Jam sudahpun menunjukkan pukul 5.35 pagi. tetapi aku masih tak dapat melelapkan mata. Fikiran bagaikan terganggu. Aku tak tahu kenapa hati ini ambil kisah sangat tentang kejadian malam tadi. Azan subuh sayup-sayup kedengaran menyedarkan aku hari sudah pun pagi lalu aku bangun menuju ke bilik air. Lalu sahaja di hadapan bilik tetamu aku perasan pintu bilik terbuka. Lalu aku terpandang abang Razi yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh. Entah kenapa tiba tiba hati ini terdetik rasa bersalah. Ya dia mungkin mengecilkan hati aku tapi aku bukan seorang yang biadap. Cuma malam tadi dan juga mungkin sejak dia tiba, aku telah menunjukkan kebiadapan aku di depannya. Pasti dia pun tak tidur lena kerana hal ini. Ah kenapa mesti aku fikir yang bukan-bukan. Entah-entah dia tak peduli pun dan ambil ringan saja hal ini. Aku terus turun ke bawah dan ke bilik air.
***
Jam menunjukkan masa sudah pun pukul 7.30 pagi. Wana sudah pun siap menggoreng nasi lalu menghidangkannya. Aku segera mengambil lebihan nasi goreng dari kuali dan cepat-cepat menghabiskannya. Mama yang baru masuk ke dapur menegur
"Kenapa gelojoh sangat makan? Macam tak makan seminggu. Makan seorang pula tu. Kenapa tak panggil abang Razi makan sama?" Wana kemudiannya muncul dengan teko di tangan.
" Wana panggil abang Razi turun sarapan." Arah mama sebelum masuk ke bilik dan bersiap untuk pergi bekerja. Aku mengambil kesempatan ini menghabiskan nasi goreng di pinggan dan cepat-cepat berlalu ke sinki.
Kalau boleh aku tak mahu bertembung dengan abang Razi. Wana memandang aku dengan pelik.
"Kak Ha tolong Wana Panggilkan abang Razi boleh?" " Eh apa pula Kak Ha, mama suruh Wana kan. Lagipun malam tadi kak Ha tak tidur. Ni kak Ha nak top up tidur. Selamat Malam" Aku segera masuk ke bilik mama sebelum sempat Wana membantah. Tetapi bilik mama sangat sesak di penuhi dengan kotak-kotak barang yang baru dipindahkan dari rumah pakcik (pakcik memberi mama barang-barang rumahnya setelah berpindah ke kampung). Mama yang sedang mengenakan tudung tidak perasan akan kehadiranku di situ. Lalu aku bergegas keluar dan bertembung dengan Wana di ruang tamu.
"Abang Razi ada kat atas?"Tanyaku pada Wana tanpa memperlahankan langkah
" Ada, tapi belum nak turun." Aku terus berlari naik ke atas. Sampai di pintu bilikku, kedengaran abang Razi sedang membuka pintu untuk keluar dari biliknya. Perlahan-lahan aku menutup pintu bilikku agar tak didengari olehnya. Akhirnya aku berjaya mengelak dari dia pagi ni. Aku terus menghempaskan badan ke katil. Mata agak berat dan akhirnya mataku terlelap.
"Ziha,... Ziha..." Aku hanya mampu mengeluh kecil. Perlahan-lahan mataku ku buka dan sesusuk tubuh yang menyerupai lelaki berdiri di depan pintu. Namun mata ini enggan terbuka. Agak lama kemudian otakku mula berfungsi. Fikiranku terus teringat akan abang Razi dan ini menyebabkan aku bangkit dengan mengejut. Aku membuka mata luas-luas.
"Kak Ha, bangun, ish kak Ha ni, bangun macam tu mengejutkan orang je." suara Wana menegur. Aku menggosok mataku dan memandang ke arah suara itu. Oh Wana rupanya. Aku mesti gila memikirkan yang abang Razi datang mengejutkan aku.
Baru sehari dia di sini aku sudah mula berhalusinasi. Kalau lama-lama begini mesti aku masuk hospital bahagia.
" Kenapa Wana?" Tanyaku memandang Wana dengan rasa mengantuk. Mataku masih berat, bagaikan nak tertutup semula.
" Kak Ha ni dah pukul sebelas setengah la. Bangun la. Wana boring. Dah la abang Razi ada. Wana rasa tak seronok nak buat itu ini. Lagipun mama telefon tadi, spesifik mama suruh Wana kejutkan kak Ha." Kata Wana. Aku mula baring semula dan memeluk bantal.
" Kak Ha bangunlah... Ok jum teman Wana pergi Jusco Bukit Tinggi. Nak beli barang dapur. Mama suruh tadi. Ok sebenarnya mama suruh beli pagi tadi kat pasar Tani tapi sebab tak berani nak tinggalkan Kak Ha dengan abang Razi je kat rumah, Wana tak pergi mana-mana."
YOU ARE READING
9 hari
ChickLitPernah dengar tak bila orang tua-tua kata 'jangan benci sangat nanti esok suka baru tahu'. Itulah yang terjadi, bertahun lamanya membenci akhirnya trasnformasi hanya mengambil masa sembilan hari.