SASD 8

749 32 0
                                        

"Malam ni ikut aku nak?"

Harini hari apa eh? Semalam tak jumpa dia, harini pun batang hidung tak muncul-muncul. Manalah dia pergi...

"Harini hari apa?"

"Khamis," jawab lyn dengan penuh rasa sabar walhal dalam hati nya macam dah nak terkeluar bara api. Lain di tanya, lain di jawabnya si alia ni.

Kalau harini hari khamis, maknanya dah dua hari lah kiranya aku tak jumpa dia kan?

"Alia, teman aku malamni"

Dah kalau gitu, balik kampung ke? Eh takkanlah, kampung dia jauh. Buang tabiat ke apa balik waktu padat macamni. Eh tapi, entah-entah dia balik betul-betul.

"Oi alia!" hinggaplah satu tamparan di tangan gadis bermata belo tu. Kalini, baru dia fokus.

"Ish, apedia lahhh. Ko tk nampak ke aku tengah serabut ni"

"Engko ni kenapa? Dari malam semalam aku tengok macam tak tenang hidup. Si kimi tu kacau kau lagi ke apa "

"Bukan kimi lah,"

"Dahtu? Faiz?"

"Faiz mana pulak ni kau ni lynn"

"Budak faiz tu lah, yang bagi kau coklat haritu"

"Bila masa dia bagi. Tu duit aku lah. Aku kirim dia suruh beli. Kalau ade orang bagi pun, aku takkan ambek"

"Elelele yelahtu"

Si lyn ni kalau kene hempuk sekali.

"Ok aku taknak teman kau malamni. Pandai-pandai lah kau hidup sorang."

"EHHHHH"

Terbuntang terus mata lyn waktu tu. Cepat-cepat dia tahan alia bangun. Dia pikir alia tak dengar tadi dia cakap. Kalau dia tahu, takdenye dia mengusik sampai menyirap minah ni.

"Wehhhh ala alaa ok ok ok....cowy lah. Jangan la cenni. Teman lah aku.... plis?"

"Kelip...kelip mata gitu ko ingat ko kucing ke?"

"Teman lahhh, plis pliss" di lajukan nya lagi kelipan mata tu.

"Ishh ko ni mengedik lahhh. Yelah-yelah!"

"Yeyyyy!"

***********

Malam tu, Pusat Sukan.

"You, you nampak tak i kick bola tu tadi. Hensem tak i?"

"Hensem sangat-sangat! You tak buat apa pun you tetap comel baby. I love you sooo much!"

"I love you much moree too Shalyn!"

"I love love love you more more baby!"

Astagfirullahalazim.... Zina mata betullah. Desis hati alia (campur muka meluat).

Inilah padahnya apabila kita mempersetujui sesuatu ajakan tanpa pertanyaan lebih lanjut.

Disebabkan si alia ni tak tahu menahu, maka tersepitlah dia dekat sini. Kalau dia tahu yang sebenarnya si lyn ni beria mintak teman tengok boyfren dia main futsal memang taklahh dia nak ikut. Lebih baik dia tidur kat bilik. Tapi tula, duduk sorang-sorang pulak memakan diri. Asyik terpikir ke orang tu jugak. Tapi ni bila dah ikut dah ade kat sini, rasa tersiyat- siyat badan memanggil nama katil. 

"Haa alia, senyap je kau dari tadi. Orait tak orait tu?" aduh mamat ni, dari tadi elok berlebiu bagai ni memekak pulak.

Serta merta lyn pun pandang alia. Bila dia berlaga je mata, dia dah tahu dah. Faham sangat dah ni.

"Biy, no. Jangan kacau alia i" kata lyn, di kepaknya sedikit tangan tu seolah menjadi perisai. Sebelum ada yang hangus terbakar, baik dia siap siaga.

