"Tak makan ke Mai?"
"Lauk apa?" soal aku berbasi-basi
Seketika soalan tu di biar tergantung. Pinggan di letak. Punggung di labuhkan. Pandangannya mulai teralih ke arah aku. Pandangan aku pula terfokus hanya pada isi pinggan yang ada di atas meja.
"Ikan bakar." Bersinar mata bat tatkala menjawab.
Teruja? Tak. Kebulur? Ya, mungkin. Program kelab kalini betul betul tarik kudrat masing masing. Penat dia jangan cakaplah. Tak rilek mat. Bukannya dapat tambah apa apa jam kredit nya pun. Entah apa tujuan aku join bende ni pun entahlah.
Bahu mai mengendur.
"Hm takpelah,"
"Lah dah kenapa. Bukan tadi kata lapar ke."
Diam.
Bat perhatikan je gerak geri aku sambil aku pun perhati gerak gerinya. Tangan kat nasi, tapi mata tepat kat sini.
"Sakit perut?" bat tanya.
"Tak"
"Tak lapar?"
"Lapar..."
Kening bat berubah arca. Tak faham dia dengan si mai ni agaknya.
Terpisat-pisat mai, berfikir. Taktahu nak jawab apa.
"Mai tak makan ikan."
Tiba tiba suara asing datang menerpa perbualan. Seulas senyuman tak tinggal, manis. Taklah asing mana. Selalu dengar. Tiap hari mai mahu dengar.
"Eh adam kau dari mana ni?" Tetibe kene sergah macam gitu, bat terkejut.
Adam tertawa.
"Hahahaha aku dari dm cempaka tadi. Nampak makcik tu bagi kita makan ikan bakar tu aku pergi beli ayam ni kejap."
Masa adam ketawa tu, perlahan-lahan matanya mengalih ke arah lain. Selain dipanggil mai, 'lain' tu pun nama mai jugak. Sekarang dah faham kan.
"Sejak bila kau memilih makan ni dam?" nasi tu mulai tersua ke dalam mulut.
"Eh manada." Adam geleng kepala.
"Sanggup menapak sampai ke belakang sana tengah panas macam ni engkau cakap manada kat aku dam?"
"Aku beli untuk mai lah" jawab adam selamba.
Dia letak ayam tu atas pinggan. Ada nasi siap lauk lemak biasa. Adam yang bawak masa datang tegur tadi. 2 pasang mata memerhati dengan tenang.
"Nah, lekas makan." Bisik adam, lembut.
Malu mai di buatnya. Sebenarnya, dah lama dah dia bersama adam. Namun sikap lembut adam terhadap mai masih buat mai rasa kekok. Bukan tak suka, mai tak nak terlalu bergantung dengan adam. Tak elok rasanya.
Malu-malu pun nak dekat 2-3 suap dah pun masuk mulut. Eh, suap sendiri okay. Jangan propa-propa.
"Awww sweetnya korang!"
Agak nyaring suara bat. Cukup buat 2-3 meja student lain pandang kami. Buat malu betul bat ni.
"Batrisya!" merah tomato muka mai.
"Apaa??? Aku pun nak rasa sweet sweet macam korang jugak hm" monyok muka bat. Geli hati mai tengok.
Kami berdua tergelak. Tapi tawa tu hanya bertahan sekejap, terus terhenti. Kecelaruan identiti ke apa.
"Diamlah." Kata adam dan mai serentak, se frekuansi.
Terlampau banyak sangat masa mereka terluang bersama. Perangai pun dah nak seakan.
