SASD 7

654 28 3
                                    

Petang, 6:00PM

*tok*tok*tok*

"Assalamualaikum..." pintu kayu berwarna biru tua tu diketuk beserta alunan salam sayup sayup je dengar.

"... assalamualaikum..."sekali lagi salam tu diberi.

Dia punya salam tu macam nak masuk rumah semut. Alahai...

Setia gadis bermata belo itu menunggu di hadapan pintu bilik penghuni ini. Sempat juga matanya melilau. Kejap jengah ke kiri kejap jengah ke kanan. Kakinya terjingkit-jingkit kebelakang kedepan.

Entah mungkin lama sangat dia tunggu sahutan si dia yang berada di dalam. Sebenarnya orang bukak pintu ni tak lah lama mana pun. Dia bende kalau dh berdebar semue benda jadi lama lepastu lambat.

"Waalaikumsalam..." lantas, daun pintu itu terkuak.

Zaasss.

"...eh alia?" mai tersenyum sambil dahinya berkerut sedikit. Nampak lahtu tak expect.

Memanglah tak expect. Alia ni mana penah pergi bilik si mai. Selalunya mai je pergi bilik dia. Tu pun sekali.

"Cari bat ek?"

Tiada respon.

Ada deruan napas yang sesak. Ibaratnya seperti korang baru lepas dapat kejar uncle aiskrim petang-petang yang naik motor pusing satu kawasan rumah. Lelah dan teruja.

Mai sudah mulai keliru. 'Suara aku kurang jelas ke?' Desis hati mai.

Disebabkan si alia ni diam je, tu si mai ni sambung je cakap.

"Ooo cari bat ek? Kalau cari bat, dia belum balik studio lagi tapi mai bole je pesan kat dia nanti ka-" tiba-tiba percakapan mai terbatal dek kerana...

"Tak!" ni ha budak sorang ni tetibe menjerit

"Ha?"

Bila mai 'ha?' tu serta merta mata dia membulat, seakan tersedar.

"Eh maksud alia, tak..." Aduu alia kau ni kenapa buat hal betullah.

"Tak...?" teka mai. Masa dia tanya tu kepalanya senget sedikit ke kiri.

...

"Alia"

....

"Alia!"

"YA MAI! Eh kak mai eh tak ni-" di geleng-gelengnya kepala tu. Macam nak buang sesuatu dalam fikirannya. Kuat sangat tu alia, tercabut karang.

Tiba-tiba mai kedepan.

Spotan, alia berganjak setapak kebelakang.

Tapi, mai tambah selangkah kehadapan.

Sehinggalah tangan mai tetiba naik.

Alia apa lagi terus terpejam lah mata dia. Maka tamat lah cerita Sebab Aku Sayang Dia sebab alia pergi tutup mata.

Jangan salahkan saya, salah kan dia. Sape soh tutup mata, macam mana saya nak teruskan penceritaan kalau dia tak bagi saya nampak apa apa 😭☝🏻

"Dah makan belum?" Tanya mai

Kini, matanya kembali terbuka. Celik cepat gitu.

'dah kenapa dia ni tetibe tanya aku makan ke tak"- bebel alia dalam hati dia. Yela takkan nak bebel di luar hati pulak nnti tak jadi lah cerita.

"Tak panas pun...." ngomel mai sendiri

sambil telapak tangan kanan nya di letak kat dahi...lepastu pipi, lepastu leher gadis di hadapannya dengan penuh rasa... rasa rasa, rasa apa?

Sebab aku sayang diaWhere stories live. Discover now