Sesampai saja bat di hadapan pintu pejabat dr munirah, dia berdiri kaku seketika. Semacam mengambil tempo. Dalam otaknya, semua gelisah dan gabra harus hilang setelah saat ketiga disebut.
"1..2..3" bisiknya
Bat mengambil nafas. Apabila nafas yg di tahan mahu di lepaskan tika itu tangannya mengetuk daun pintu berkenaan.
"Masuk" kedengaran suara dr munirah memanggil dari dalam.
Perlahan-lahan pintu itu ditolak. Dr munirah yang sedang sibuk bercakap di ganggang telefon hanya membuat isyarat tangan mengarah batrisya masuk.
Bat meletakkan cetakan berkenaan di atas meja bersebelahan posisi dr munirah duduk.
"Ya prof, haritu memang i mintak arkib tu dipindahkan…eh tak, kita dah dpt approval…ye okay..aah..yes that's exactly what i'm thinking about" kata dr munirah dalam telefon
Bat hanya berdiri di situ. Mendengar dan menunggu. Tapi dia ni jenis tak suka lama lama dgn dr munirah. Jadi dia memilih untuk berangkat pergi.
"Em dr-" belum sempat batrisya nak mengatur bicara, laju saja dr munirah pangkas dengan isyarat tangan nya.
Batrisya mengeluh, berat. Seakan tanda protes pun ada.
"It shouldn't be a problem...that on schedule dah...yes..."
Melihat kesibukan pensyarah nya itu, bat mengambil keputusan untuk beransur pergi dari situ tanpa sebarang obrolan atau minta keizinan.
Maka langkah pun mulai di angkat. Namun apabila baru sahaja bat ingin berganjak, tangannya ditarik oleh dr munirah.
"Thank you" kata dr munirah perlahan kerana dia masih berbual di dalam telefon.
Batrisya mengangguk sambil tangannya masih lagi di pegang dr munirah.
Melihat daripada perbuatan dr munirah seperti dia tidak ingin batrisya beransur pergi terlalu awal.
Jadi, gadis itu pun menunggu pensyarah nya habis berbual di telefon. Sepanjang waktu tu, tangannya tidak dilepaskan langsung. Seperti mahu pastikan isya betul betul tidak pergi.
Perkara kecil itu membuat perut bat seperti di cuit cuit oleh sesuatu. Rasa macam...bahagia?
Namun ego menyedarkan batrisya kepada realiti. Maka dia menguburkan sebuah senyuman yg hampir di lukis kembali oleh irah.
Seusai panggilan di matikan, pandangan dr munirah kembali fokus kepada batrisya.
"Sibuk?" Soal dr munirah
"Tak," jawab bat sepatah
Dr munirah hanya diam sebagai respon.
Batrisya pula menunggu dan berharap soalan lain dari dr munirah. Namun harapan nya kalah. Dr munirah masih senyap tiada bicara.
"Kenapa?" sambung bat, cuba untuk panjangkan bicara.
Dah kenapa. Tadi bukan ke beria taknak duduk lama lama.
"Nothing, tadi laju je nak keluar. I was thinking you're busy" jawab dr munirah lembut.
"Oh, Dr nak saya tolong apa apa lagi?" tanya batrisya
Dr munirah melepaskan sebuah keluhan berat. Entah samada letih karena beban kerja ataupun kerna lain.
"Can you just once, jgn panggil i mcm tu. We're alone isya"
"Maksud dr apa, saya kurang paham" ujar batrisya
Sombong, hatinya sombong. Dinding egonya tinggi, setinggi langit. Taktahu lah kenapa dingin sangat hatinya saat itu padahal cara dr munirah borak dengan dia lembut je tutur kata.