"Ala kejaplah, i nak borak dengan kawan you ni,"

"No, i said no faizal,"

Bila faizal ke kiri, makin ke kanan lyn. Bila dia ke kanan, makin ke kiri lyn. Lama lama, si alia ni pun semakin rimas. Lantas, dia layankan saja.

"Orait je. Asal?"

Dengar je alia bersuara, bangga lah muka faizal jadinya. Lyn pula dah tak keruan. Bukan apa, dia kenal sangat sikap faizal ni yang suka usik kawan baik dia. Niat faizal baik, nak lah jugak dia cuba rapat dengan kawan baik teman wanitanya tu, cuma caranya bagi alia memang tak cara.

Tambahan lagi, alia memang tak restu hubungan mereka sejak dari mula. Katanya faizal ini sejenis ikan, indah khabar dari rupa dan banyak lagi lah.Tapi, kemaruk cinta lyn dngn lelaki ni punya pasal terpaksa jela dia rela lepaskan kawan baik dia ni ke tangan lelaki durjana. Jadi, apa apa seberang inconvenient yang boleh buatkan mood alia tukar kelabu, lyn harus elakkan sebaik mampu demi memperjuangkan cinta pilihan hatinya.

Dah habis.

"Taklah, kau tu ha.."

"Haa aku asal?"

Haa kan dah mula

"Muka ko tu tak rilek betul.....jeles ea?" bukan main si faizal ni punya senyum. Kambing senyum pun helok lagi.

"Kenapa perlu aku jeles?"

"Ko kan single, takde bopren."

"Okay so?"

"Rugi kau ni, muka ada. Member aku ramai nak kau, satu pun tak lepas. Kite ni masih muda, jangan jual mahal sangat. Enjoy."

Sekali lagi mata lyn berlaga alia. Makin mencurah-curah peluh tengkuk yang tersorak di sebalik tudung nya tu. Peluh sejuk orang kata. Padahal si alia ni tak pun pandang lyn.

"Faizal, dah dahhh"

Perlahan-lahan alia bangun dari bangku itu. Lalu dengan satu satu sebutan itu dia pun berkata begini,

"Cakap dekat member-member kau, aku.tak.suka.lelaki."

Terus berpusing kepala lyn. Kuat sangat pusingan tu macam nak tercabut punya jenis.

"HAH?!" ni kalau boleh satu pusat sukan nak bagi dengar.

"HAHHAHAHAHA kelakar lah kawan you ni HAHAHAHHAHA i suka i suka." si faizal ni pula entah kenapa ketawanya tidak mahu berhenti.

Naik bingit aku dengar. Dahlah ketawa macam itik. Bebel hati alia.

"Dahlah, aku nak beli air kat puma. Korang duduklah sini"

Sudah dari itu, alia pun terus berlari anak naik tangga. Lyn panggil pun dibuat tak dengar je. Bukan marah lyn, ikutkan hati dia memang nak teman lyn lagi tapi bunyi itik tu pulak yang makin buat niatnya tu terbatal awal. Jadi, dia pun melarikan diri. Alangkah naifnya dia waktu itu siapa yang dia bakal ketemu.

Kat puma ada satu mesin gedegang. Mesin ni lah yang alia tengah berdiri masukkan duit seringgit yang daripada tadi asyik kene tolak. Dahlah dia tak bawak duit kecik lebih. Ahh sudah, ada jugak karang mesin gedegang berubah nazak besok hari.

Sedang dia bersusah payah mencuba masukkan duit kertas itu, tiba tiba dia dengar bunyi teriakan budak-budak pencak silat yang tak jauh darinya. Dia pun mengintai sedikit, ngam ngam dia intai je, ada mata lain yang dah intai dia dulu.

GEDEGANG!

Bunyi air tin yang jatuh buatkan tumpuannya ke lain. Macam biasa, bila air tin tu kan dah jatuh kita pun bongkok lah sikit kan time nk amek air tu. Haa bila dia tegakkan je badan, orang tu pun muncul.

"Sorang je?" 

Sebab aku sayang diaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang