Nada dering henset milik alia yang berbunyi memberhentikan dandanannya di hadapan cermin. Seketika, dia tersenyum sendiri tatkala melihat nama yang tertera di skrin. Lantas panggilan itu diangkat.
"Hello, mai?"
"Dah siap belum ni?"
"Kejap you lagi sikit. 5 minit i datang."
"Lama lagi ke you?" dengar suara pun dh boleh bayang muka sunggul dia tu. Manja sangat.
"5 minit sayang"
"Okay,"
"You tunggu kat mana ni?"
"Kat carpark belakang ni. Nanti cari kereta warna hitam tau."
"Okay,"
"Jangan lama lama"
"Kenapa tak boleh lama-lama?"
"Cause someone is missing you already"
"And that 'someone' is...?"
"Turun.Sekarang" tiba tiba mai tegas, tapi masih lembut nadanya.
"Ye-ye turun lah ni"
Alia mematikan panggilan tu.
"Dia ni, orang nak romantika sikit pun tk boleh" rungut alia sendiri.
Alia bergegas. Segala benda yang dia rasa penting semua dia masuk dalam hand bagnya. Gadis bermata belo itu menilik dirinya buat kali yang terakhir. Terlihat alia tersenyum puas dengan penampilannya pada hari itu. Perfume dia pun dia spray lebih-lebih sikit. Ni kan first date dorang. Effort haruslah lebih. Walaupun tak perlu pun sebenarnya.
Sebab apa? Sebab....Alia tak buat apa apa pun dah mampu buat maisarah setegak tegak tiang bendera tu boleh jatuh hati. Itu adalah sebuah kenyataan terbesar. Tapi alangkah malangnya, gadis itu tidak pernah tahu.
Lalu dia pun cepat-cepat keluar.
Sebenarnya takdelah lewat mana pun si alia ni cuma mai tu je ha yang punctual sangat. Lain kali bagitau lah pakai waktu cina bukan waktu melayu. Mana tk menggelabah dia dibuatnya.
'Kereta warna hitam' guman alia sendiri.
Tatkala gadis itu sudah sampai di parking dirinya kelihatan tercari-cari mai.
PIN!
Bunyi hon kereta itu menangkap perhatian. Laju sahaja kepalanya beralih ke arah bunyi kereta tersebut. Nampak je bayang mai melambai-lambai, tersenyum manis alia dibuatnya.
"Kereta sape you curi ni. Mewah betul" seloroh alia ketika masuk perut kereta.
"Sugar daddy"
Maka melandas satu cubitan ketam di peha mai.
"Aw! Sakitlah"
Berkerut muka mai menahan pedih. Tu first time dia rasa alia cubit yang betul-betul punya. Sakit siot.
"Main..main"
"Orang nak beramah mesra je pun salah"
"Salah"
"If it's wrong then i should be punished?" mai mimik balik ayat alia tempoh hari. Alaa hari yg tu lah hari yang mana lagi. Saja dia mengusik. Biar dia rasakan apa yang mai rasa.
"Maisarah" laju dia panggil. Tegas pulak tu. Siap pakej jeling lagi.
Mai terus ketawa. Nampak muka alia yang merah merona menahan malu tu susah betul dia nak tahan tawa.
Namun, reaksi alia kontra dengan mai yang sedang bersuka ria dia ya gelakkan orang. Wajah alia mulai bersungut tatkala dipersendakan begitu. Tak benci pun. Macam nak marah tapi tak pun. Lutut rapat mengiring ke pintu. Pandangan pun di campak luar tingkap kereta. Macam dah ready nak bertukar jadi gorgon. Macam tu kan kalau perempuan merajuk? Ke salah?
