkde apa lah. Kau ni pun, macam mak mak pulak"

"Orang bercakap, dia main main"

Kata-kata bat dibiarkan tanpa respon. Dibalas dengan senyuman yang mematikan perbualan.

Langit yang di tenung nya tadi, dia sambung melihat. Keadaan bilik kembali sunyi. Hanya berlatarkan bunyi siling kipas dan kerusi plastik berwarna kuning cair yang ditarik bat duduk bersebelahan mai.

"Kalau apa apa, aku ada je tau kat sini. Okay?" kata bat.

Waktu mai menoleh ingat lihat temannya itu, bat sedang melihat sama matahari jingga yang hampir habis terbenam langit.

Pertanyaan bat yang tiada salam, tiada jemputan cukup buat itu gugurlah butir mutiara yang entah tiada siapa tahu berapa lama mai kuburkan seorang diri.

Di balik pintu kayu bilik itu juga ternyata gadis bermata belo itu turut mendengar tangis yang sama. Entah macam mana dia boleh terdengar dengan jelas tangis itu walhal gadis ini pendengarannya memang kurang sejak kecil. Mungkin fisik pintu yang nipis. Mungkin perasaannya sendiri. Terasa di batang tekaknya seperti sedang menelan duri-duri tajam. Perlahan-lahan tangis diiring dengan langkah kaki sehingga hilang ditelan jarak. 

Sebab aku sayang diaWhere stories live. Discover now