Keberadaan Alia pada malam itu di luar kampus. Ada dinner malam tu. Takde lah fancy mana, kedai makan seberang universiti depa je. Katanya gathering saja² celebrate sempena sukses dgn presentation class madam Julia petang tadi.
"Weh weh wehh! Tengok belakang,"
Tengah rancak borak tu naim tiba² tepuk² meja kumpulkan perhatian semua orang yg ada kat situ.
"Bodo apa kau ni naim. Tumpah lah air aku!" rungut lyn sambil lap² seluar jeansnya yang kena air dari meja.
Bentak lyn tiada siapa pun yang hirau. Seakan perkara begini begitu biasa terjadi.
"Sini lah aku tolong," alia ambil tisu tolong lyn.
Sebenarnya tak tumpah pun air tu. Yang menitik tu ais dari cawan yg cair. Lyn ni je overdramatic. Mmg lh takde org nk layan.
"Pehh awek siutt" yg ni class rep kiteorg, Kamal. Kawan baik naim.
"Otak kau, tu pondan gile" naim ketawa
"Yeye je kau" makin dalam kamal pandang figura belakang meja kami.
"Pondan pun pondan lah. Montok siot" sambung kamal
Alia pun tengok juga. Nak tahu. Tapi sekilas dia pandang, nampak org tu tak selesa. Dia sorng, kami ramai.
Semakin kuat siulan budak-budak lelaki ni. Dah macam monyet. Sampaikan satu tahap ade beberapa meja keluarga lain mulai memandang kelakuan mereka. Lyn dan alia sudah tidak senang duduk. Menampung malu sebab setable dgn orang bodoh mcm gini.
"Jom balik" bisik alia kepada lyn.
Lyn mengangguk. Ambil tas tangannya lalu mengangkat punggung. Tangan alia dia rangkul bersama. Besties.
Keberangkatan mereka berdua, menyedarkan naim dan lain lain.
"Eh balik ke?" soal naim.
Mereka berdua buat-buat pekak. Pandang langsung tidak lantas bergerak ke kaunter bayaran. Memang sungguh-sungguh meluat dah perasaan dua gadis itu.
"Macam bodoh aku cakap," kata lyn
"Tahu pun kau,"
Sewaktu nak bayar tu,
"Meja berapa?" tanya tauke kedai tomyam tu.
"Meja 6. Berapa ya?" jawab lyn
Alia hanya berdiri di sebelah sambil bantu lyn ingat balik apa makanan yang dorang order tadi sampaikanlah waktu lyn nk keluarkan duit dalam beg tangan dia tu, mata alia menangkap sosok tubuh seseorang yang tak jauh daripada mereka.
Ada yang retak tapi bukan kaca.
"Jom," ajak lyn setelah selesai pembayaran.
Namun, alia selangkah pun tk berganjak membuatkan langkah lyn pun membeku.
"Kau tengok siapa alia?" pantas, mata lyn cuba menangkap renungan alia yang taknak lepas langsung.
"Eh tu kak mai kan?"
Alia diam.
"Eh aah lah dia. Ceyy keluar dengan bofren eaa. Jom lah kita gi tegur" lyn tarik lengan alia yang daripada tadi dia rangkul akan tetapi alia keraskan badannya.
"Tak payahlah kacau dorang. Jom kita balik."
"Eh tapi-" cepat-cepat dia tarik lyn keluar kedai makan tersebut.
Sepanjang perjalanan pulang ke kampus tu lyn seperti biasa mulut tak berhenti bercakap. Ada je bende dia nak borakkannya. Walaupun lebih 70% perbualannya tu seakan dengan diri sendiri . Dia tanya soalan dia sendiri yang jawab sebab fikiran teman ngobrolnya itu sedang di tempat lain. Lebih spesifik, kedai makan tu, mai dan lelaki tersebut.
YOU ARE READING
Sebab aku sayang dia
RomanceMaisarah seorang gadis serba biasa, hampir biasa. Perkenalan yang tidak diduga mengubah segala rasa yang tersedia ada.