"Lepas class nak lepak mana weh?"
"Tempat biasa jela. Mana lagi nak lepak area sini tk banyak choice lah"
"Aku ada port baru, cantekk punya. Nak?"
"Mana tu?"
"Hehe, adelah nnti aku tunjuk. Ikut je."
"Kau jangan yang bukan-bukan naim. Naya kang kalau terserempak dengan lecturer kita."
Naim memandang mereka dengan jelingan tajam.
"Haish kau ni! Takkan aku nk bawak korang tempat bukan bukan kot..." jawabnya dengan lebih yakin.
"Ha kau alia, senyap je. Ikut sekali tak? Alaa jomlah ikut," pujuk naim beria.
Panggilan dari naim terus mematikan lamunan alia yang daripada tadi tak henti. Fikirkan tentang siapa lagi kalau bukan orang yang sama.
Dia ni jasad je selalu ada, roh dia berlegar-legar satu fakulti. Memang susah nak dengar alia berborak. Dia orangnya lebih gemar mendengar. Yelah kot agaknya.
Orang cakap, makin susah nk dapat perhatian orang makin lah menjadi tumpuan. Ini lah salah satu contohnya. Tak percaya? Tengok jela gaya naim tadi. Menggelitik kalah perempuan. Naik rimas alia.
"Tengoklah dulu macam mana." jawab alia basa basi
Lantas dengan itu saja, semua yang ada kat situ terus meng 'uwu' kannya.
"Wuish, tengoklah dulu? Macam sibuk betul je respon kau ni. Kau tengah bercinta ea alia hahahhahaha" bingit betullah jantan ni. Dahlah suara macam nyamuk. Kalau sekali aku hempuk, sia sia je jadi manusia.
"Hoi jantan!" tiba tiba suara lyn mematikan gelak tawa naim.
"Mulut ko tu kalau kene goreng dengan tepung bestari pun belom tentu sedap tau. Jaga jelah naim kain ko sendiri. Menyibuk je keje ko ni manjang."
"Lahh kau ni tibe bising apehal. Aku tanya alia kan. Ada nampak macam aku tanya kau ke tadi?"
"Aah ada. Segala pasal alia yang datang dari mulut busuk ko tu kene menghadap aku dulu. Ada apa-apa masalah ke?"
Haih dua ekor ni lah. Kalau jumpa tu tak macam anjing dengan kucing tak sah betul. Bebel hati alia sendiri sambil dia memilih berdiam diri melihat telatah mereka berdua yang dari elok duduk sampai berdiri memasing.
"Memang aku ade masalah"
"Ha sini ah fight"
Sedang mereka rancak bertikam lidah, kebetulan waktu itu sipi mata alia menangkap sosok tubuh mai yang menghilang sejak daripada malam itu. Malam tu lah malam yang mana lagi aduh.
Perhatian alia terus melekat hanya kepada mai. Dia baru habis class dengan kawan-kawan dia. Lengkap berbaju kurung. Kalau pandang dari jauh pun boleh nampak terserlah manisnya berbanding sosok yang lain.
Lama dia perhatikan mai, sampaikan lah mata mereka saling bertentangan. Riak mai biasa biasa. Kebetulan kedai yang kawan mai nak beli air tu kene lalu sebelah meja alia. Alia pun ambil kesempatan nak tegur.
"Mai-" tapi belum sempat dia nak mula ayat tu, lantas mati bicaranya.
Mai terus berjalan macam tak kenal dia langsung. Pandang pun tidak. Seolah-olah alia ni tak wujud. Macam hilang ditiup abu kene petik dgn thanos gitu. Sekelip mata, mai berubah menjadi dingin. Alia terkelu. Perasaan bengang menjalar dalam hatinya.
"Ko nak fight sangat? Lai ah"
"Ha sini lai lah. Punai takde ada hati nak mengorat kawan aku. Ingat aku tktau?"
YOU ARE READING
Sebab aku sayang dia
RomanceMaisarah seorang gadis serba biasa, hampir biasa. Perkenalan yang tidak diduga mengubah segala rasa yang tersedia ada.